Friday, May 3, 2013

From my kitchen with love

Hik tajuk super gedik.....mari update gambar masakan minggu ni. Ni tak ikut urutan tau, tak koser nak ikut hari hahaha. Semenjak tahta Queen of the Kitchen diserahkan semula maka rajin le i mengambik gambar hasil2 masakan. Ada lauk2 yg dah biasa buat ada jugak yg sama tapi guna ingredient yg diubahsuai sikit. Mostly google kat internet le. Kalau hasil gugelan tu, tunjuk resepi yg ingredient dia berjela-jela, tak koser nak try. Me suka yg senang, available je kat kitchen or kedai runcit orang acheh bawah bukit ni.
  
Talapia stim with lemon. Tapi tak stim pun ikan tu. Lepas tumis2 cili, bawang putih, bwg merah n halia, bubuh air, pastu masukkan je ikan yg dah diperap ngan lemon tu biar berenang2. Pastu perahkan lagi lemon sampai cukup le balance dgn rasa garam. Siap.....mudah dah sangat sedap. Dah angkat baru bubuh tomato n daun ketumbar.
Ayam goreng kunyit. Masakan kering2 ni my kids tak gemar sangat sbb takde kuah. But i skrg tak kira, buat jugak n ajar derang makan. Sbb senang sangat kan nak buat ni so bila dah takde masa tu, mmg jadi pilihan le masak ni.
Talapia hitam goreng berlada. With extra cili api dan sedikit belacan....belacan tu mmg bg kick betul rasa dia.Resepi dari periuktanah.blogspot.com. Lagipun kali ni nasib baik, sbb semua ikan talapia yg i beli takde bau hapak. So masak apa pun sedap je.
Sayur goreng campur2. Ni budak mama n ayah je lah yg makan.
Kari ayam with extra pedas. Favourite budak2 ni. Takleh masak ngam2 sbb nanti masing2 nak menambah dah takde dlm periuk. Ni menu yg mesti ada seminggu sekali.
Sambal paru. Sedap sangat bila potong nipis2 dan buat sambal kering2 mcm ni. Selalunya i potong masa paru ni masih separa beku supaya tak senget2. Baru2 ni my sis bgtau kalu rebus dulu lagi senang nak potong. So i pun try lah. rebus, mmg betullah lagi senang sbb tangan pun tak sejuk beku dibuatnya. 
Ni yee mee yg lebih tak di makan bersama kuat sizzling tu ari. Pagi tu, buat nasi goreng tapi cukup2 je utk awish, mina and cekpen. So lepas hantar sarah gi kindy, i godek tengok apa yg i boleh makan, nampak yee mee ni, okaylah, just tumis bwg putih, merah n cili sikit, buh kicap sikit, buh yee mee ni, buh telur sebijik, siap my breakfast.
Ok...daun bawang tu buruk benor hahaha. Anyway ni ikan merah masak 3 rasa. Resepi dari myresepi.com. Pun sedap sangat sampai tak cukup kuah tu. Separuh ikan tu Sarah makan sorang. Orang lain kena share2 le apa yg tinggal huk huk huk.
Satu-satunya sayur hijau yg awish n mina makan. Kangkung goreng belacan. Seminggu mesti ada 2 atau 3 kali buat sayur ni. Derang hadap berdua je. Kalau mama or ayah makan, kemain lagi sound jgn bg perabih.
Daging masak kicap. Resepi turun temurun my m.i.l. Dah lama tak masak ni sbb tah kenapa budak2 ni bbrp bulan kebelakangan ni macam tak suka. But baru ni i buat, tak sempat pun ayah nak merasa dah habis dah. Sarah pun makan bertambah2. Tanya mina, sedap ke mama masak ni, dia cakap 'yes'. I think ada something wrong kot bila bibik masak yg buat jadi rasa tu lain.

Oklah thats all for now.

2 comments:

  1. sedap-sedap nye menu! terliur ai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyum2x ...tapi kl ada chef tolong msk lg best hihi

      Delete