Friday, September 30, 2011

Padini Warehouse sales paling dasyat!

Maksud aku, Padini warehouse sales paling dasyat yg aku pernah pergi. Selalunya sale yg kat mall je, kira ok lah kan. Tapi kan yg kat Glenmarie ni memang gila lah. Tak terbanding dgn yg sale2 lain kat stadium ke haper. Lagi gila sebab semua item RM5 sahaja. Lagipun pengalaman sebelum ni, kalau que melampau tu, even dah ada barang kat tangan pun, aku tinggal je tak jadi beli sebab tak sanggup nak tunggu que tu. Tapi hari ni, lone ranger, tak tau mana datang kegigihan tu, aku redah lautan manusia. ok ...poyo.

Apa yg ada kat sini? Benda yg sama lah, tops,bottom, ladies, kids, mens, adalah kasut, beg sumer tu. Rasanya kalau dah biasa masuk padini concept store tu korang dah boleh agak lah.....sama, cuma harga mmg RM5/piece dan stok lama. So tengoklah apa yg dicari, kalau nak cari yg latest2 design tu, takyah lah, mmg takde...kalau nak cari tops biasa2 tu berlambak. Kalau korang tanya aku 'bebaloikah?' , jawapan aku..'berbaloi-baloi' sebab kalau aku bawak duit RM100 pergi padini concept store tu paling byk 3 helai tops je kot. So kat sini kalau ko bawak seratus....ko boleh beli 20 lai...ok tak? ok sangat bg surirumah macam aku ni.

Aku keluar rumah pukul 8.45am, konon taknak le awal benar terpacak kat situ kan, macam kiasu sangat. Pehtu dekat2 pulak dgn kilang yg dulu aku salu deal masa kerja, so mcm kenkonon taknak le ada orang yg cam aku ternampak aku, malu le kononnya.
Pulak tol sunway clear takde jem...oh masa tu terasa sangat ini mcm petanda yg sangat bagus. 15 minit aku dah sampai glenmarie. Tapi lepas tu dari depan BMW glenmarie tu nak sampai ke simpang Menard tu, perghhh tersengguk2. Sampai kat area kilang2 tu, dah jem, keta dah bersepah2 parking. caitttt!

Pukul 10 kot baru dapat parking. Pastu tengok2 entrance warehouse tu derang tutup. So berlonggok-longgok le manusia depan tu. Aku tak nampak que pun, rasa nak balik tp pikir balik, arhh teruskan je lah.

Ko tengok minah tak reti malu tu. Dia memang panjat dan nak cross tembok pagar tu. Ko caya? Sampai ahsoh belakang aku dok jerit "don't do it girls!" .
Padahal ramai orang padini jaga kat pagar tu lagi nak buat taik. Masa dia angkat kaki dia nak cross tu, semua orang jerit 'booo!' kat derang berdua tu. Orang padini pun jerit tak bagi. Ni bukan tahap kiasu dah..aku tak tau nak label apa.
Since dah setengah jam aku still tak dapat masuk, aku start make friends dgn orang sekeliling aku dan ajak push ke depan sama2....=P.
Masa gambar atas ni, aku lagi sedepa dapat masuk pintu pagar tu. Aku siap tumpang pegang bahu mamat cina depan aku sbb aku takut aku jatuh kena tolak sbb aku kat sebelah je dgn longkang. Gambar hadap pagar. India depan tu lah pagar. Dia ketepi orang boleh masuk. Pastu dalam 10-15 orang masuk dia akan blok balik dgn badan dia. So korang boleh bayangkan bottle neck yg hazab kat situ. Sbb yg nak masuk baper juta, tapi space pagar yg derang bukak besar mamat tu jek.




Kat dalam plak ada lagi satu roadblock, tp behave sikit lah, nampak lah line que. Itu pun still ada yg nak potong. Memang kena booo lagilah.

Lepas aku berjaya masuk ni, gambar kat dalam tengah punggah memang takde lah ye, tak sompek lah nak tetangkap gambor. Aku dah set timing pukul 12 kena kuar so memang tekun la dari satu box ke box yg lain aku punggah. Masa ni memang bagus sensorang, takde tekanan, tak yah sesibuk nak tanya 'ok ke ni?' kat member, asal kenan terus masuk plastik dulu, kemudian dah tak larat angkat, baru stop dan sorting balik. Mana tak jadi beli campak balik dlm box.


Atas ni gambar aku tgh berasak-asak nak ke cashier. Masa nak bayar ni macam ada staff derang yg bertindak sebagai bonzer lah. Cashier que mmg haru. Line tape merah putih tu, dah kat lantai kena pijak2 jek. Cashier banyak tapi yg nak membayar pun banyak berganda-ganda.


Ni gambar orang nak bayar..ni dalam 1/8 je yg muat dlm frame camera iphone aku. Sesak gila. Menjerit-jerit bonzer suh orang beratur bagai...mana ada orang nak dengar kan.

Aku pulak memang nasib baik. Orang keliling aku memang 'pusher' yg dasat. Sebab derang push lah aku setel urusan pembayaran tak sampai 10 minit. Kira potong que dgn tak sengaja, sbb que pun mmg tak nampak, tau2 je aku dah ditolak sampai depan bonzer dan masuk line utk ke cashier.
Selama ni ada jugak gi warehouse sale kat kilang2 camni tapi ni le first time merasa yg sangat over ramai.

Mungkin sebab rm5 tu kot. So sanggup le redah.


But frankly kalau tak sihat, janganlah datang cari penyakit kat sini, boleh pitam pengsan kat depan pagar tu. Lepas tu janganlah bawak anak/ baby semua tu. Tadi ada okay yg bawak..isk isk isk...memang lah aku paham, murah sangat, bila nak ada peluang macam ni lagi, anak plak takde orang yg jaga, fulus pulak kalau di bawak ke mall baper lai sangat boleh beli, so terpaksa gi sini jugak kan. Kalau boleh tunggu lah laki cuti like sabtu ke ahad. Suh laki tinggalkan korang kat situ, pastu datang pick up balik lepas settle semua. Kalau nak 'ngobor' datang pepagi buta pun buleh. Bawak le selimut pukul 4,5 pagi (eh ada plak yg buat ni nanti), sebab sabtu ahad kompom lagi teruk dari hari ni.


Anyway, i have a good haul today. Gambar tangkapan next entry =P.

4 comments:

  1. dah pernah gi dulu.. mmg seksa.. hhhuu.. smpi skrg ai trauma.. hhhuuu

    ReplyDelete
  2. hahahaha samala kta pun pergi berasak2 kt siru...

    salam kenal

    ReplyDelete
  3. mama maman - kalau ada lagi i tetap nak pegi...but lepas setahun from today..hihik.

    ReplyDelete
  4. amiey - hahaha teruk kan tapi tetap nak redah =P.

    ReplyDelete