Thursday, March 17, 2011

Kamus tatabahasa Sarah

Sekarang mama kena faham banyak maksud tersirat kata-kata Sarah. Kadang apa yg dia nak berlawanan dengan apa yg dia sebut. Mama tahu, orang lain memang tak boleh jaga Sarah, nanti tak faham, Sarah frustrated. Even bibik pun dah banyak yg dia tak faham apa Sarah nak.

Ni contoh maksud tersirat:

1) Put some more water

- sila rebus air/ boiled water.

- sila buat ais kiub.

2) Nasi too hot

- nasi kat pinggan ni dah sejuk, sarah nak nasi baru dari periuk..yg panas.

3) I want air teh

- sarah nak minum teh-o panas, sarah nak letak gula sendiri, lepas tu letak satu ketul ais kiub.

4) I want water

- Sarah nak air tin crysantimum tea. (Dulu dia panggil air ni 'minum')

5) I want drink

- Sarah nak minum vitagen kaler purple.

6) I want nasi giant.

- Sarah nak makan nasi ayam yg jual kat food court giant bandar kinrara.

7) You forget kakak.

- kenapa mama tak ambik kakak bawak balik rumah? (kakak=bibik)

8) Water finish, go home now.

- bila drip dan ubat2 habis, nanti bawak sarah balik rumah .( refer to hospital)

9) I want nasi sup pedas. (yg ni paling pening sbb too general)

- Sarah nak makan nasi dengan [asam pedas, gulai lemak cili api, sup tomyam, sup putih, kari, etc]..pengsan nak kena try satu2.

10) I want nasi sup pedas some more...

- (pening, sbb not necessary yg dia makan meal before that, it could be any sup pedas tah bila2).

11) Fish too small

- taknak makan ikan/ ayam dalam cubitan yg besar..nak cubit kecik2.

12) I don't want soton

- taknak bawang2/daun2/semak2 dlm sup.

13) Where's my towel?

- mana selimut sarah?

14) Water too hot.

- air ni sejuk, sarah nak mandi air panas.

15) I want to do

- Sarah nak tolong letak gula/ sukat beras/ tumbuk cili etc.

Ada banyak lagi ..... agak2 ada ke orang lain leh faham?



4 comments:

  1. memang tak fahamlah... yang tersurat dan tersirat sangatlah bertentangan... mak di jeklah boleh paham kan ..

    ReplyDelete
  2. hihihi..

    memang tak faham...dh lama jd sr...baru hari ni berpeluang comment...hope sarah will get very well soon..insya-Allah saya akan sama-sama doakan

    ReplyDelete
  3. saya ada terbaca kisah Sarah di laman AMS:AwishMinaSarah. tak terkata saya. semoga Allah mempermudahkan setiap urusan berkaitan Sarah. semoga mamaayahnya tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini. saya doakan yang terbaik buat Sarah dan keluarganya. mamaayah jangan lupa jaga kesihatan juga.

    ReplyDelete
  4. boleh pitam klu ina yg kena.. sian sarah..

    ReplyDelete