Bukak2 kedai jek pagi tadi, sorang regular customer dah sampai nak hantar baju dia. Kali ni dia bawak 2 bungkusan. Selalu satu bungkus je.
Mr T: Ini mau basuh. Ini semalam i angkat u takda basuh. I bukak tengok sama mcm i hantar.I belek plastik tu ada tulis no resit 6 digit xxxxxx....hmmm my running number baru 500 lebih jek.
Me: Tapi ini bukan sini punya plastik lah.Mr T: Mungkin saya hantar smlm ini plastik u kasi saya angkat balik ini.I bukak and check baju dlm tu bukan baju yg i basuh semalam. Customer semalam mmg tak ramai pulak tu. Lagipun lepas incident customer claim baju dia hilang, sekarang i akan kira baju customer satu2, tulis kat resit ada berapa jeans, stokin, spender, t-shirt etc. Especially utk customer yg hantar baju sikit2 mcm Mr T ni lah. Kalau yg jenis hantar 10, 20 kilo tu i tak larat le nak kira.
So, I amik resit semalam dan tunjuk kat dia.
Me: Ini bukan baju yg u hantar semalam. Semalam u hantar 2 t-shirt biru, 1 jeans koyak, 3 stokin. See i ada tulis dekat resit ni. I sekarang tulis semua baju yg customer hantar sini tau.Mr T: oh ya ka. Takpe2 . Ni basuh jugak. Mungkin saya sudah silap. Nanti balik saya cek.Me: Ok takpe.Brief history pasal customer ni. Selalunya termasuklah semalam, dia akan hantar baju ngam2 1.2kg, yg bernilai RM2.40 sahaja....never fail or at least mmg tak pernah exceed RM3.
Dia akan hantar tiap2 hari or at least 2 hari sekali. Termasuk yg semalam, dia dah hantar 6 kali (dia start hantar baju kat sini on 20.3.2010). So hari ni yg ke-7 kali dia datang membawa basuhan yg bernilai lebih dari itu.
Malam tadi, masa dia ambik baju dia, i ada dekat kedai ni. I check resit customer copy dgn our copy, ia sepadan, konfem mmg baju dia, konfem dah lipat cantik, wangi. Semalam 5 orang jek customer, i boleh hafal le semua baju2 , comforter semua tu, takde hal.
Adakah dia sengaja mencipta cerita mengatakan baju yg dihantar semalam tidak saya basuh, maka saya perlu membasuh secara PERCUMA untuknya??? (yg 1.2 kg tu le..so that dia bayar yg utk lagi satu bungkusan shj less than RM3 as usual)
Atau dia memang tersilap ?
PS*Semalam saya lah macai di dobi ini sebab staff off day...maka tidak ada isu orang lain basuh , orang lain lipat ke hapa. Saya yg amik order, saya yg proses, saya yg lipat dan saya yg bg dia masa dia dtg collect....