Thursday, September 13, 2012

Follow Up Shifa@setiawangsa8

Pagi-pagi semalam, pukul 7.15 dah gerak ke Setiawangsa. Malam sebelum tu dah cakap elok2 kat Sarah kena bangun awal, breakfast awal semua, dia pun dah kata  'ok mother, i understand', tapi tetaplah tantrum pagi tu. But still awal 15 minit dari biasa lah. Bukan apa, malas nak tempuh jem, lewat 10, 15 minit pun numbers of cars on the road increase mmg significant. 


Ingat lagi dulu-dulu lepas grad nak sangat kerja kat KLCC. Dapatlah gi interview kat tingkat baper tah, tapi takat interview je lah. Takde rezeki. Bertahun jugaklah perasaan nak keje kat situ or somewhere kat KL tu wujud dalam hati.
Sampai shifa pukul 8.15, que dah panjang dah. Tapi kali ni semengah sikit sbb derang yg datang lagi awal dah ada akal nak beratur along the koridor instead of menghala ke jalan macam sebelum2 ni. Vangang sbb keta nak lalu, panas, hujan, pastu beratur kat tengah2 tu buat apa kan. Bila beratur kat koridor, line pun elok le sikit, so kurang le orang potong que  buat2 tak tahu tu kan.Ada jugaklah yg potong but tak seramai sebelum ni yg main terjah ja pintu tu tolak2.
Nak tunggu pintu buka, lambat lagi so bentang lah mat ni and suap sarah nasi lemak. Nasib lah orang nak pandang ke hapa kan, suap berdiri lagi leceh, nak tinggalkan spot que karang kena que balik kat belakang so buat tak tau and bentang tikar.
Dah dapat no panggilan around pukul 9.45 camtu, terus gerak ke mamak, mother pulak nak breakfast. Tapi Sarah merajuk kat sini sbb tak dapat meja faveret dia. Pasal tu pun nak sentap.
Macam ni lah rupa sarah sepanjang mother dia makan maggie sup. Sambil tu dia jeling2, muncung2, kerut2 kening kat mother hah. Mulut dia tak habis2 'hish hish' je. Sabar je lah. Mother malas nak gaduh ngan sarah, so mother biar je.

Finally selepas another round of tantrum from sarah, pergi kedai mamak lagi sekali sbb sarah hungry sangat katanya, pukul, 12.15 camtu dapatlah jumpa Hj Lokman. Kira awal lah ni sbb no giliran no 10. The last 2 times follow up, no sarah 20 lebih, pukul 2 baru dapat jumpa.

Hj Lokman kata, takde sel yg aktif masa dia scan tu, but yg dorman tetap ada. Ambik masa lama lagi utk betul2 hilang sel dorman tu. Apa pun, alhamdullilah so far so good. Prof  Lin and Hj Lokman, dua2 remind mother to have open mind sbb no gurantee even after 5 years, relapse won't happen. But that part we let the qada' and qadar take it course. What we do now is be prepared, mentally, emotionally, physically and financially. Ameennnn.