Thursday, September 8, 2011

Maid-less in Kinrara

I baca blog orang lain, ramai jugak yg maid ambil cuti panjang sempena raya kan. Samalah kita. Our maid pun ambil leave awal bbrp bulan sbb nak beraya kat kampung halaman dia. Sepatutnya balik cuti in December but kitorang agree bila dia request nak balik time raya. Ye lah dia pun rindu gaknya kan nak beraya dgn mak n anak dia.

Tu kat belakang Sarah pakai tudung putih tu le dia. Lagi sekali kena bayar luggage yg melampau beratnya sampai RM320. Merasalah pegang cash RM banyak sekejap jek. I dah pesan jangan bawak luggage banyak2. Malam sebelum berlepas pun I tanya berapa beg, dia jawab satu je, yg lain beg kecil. Duit dia Rp7mill + RM400, lepas tu cekpen bg duit raya lagi. Itupun I dah bg RM dah lebih dari yg dia minta, dia nak RM200 je, but i takut kes 2 tahun dulu terlebih luggage so i tak convert semua duit dia ke Rp. Nasib baik tindakan i betul. Some of barang tu kakak dia yg stay kat area sebelah BK2 kirim. I dah pesan kakak kena bg duit bayar luggage, but tak tau le ada bg ke tak.


Subuh tu bila dia bawak turun beg, mmg geram lah tgk kan main byk lagi. Bila timbang beg kecik ( i tot itulah beg besar dia) dah berbelas kilo. Lepas tu bag besar (yg tak tau mana datang...bila masa dia bawak balik rumah?) dekat 30kg. Dah le tu AA skrg charge RM40/kilo, banding dulu RM20/kilo. Kejap je la rasa kaya pegang byk duit. Tapi sbb ada balance lagi RM kat tangan dia, kitorang biarkan je. 2 years ago, kitorang terpaksa bg RM150 cash kat dia sbb satu sen pun dah takde sbb bayar luggage sampai 400 lebih.



Budak-budak ni macam biasalah, buat LCCT tu macam rumah sendiri. Nasib baik pagi tu tak sesak sangat area ni, kalau tak sure langgar n gelek kaki orang sana sini.



Anyway Sarah tak heran pun maid nak balik. Sikit pun dia tak menangis masa ni. Maid nak dukung dia pun dia taknak. Tapi dah balik baru sebut2 nak 'kakak'. Lagipun maid pun selalu berkeras suruh makan ubat or nasi, so Sarah menyampah la. Kali ni tak dapat nak ganti2 suap Sarah. Ye lah Sarah makan bukan sekejapan, kekadang 2 jam pun tak sudah. So nak avoid stress melampau, i bg satu senduk je nasi per feeding. If she wants some more i tambah lah. At least tak lah sampai 2 jam nak habiskan, sbb selalunya mmg banyak i letak, minimum 2 senduk.

Kalau nak makan lagi lepas 1 or 2 hours pun i bagi lah. But semalam tragedi sikit, I merajuk dengan Sarah dari pukul 4 sampai lah dinner pukul 7pm. Merajuk sbb bila bangun from nap around 4 tu dia mengadu lapar dan mintak nasi. I pun prepare panaskan semua. Lepas sesuap dia wat perangai takmau habiskan. Simpan nasi dalam mulut, luahkan, muntahkan. Memang geram sangat sbb dah beberapa hari dia tak buat perangai tu. Dah lah berat badan turun jek manjang, nak cecah 13 pun sakit, skrg ni around 12.7 kg je.



End up i bengang sangat, i biarkan nasi yg dia kemam dalam mulut tu, I sambung balik gosok baju yg menimbun macam gunung kinabalu.


See, sampai tak cukup tempat nak sangkut, dalam bakul pun ada nak gosok. Berchenta nak start, bila dah start kan main semangat, pastu Sarah nak makan pulak. Spoil mood je.


Lepas tu menangis-nangis lah dia, i dengar dia muntah, Mina pulak duk pujuk dia telan nasi tu mcm I buat but tak jadi la kan sbb dah muntah tu. I biar je. Tak lama tu dengar Mina mengomel, pastu dia naik bawak seluar n panty Sarah sambil tutup hidung. Rupanya Sarah dah terberry merry ! Lagi lah cacak segala bulu badan i....gerammmmm!


Untuk menjauhkan tindakan luar kawal yg lain....i biarkan lagi. Nasib lah ada Mina, dia lah tolong setelkan semua mess tu. I keep on gosok baju sbb i rasa perasaan marah i melampau sangat and i shouldn't get near to Sarah n vice versa. The impact might be too serious.


I couldn't get myself to talk or answer Sarah's question, even though dia mintak maaf. Sebab I tau maaf dia tu, takat kat mulut jek. Lepas tu dia main macam biasa dan cuba untuk sejukkan hati i. But i just keep quiet. I masak. Clean-up the kitchen. Tak offer dia dinner pun even though she ate dinner at 6.30 normally. I keep on the 'perang dingin' until our dinner time around 7++pm.


Masa prepare table with plates semua tu, she request to eat by herself. So I letak satu senduk nasi dan lauk siap potong kecil2 semua. She finished it all by herself! With a little help from me by putting fallen rice or fish into her spoon properly. Alhamdullillah. After that barulah i bercakap dgn dia, and reasoning why i am so mad at her.


Hari ni tak tau lah dia nak makan ke tak...sabarrrrrrr.

1 comment:

  1. aku yg maidles 4ever ni... kalo umah sepah2 aku close 1 eye jerr... tak pun terus close 2 eyes, turu lagi bagus... kalau nak kejar2 sgt schedule ngemas umah bila tak achieve anak2 jadi mangsa 'rasukan' aku... hehheheh

    ReplyDelete