Jumaat malam sabtu last week awish ada camping kat sekolah dia. Itu pun last minit baru bgtau mama n ayah nak kena bayar utk camping masa hari rabu kot. Nasib baik boleh lagi join. Bagilah kan sbb nak tengok gak dia survive sendiri. Kat rumah ni manja kemain, semua nak mama buat, potong martabak pun tak reti.
Malam tu kitorang round kat sekolah, saje tengok camna rupa camping tu. Nampaklah few khemah kat area between school building tu. Lah ingatkan camping kat atas padang rumput kan. Cikgu pun tak berani kot nanti kena serang kalau ada budak2 yg kena gigit nyamuk hehe. Maklumlah makpak zaman skrg kan byk yg poyo terlebih concern.
Anyway, balik tu awish still in one piece le. Except 2 boxer takde dlm beg, yg lelain tu safe lah. Tidur 3 jam je malam tu katanya sbb night activity habis lambat. Tidur pun bukan dalam khemah tapi dalam classroom
-___-. Cara cerita macam dia enjoy jugaklah, then bila tanya next time kalau ada lagi kat jungle nak pergi tak, taknak le pulak jawabnye. Guling2 taknak jungle, padahal mama ayah tanya je....choiii sangat.
On another note, lately ni dia adalah mengadu few times pasal kena buli kat sekolah. Minggu ni ada budak purposely grab tangan dia and pulas jari dia bagi sakit. The same budak yg buli kawan awish jugak. Kawan awish tu pembuli ni mintak duit. Tapi kawan awish ni tough sikit, so dia lawan balik. Macam awish ni kena warning dgn pembuli tu, jangan bagitau cikgu ...tsk.
Baca kat fb baru2 ni luahan cikgu, pasal budak2 sekolah yg berperangai malaikat sangat depan parents tapi kat sekolah macam syaiton samseng.......i guess betullah tu. Cikgu pulak tangan dah terikat tak boleh buat apa. Budak2 skrg tau je kan kelebihan derang. So tu yg tak takut or respek cikgu tu, konfem mak bapak menangkan anak punya. Sigh!
I nak komplen pasal awish kena buli pun macam takde pekdah sbb, paling kuat pun cikgu boleh buat, dia akan perhatikan, betul tak? Even pembuli cought in action pun, i'm sure hukuman disiplin tu takkan ada impak. Bukan macam dedulu. Doa ajelah, mintak jauhkan dari perkara yg buruk2. I cuma pesan dgn awish utk jauhkan diri dari pembuli tu. Asal nampak je gi lari jejauh. Kalau kena jugak, repot kat cikgu. Kalau ikutkan saiz badan, awish tu patutnya boleh je lawan balik, or sepatutnya tak kena bulilah, tapi sbb badan aje besor kan hmmmm.
Akak boleh maklumkan kepada cikgu dia. Kalau dapat nama budak pembuli tu sekali lagi bagus. So..kalau berlaku lagi.. Pihak sekolah boleh ambil tindakan
ReplyDeleteawish kata masa kwan dia kena buli tu, mmg guru besar dapat tangkap. but tak sure lah punishment macam mana. Bila i tanya nama budak tu, awish kata its ok, dia tak nak i pegi sekolah marah marah -__-
DeleteAku geram betul bebudak ni kecik2 dah pandai membuli, ni sama kes dgn faiha la ni x reti lawan, si pembuli mmg suka cari yg boleh dibuli. Ni sbb faiha nak masuk q dees balik taun depan. Siap lebam lengan dia kena cubit, masa awal2 dulu 2 org girls sepak2 muka dia. Puas dah aku ngan kakak dia ajar cemaner nak defend diri.
ReplyDeleteaku nak ajar awish defend pun x smgt sbb awish ni alahaiii.....mmg fizikal strength tu agak x memberangsangkan.
Delete