Hari Jumaat Sarah punye sport day yg kedua (sbb cancel yg first time kat padang mpsj hujan lebat). Kali ni buat kat indoor stadium matsushita sport complex shah alam. Konflik timing ngan mina n awish yg ada sekolah agama. So terpaksalah cekpen balik awal ambik derang from sekolah agama.
Duduk indoor pun panas berdenting jugak. Carik seat yg dekat2 ngan real kids puchong jaya. Tengok2 bila derang masuk sarah pot betul2 bawah my seat hehe. Sukalah dia nampak mama kat atas nun. Gambar byk kat kamera, malas pulak nak transfer, ni je 2 keping yg ada lam ipon.
Meriah jugak walopon number of kindy yg join kurang dari yg kat mpsj aritu. Sbb tempat kecik kot so tetap nampak penuh jugak. Budak2 semua kemain happy bersukan....bersukan keee hehehe. Sarah lari laju banget sampai ujung2 tu dia skid n jatuh depan tower yg di bina. Dah kena dah, goyang sikit, nasib baik tak runtuh. Dah le dia last player utk letak the highest block. huhuhu. Kalau jatuh sure dia nangis tak sudah dan mengungkit kekecewaan dia forever n ever...phewww.
Nak balik tapi sibuk nak manjat tangga ni. By the way dah seminggu dua ni sarah dah berbaik dgn seteru utama kat kelas dia. Dak nurin tu. Dah kamceng dah sekarang. Berkepit jek. Masuk 5 bulan sekolah baru berbaik2 , sabor je lah.
Balik tu sampai rumah dah lewat around 6.30. Tak larat de nak bersilat kat dapur masak, so gi makan kat gerai pacak atas bukit dekat rumah ni. 2 hari lah off day masak, hari khamis i beli je kat pasar tani ikut tekak memasing nye selera.
2 hari tak masak tapi tengok album ipon, eh byk jugak gambar. Bila masak ni? hahaha lupo den.
Ni breakfast hari apa tah, spagetti kosong je, kalau letak memacam awish taknak makan pulak. So just prego ready made sos dgn minced chicken je.
Mina request macaroni, lama dah mintak tapi tertangguh tangguh je nak buat sbb malas nak masak utk dia lain, utk awish lain, utk sarah lain ....ni ada semangat lebih sikit bolehlah layankan tekak dia. Macaroni with seafood n alfredo mushroom sos. Resepi hantam saja...
Cendawan masak dgn sos tiram. Dah berkurun tak beli sos tiram ni. Ni kan suku sakat msg gak kan. Dulu pakai gak, tapi lepas bibik duk sibuk nak memasak, n dia guna sos tiram dgn kiub ayam macam guna garam, kemain laju habis, terus i stop beli langsung. Dah dia nak masak idok le i asik nak tengok apa dia bubuh, banyak mana dia bubuh kan, so malas nak kontrol baik tak payah ada terus, senang. I pakai utk certain masakan je n letak sikit je. Kiub ayam pun just guna bila my cooking taste turn out really bad, baru letak sikiiiittttt je nak adjust rasa. I prefer cooking without all those perisa. Then bila sarah nye diet nak kena jaga lagilah kena careful kan.
Gulai lemak cili api ikan siakap. Kesukaan sarah. Malam2 ada balance sekeping, i pikir oklah nanti sarah nak breakfast bolehlah dia buat lauk. Sarah breakfast everyday is nasi putih ngan lauk2 left over dinner. Tengok2 pagi tinggal kuah je. Dia dah belasah habis, huhuhu kenalah mama korek freezer tengok apa left over yg ada utk lauk dia breakfast.
Kerabu seafood, sotong + udang. Ujung2 mama dapat timun ngan tomato je. Sikit je sbb ni lebih2 udang n sotong yg ada dlm freezer. Sbb tinggal sikit tu yg buat kerabu tu. Nak buat sambal konfem tak cukup kan.
Repeat masak talapia hitam berlada n belacan. Awish dah start suka dah masakan ni, kali ni ikan dah habis tinggal kuah berlada n bawang pun dia tambah nasi lagi.
Lagi satu mina punye request yg dah lama tak tertunai. Last2 semalam buat Lasagna. Macam biasa lah sbb malas nak masak mcm2 kan, so lambat le tertunai. Sampai expired cheddar cheese tu, sib baik mozarella tu ada bbrp ari lagi due.
Darwish punye request pulak. Mina nak lasagna, awish nak lamb chop with fries. Oklah layan, alang2 nak kecah dapur masak semua orang punye request sekali gus. Penat berkemas sekali. Lepas ni tunggu lah bulan jatuh ker riba baru mama buat lagi hahahaha. Hmmm kalau ada broccoli and gravy baru le cantik hidangan ni, tapi koser dah nak buat gravy or gi kedai semata cari broccoli.
Ikut mamatiamia punya resepi. Senang je buat tapi i biasalah cooking skill ke laut, so rasa inti/filling tu tak berapa nak best. Pastu oven tu pun satu hal, yg duduk belah belakang naik fluffy cantik, belah depan naik separuh je pehal le kan. Still kena adjust filling tu, sbb i buat terkering sangat, i suka ada gravy pekat2 sikit.
Ni biasalah, standard breakfast, bihun goreng.
No comments:
Post a Comment