Wednesday, September 26, 2012

Bau Ikan dan Kaki ayam

Semalam Isnin ada krisis yg besar jugaklah waktu tengahari. Sebabnya Awish bagitau Mina, takde kelas utk sekolah agama. So derang berdua rilek je makan sambil main . Lagi 5 minit pukul 2, i naik and cek balik memo dari SRA. Turn out, mina still  ada kelas. Kelas Awish je yg dicutikan sebab ada exam SRA. So gegar le mina utk get ready pergi sekolah. Member guling2 nangis tak nak terima kenyataan kena gi sekolah. Alasannya dah lambat sangat tak sempat mandi dan bersiap sebelum van datang pick up. Padahal  ada 20 minit lagi. Last2 bgtau dia tak payah mandi lah, tukar baju je, barulah dia bergerak tapi mata tetap berjurai2 dan sentap2. Apa-apalah mina ni. Lepas kelas, balik rumah bukan main excited ejek awish kena pergi sekolah pulak for the next 4 days and dia tak payah. Balas dendam le tu sebab awish bg harapan palsu kat dia before that.


























So petang semalam, mina tak sekolah la. Sarah suka sangat sebab ada kawan nak main sepetang. Mama takleh paksa dia nap lah jawabnya. Dengan tak pakai baju lari sana sini, lompat2 atas katil. Riben segulung tu suka2 je dia potong bagi dua. Dekat 2 jam tu suruh mina pakai baju tapi dia buat dek jek.

Dah pukul 4 camtu, Mina tetiba nak makan ABC. Dan dan tu jugak nak pergi. Memikirkan kalau tak diturutkan permintaan tu kemungkinan besar dia akan mintak ayah dia malam tu jugak (terbayang muka cekpen penat berkerut hangin) so siaplah nak ke Giant. Bukak je pintu kereta, bau ikan busuk menusuk lobang hidung.Cissss. Rupa-rupanya balik pasar pagi tu, air ikan tu ada yg bocor kena kat alas tikar tembus ke fabrik kereta. Arrrgghhhhh!!!! (tarik rambut) tensen betul. Spray ambir pure banyak2 and anginkan kereta tu kejap. Yg budak berdua tu excited masuk dalam kereta melompat-lompat dari depan ke belakang. 

Sampai Giant Mina bgtau dia tak jumpa selipar dia. Carik2 bawah kerusi pun takde. Selipar spare yg salu tinggal dalam kereta pun takde. Wahhhh wah hangin le kan, dia tadi excited masuk dalam kereta dia tak pakai selipar pun sebenarnya. Bagi dia 2 pilihan, samada masuk Giant foodcourt tu kaki ayam or balik rumah je and forget about ABC. Dengan muka muncung, akhirnya masuk jugak Giant dengan terjinjit-jinjit tak pakai selipar. Nasiblah. Takdenya mama nak belikan selipar semata2 sebab mina lupa pakai. Lagipun parking dengan foodcourt tu dekat je takyah jalan jauh2, balik rumah basuh kaki. Mama kecik2 tak pakai selpar sihat je pun sampai tua ni hah =B.

No comments:

Post a Comment