Friday, September 21, 2012

Mood berkemas



I tak berkemas rumah tiap hari sbb bibik dah buat yg basic sapu, mop and lap. Tapi tau je lah kualiti kerja mmg lah tak 100% macam yg kita nak. So bila mood rajin datang, i akan vacuum semua, punggah soft toys tepuk2 buang habuk, angkat lap, alih lap, susun balik ikut keadaan asal. Buang mana2 toy yg rosak, make sure segala celah bedah semua sparkling. 2jam ambik masa nak setel kan bilik Awish ni. Dalam almari pun vacuum dan lap hehehe. Last sekali kemas before raya tu hari so boleh tahan gak le tebal habuk kat kawasan2 yg bibik pejam mata wat tak nampak tu. Ok dah bilik Awish ni. Takyah nak tukar apa2. Awish pun jarang mess up (mina and sarah yg salu punggah buku2 kat rak tu) so just maintain camni je.

Satu hari 1 bilik je i kerjakan. Takleh tamak nanti i bosan takde projek nak buat. So hari lain buat bilik Mina pulak. Sama gak 2 jam baru siap semua. Tapi lepas siap bilik Mina ni still tak puas hati sbb masih serabut je rasa. Drawing yg dia buat dekat setengah tahun dah pun tak gantung2 lagi. So plan hari lain utk rearrange bilik ni dan gantung apa2 yg perlu digantung.

Yg atas ni dah rearrange. Hmmm...rasa nak tambah shelves kat depan meja study. Tapi kan malasnya nak paku drill2 dinding nih. Nampak kosong sangat. Shelves putih ataupun beige macam meja tu kot sesuai. Next time lah....

No comments:

Post a Comment