Saturday, August 7, 2010

Dinner @ Chili's dan misteri di bilik air wanita 1Utama .... jeng jeng jeng

Last weekend, eh ari Jumaat malam sabtu, i dating ngan Cekpen kat 1U.

Gigih cekpen balik kerja terus ambik i kat rumah and gerak ke 1U ikut LDP yg sumpah jem nak mam*** tiap hari tu.

Dah setengah jam sangkut kat LDP cekpen try kuar ikut kelana seafood (dulu) and nak masuk NKVE. Rupanye sangkut jugakkkk.

Sampai dekat 7.30 kot...beli tiket " Sorcerers Apprentice" pastu gi Chili's.

Reason gi makan situ sebab i tak penah lagi merasa tapi cekpen sudah. Jadi bila one day before that cekpen tanya ada nak makan apa2 yg sedap tak, i terus suggest gi sini meleleh hokay baca blog orang lain bg review food chili's tu d best dan sedap pastu dorang hari2 melantak kat situ...kaya sungguh !

Cekpen ada tangkap gambar tapi malas pulak nak donlod dari tepon dia. Alah chili's je pun, korang ari2 makan situ kan, haku jek baru terhegeh nak try wakakaka!

Ambik pembuka molot ' chicken wing', pastu meal i amik 'ribs', cekpen amik 'steak'. Sumpah lupa nama menu2 derang, maklum le tak penah kan, campur tak kuasa haku nak menghapal.

Sekali kau, datang kan main besor le plak ribs tu. I dok bayang besor2 ribs yg salu i beli kat Giant wat masak sup. Tu le baca blog orang tp tak reti nak baca betul2, asal tengok gambor je meleleh nak makan jugak. Pastu masa order tak reti2 nak tanya besor mana, kan dah tak habis makan. Tak ke membazir namanya tu.

Mengikut pendapat tekak jawa i, air jus epal sedap, chicken wing sedap, steak cekpen sedap, dan jagung dlm set ribs yg i oder tu sedap.

Yang tak berapa sedap.....air jus nanas cekpen mcm nanas dah terlebih masak, ribs yg i oder tu lemak dia phewwww tebal hokay, T.E.B.A.L. ... maka cepat muak walaupun isinya agak sedap. Sos nye adalah manis... i makan pedas sampai berasap and kuar hingus takpe, tapi bila manis...sungguh membunuh selera.

Jadinya, mungkin itu le last makan situ, idok le daku rasa teringin lagi dah. Mungkin ada menu lain yg sedap, tapi takpelah..i'll stick to my 'dapur'....or try tempat lain pulak, bila ada 'orang' offer makan sedap lagi lepas ni.

Setelah selesai menjamu selera tadi, kami berdua pun pergi ke surau utk menunaikan solat maghrib (tetiba tukar mode bercerita skema).

Pas solat, i gi bilik air dekat dgn surau tu...surau kat new wings tu. Masuk-masuk tu nampak sorang pompuan tengah punggah barang2 dalam handbag dia. Lepas kuar toilet, sambil basuh tangan dan touch-up make-up betulkan tudung, I peratikan pompuan tadi tu, tak habis2 lagi.

I nampak ada 2 handbag kat situ. Dia tengah sorting kan kad2 dari purse. Ada yg di simpan ada yg letak tepi.

Yg jadi misterinya......apa rajin sangat bawak 2 handbag (bukan shopping bag tau) gi mall?

Lepas tu, takde time lain ke nak sorting isi purse tu..apsal buat kat dlm toilet??

Korang rasa itu bag dia ke................................................bag c.u.r.i.k???



8 comments:

  1. MommyCT, baik2 tau dgr macam byk dah kes gitu. So kalau solat baiklah bagi husband pegangkan henbeg.

    ReplyDelete
  2. herrrmmm musykil ni, ntah2 beg curik kotttt

    ReplyDelete
  3. Pink Mama - i masa study dulu mmg penah kena kat surau old wing tu. dgn tudung2 sekali orang tu kebas.
    Tepaksa pinjam tudung orang lain utk kuar bgtau boifren aka hubby.

    ReplyDelete
  4. Mamasyaza - rasa-rasanya kan. tp i nak gi repot kat sapa pun tak pasti kan. pastu masa tu rushing nak gi beli pad sbb peyet rupa-rupanye.

    ReplyDelete
  5. hmm..cam xlogik plak dia nk punggah skali dua handbag sendiri kan..

    ReplyDelete
  6. fazi - kan..pehal bawak 2 beg.

    ReplyDelete