Friday, December 10, 2010

Langkawi 031210 - part 2 Island Hoping

Selepas breakfast, aku terus sapu sunblock kat budak-budak ni sementara tunggu van datang ambik kitorang untuk pergi island hoping. Masing-masing dah tak sabar nak naik bot tapi van pulak lambat sikit, so apa lagi klik klik aje lah.

Rasanya ni pose terbaik untuk tahun 2010.

Takyah le aku tunjuk gambar dalam van or dalam bot ye..tak penting. Bot kitorang kecik jek, ada bumbung sikit. Derang sumbat 14 orang tak silap. Padat jugak lah. Dalam hati doa jangan le terbalik ke hapa...isk ngeri dok terlompat-lompat. Nasib baik le dekat jek rupanya nak sampai ke Pulau Dayang Bunting "The Pregnant Lady Island"

Gambar atas :Dari kanan kepala, leher, dada, tangan, perut dan kaki.

Oh ye..kalu naik 'bot pool' murah sikit la...budak RM20...dewasa RM30..Sarah free sebab belum cukup umur (kurang 3 tahun free).
Kalu korang feeling nak privacy, chartered satu bot tapi naik berdua jek pun boleh..hah bayor jek RM300.


Bot turunkan penumpang kat Dayang Bunting Marble Geoforest Park.
Actually pemandu bot ni tak cakap aktiviti apa yg nak dibuat kat sini.
So kitorang blur-blur turun and just follow je lah crowd. Ingatkan kat tepi-tepi ni je, rupanya ada tangga naik bukit. Dalam 10-15 minit sampai kat Tasik Dayang Bunting. Ada tempat untuk mandi dan naik bot kayuh-kayuh tu (lupa lak derang panggil apa menatang bot ni). Hmm....swimming suit budak-budak ni semua tinggal dlm bag kat dlm bot tadi....so ajak derang naik bot kayuh tu je.



Seronok le memasing terjerit-jerit sebab aku satu bot ngan mina and sarah. Cekpen berdua dgn awish. Bot cekpen lak selow nak mam....so awish dok suh aku tunggu dia ...haih.
Sarah pulak cenggitu gaya ...dok nak celup tangan dalam air. Aku ni dah le suka bayangkan ada piranha ke, buaya ke, jaws ke dalam air ...isk! Takut je tangan dia tau2 dah hilang.




Lepas tu dok lumba balik kat jeti bot tu...awish nak menang...mina pun nak menang. Apa lagi muncung lah bujang ni......itu pun nak gaduh..haih!
Cekpen cakap bot dia rosak...slow..tak laju ....tapi aku rasa lah.....
mungkin bot tu tak larat nak tampung berat dia + awish hik hik !...=P


Pose istimewa dari Sarah dengan senyuman 'botox'.
Cuba perati mulut dia.....kontrol jek....itu lah botox....mulut keras mcm tak boleh nak melebar ke tepi.



Posing tunggu bot ambik kitorang untuk pergi next island.


Destinasi seterusnya....Pulau Singa Besar.
Kat sini boleh tengok Eagle Feeding.
Pemandu bot akan campak daging ayam, dan helang-helang tu akan sambar.
Aktiviti ni kurang digalakkan sebenarnya oleh aktivis hidupan liar sebab nanti helang-helang ni jadi malas dan pampered , dok ingat ayam tu senang-senang jek terapung atas laut.

Destinasi dan persinggahan berikutnya adalah Pulau Beras Basah. Pemandu bot warning siap-siap jangan bawa beg plastik sebab nanti monyet akan rampas. Well, masa kat sini memang banyak sangat monyet...sampai tak leh bezakan monyet ke orang * TIPU*. Lepas tu memang daring, selamba jek rampas nasi bungkus yg orang letak sebelah vontot.
Kat sini aku beli nasi goreng cina telur mata untuk lunch...sebungkus RM5.00. Air RO sebotol RM2.00. Kira murah le kot.


Lepak kat Pulau Beras Basah ni satu jam...so sempatlah kuak lentang..telan air masin kejap. Awish kena lagi sengat..tak tau la jelly fish ke hapa sebab sebelah aku je dia tu and aku takde nampak sekor pun jelly fish kat sini. Bukan kat sini je...kat pulau yg sebelum ni and kat laut tu pun aku takde nampak ....mungkin dia phobia kot sebab masa kat Penang last year dia kena sengat...so ni tah anak ikan je kot gigit dah dia jadi takut. Sarah kalau boleh taknak naik...nak berendam sajok.


Puteri yang sorang ni....pantang air laut. Taknak mandi...main pasir jek...bina daging katanya...daging?!!! Kalu korang tak paham...aku pun tak paham gak.
Itu je 3 biji pulau yg ada dalam pakej tu...macam kureeenng sikitlah. Kalau nak snorkeling, canoeing ke semua tu kena ambik pakej lain dan gi kat Pulau Payar. Yang ni satu kepala dalam RM200.
Since kitorang dah merasa betapa syoknya island hoping kat Phuket, so yg ni jadi so-so je lah, but for the kids of course derang happy gila dah..it's their 1st time maarrr.

Dalam pukul 1 lebih rasanya dah sampai Nadias Inn...apa lagi budak-budak dah menggelitik nak masuk pool. So lepas solat turun pool lah. Hari Jumaat takde orang beb....pool tu dah macam belakang rumah sendiri jek....awish terjun tiruk tak hingat.


Lepas puas kat pool ajak derang main pasir ngan mandi laut kat Pantai Cenang. Senang..jalan kaki je. Awish tengah buat magic tu ...nampak?
The next 'Sorcerer Apprentice'.

Ni tengah prektis buat kulit karipap....tengah uli tepung.


Kerjasama itu penting!


Dialog Aku "Ayah amik gambor mama nampak katik lah...amik lagi sekali"

Dialog cekpen " alamak! macam Giant"
aku "dah lah..takyah lah...tah pape"


Lepas mandi manda main pasir kat pantai..sambung balik mandi kat pool sampai dekat pukul 6.30, baru le masing-masing nak naik bilik. Kitorang suh budak-budak ni tunggu lepas solat magrib baru kuar makan. Sementara tunggu yg tak sampai setengah jam tu, boleh plak semuanya tidorrrr. So terpaksa la kejutkan ....dah tu masing-masing rupa sotong...lembik jek...kepenatan le.


Awish dengan rambut stail San Goku...muka monyok...perut lapor.


Sarah sambung tidur atas meja.


Lepas makan...masing-masing dah recharge...kita sambung jalan lagi. Misi nak sewa kereta untuk aktiviti esoknya. Ni saja ambik gambar kat restoren ni sebab lawa kedai nih.


Cekpen bagi greenlight utk derang pilih cenderahati. Mina suruh Sarah pilih kipas macam dia jugak tapi lain kaler. Bagus le..kalu tak karang gaduh berebut.

Mina mintak gelang...maka Sarah pun dapat jugak. Macam biasa untuk elakkan sebarang pertumpahan darah antara derang berdua. Awish beli buluh yg kalau di tiup keluar bunyi burung. Tiada gambar..heh =P


Ni kisah benar...masa Sarah tidur tunggu maghrib dia mengigau, mungkin sebab dia tertenggelam kat pool 2 kali dan tersimbah ombak laut sekali..so dia mimpi dia lemas kot sbb 2 kali dia terkejut and menangis.
So lepas balik jenjalan malam tu...dia mintak nak tidur pakai life jacket. Mungkin dia ingat nanti kalau mimpi lagi dia tak lemas kot..=P
End of day 1
bersambung...............................................................................................




Wednesday, December 8, 2010

Langkawi 031210 - part 1

Percutian kitorang kali ni masuk dalam kategori bajet rendah. Disebabkan duit bukan senang nak cari, tapi senang habis maka kami bercuti sambil beringat-ingat..hehe :P.

So untuk maintain percutian low cost, kitorang decide untuk pilih hotel yg murah. Hampir tak berjaya sebab semuanya fully booked utk tarikh yg dipilih. Cekpen akhirnya bukak mulut mintak tolong kawan kat sana. Dia berjaya booking Nadias Inn yg lokasinya betul-betul kat center Pantai Cenang.

Memang kali ni kami nak duduk kat Pantai Cenang, sebelum ni semua kat Pantai Tengah. Sebabnya kat sini nak makan jalan kaki je, sep sikit tak yah sewa kereta ke naik teksi. Itu memang dlm perancangan.

Tapi dalam hati ada jugak rasa cuak. Camna lah rupa dan servis kat N.I ni ? So expectation pun memang rendah lah. Kira aku duk pikir as long as its worth the money spent it shud be okay.



Ni lah pandangan dari depan. Nak kata kecik sangat tu tak jugak. Tapi memang tak besar. And nothing spectacular dari segi rupa paras...heh dah mcm describe anak dara.


Zoomm sikit...nampak? Kot ada yg rasa nak duduk sini...boleh tepon ...lagi saja bg ads free =P

Kaunter. Gambar masa nak check-out. Masa check-in tak sempat nak snap apa apa. Banyak sangat soalan dari anak2 nak kena jawab.
First time untuk kitorang dan budak-budak ni duduk bajet hotel errr...bukan hotel, INN.



Lobi. See.... simple. ...basic need.



Ruang breakfast.
Day 1: Nasi lemak, baked bean, pan cake, toast bread, fruits, orange juice, coffee tea.
Day 2: Bihun goreng, scramble eggs, sausage, fruits , toast bread, coffee tea. Tapi kami makan kat gerai tepi jalan..saja tukar angin.
Day 3: Nasi goreng, telur mata, nasi impit, sambal kacang, toast bread. Tapi semua habis so kitorang cuma dapat makan toast bread dan nasi impit kuah kacang dan air teh. Turun lambat sebab nak check-out terus. So lepas last pool session budak2 ni baru turun breakfast.
Sebab macam tak kenyang, sambung lagi breakfast kat seberang jalan ada Restoren Nasi Kandar Tomato.


Ok ni part paling penting. Bilik air adalah sangat ok kecuali takde bath tub..haha.
Baru renovate kot sbb semuanya nampak suci bersih lagi.
Air panas ada kira oklah.
Toiletries tadak..ada shower foam je derang bubuh dalam dispenser. Sib baik aku bawak shampoo sendiri sebab dah tau shampoo hotel mmg tak seswai ngan rambut aku.


Takde ambik gambar bilik sebelum diserabutkan. So snap gambar bilik kat lobi sebelum balik. Macam ni la rupa bilik yg kitorang ambik. 2 single bed.
Kompom tak muat kan, so amik satu extra bed lah.



Ni lah keadaan bilik selepas kitorang blah. Katil kami rapatkan so ada space muat2 jek untuk satu extra bed. Darwish berkali-kali tanya mana living room, mana bilik lagi mana dapur..haih!
Selalunya sewa apartment sbb bibik ikut...so kena ada bilik lain.
Ni bibik takde buat pe nak ada extra room.
Yang penting ada tempat untuk tidur sebab bukannya nak memerap kat bilik pun kan, so okaylah ni....nak kena ajar budak2 ni apa itu 'need'.


Ada aircond, small frige, jug kettle, tv chanel biasa, coffee segera.
Almari, hanger pun ada lah utk kita letak baju bag semua tu.




Ini pun sangat penting bila bawa anak-anak ....swimming pooolllll!



Swimming pool besar kecik semua ada. Setel.
What we need semua ada.
All this for RM80/nite...ok tak?
Ok sangat la tu kannnn!

Nanti sambung lagi......aktiviti island hoping.


Monday, December 6, 2010

Langkawi 021210

Sambung....

Aku kalau setakat pergi mall or jalan dekat-dekat takdelah berkira sangat anak-anak aku pakai gaya sempoi. Tapi kalau jauh sikit tu rasa macam kesian pulak kalau derang nampak macam takde mak yg bela hahaha!

Jadi, aku kena pastikan masing-masing pakai kasut....bukan selipar jepun, especially Darwish yang suka sarung sembarangan. Kombinasi baju pun aku pilih..bukan derang pilih sendiri.





Darwish

Top : HMD from cousin
Bottom: Miki
Shoes: HMD gak fr cousin
Socks: Stokin sekolah hahaha..bukan nampak pun


Mina


Top: Zara kids reject shop
Jaket: Poney
Bottom: HMD skirt fr cousin
Shoes: HMD fr cousin
Socks: Cotton On Kids
Watch: Dora
Bag: Pink Fur by Sinma


Sara budak suka melaram tapi mama tak belikan dia princess dress untuk jalan-jalan kali ni. Pakai aje mana yg ada.
Top: Poney
Bottom: Miki
Shoes: Kikilala
Bag: Barbie Princess (beg free dapat masa beli beg sekolah mina =P)

Okay memasing tahap jakun nak menyempit kat trolley. Berat nak tolak weyyy!


Hahaha....ni aku nak citer apa aku pakai plak.
Top: Blook Jacket ke cardi? apa-apalah
Maxi dress : Beli kat stall kat Giant

(Dua2 aku perap dekat 2 tahun kot tak pakai2)

Tudung: Jalan TAR
Bag : Beg free..former bos gua bagi
Shoes: Dark brown Piere Cardin (kasut keje dulu)
Necklace: Acc shop@ Sunway Pyramid
Bangle : Penang

Haku sebenarnya takde idea nak bebel apa so tiru orang kekadang citer apa derang pakai kan hahaha...belasahlah!


Kanak-kanak yg dah tak senang duduk. Tak sesabar nak naik katobang.
Boleh puji jugaklah sebab perangai tu dalam kawalan lagi. Tapi tetap nampak lah ke-excited-an yg melampau tu..lari2, lompat2, gelak2 tetap adaaaaa!



Disebabkan excited jakun melampau maka agak senang jugak nak suruh derang duduk kat seat tu dan pakai seat belt. Derang satu row bertiga, aku ngan cekpen kat seberang berdua. hehe...ala kejap jek pun kan..tak sempat nak kentut dah landing =P .



Cekpen tengah tiru gaya sarah senyum 'botox'.



Yeaaaa dah sampaiiiiii!
Turun kapal terbang pun nak amik gambar jugak =P


Lepas check-in, mandi...terus gi makan. Lapar sebab dah lepas waktu makan kitorang.


Lepas tu tapau burger oblong...sebab takut lapar malam-malam.
Lepas tu jalan-jalan kat stall-stall along Pantai Cenang ni.
Nite life macam kat Phuket..happening ....tapi sikit je lah yg macam tu
Sini semua kedai baik-baik je =P
Lepas tu gi cari pakej island hoping. Bagi anak-anak rasa naik bot pulak ;)




Sudah Pulang

Home sweet home. Back to live in hustle Puchong. Get to eat home cooked meal.



2 Dec 2010 Flight ke Langkawi pukul 6.05pm. Cekpen sungguh baik hati tak mau naik katobang kat LCCT...so the kids get to SEE more aeroplane at KLIA.



Aku start pack baju hari Rabu. Bukan apa kalau travel dengan anak-anak ni kalau boleh semua nak di bawak. Kalau travel berdua satu bag dah cukup....bila dengan anak-anak, 3 bag luggage + 1 back pack +1 baby bag. Nak wat camno, baju kena ada spare, selipar jek dah 5 pasang. Takkan nak terus pakai selipar beach dari rumah kan...tak stail le nak naik katobang pakai sipar jepun..hahak! Barang sarah, segala ubat sapu, segala sun block, skin repair,toiletries..dan macam-macam lagi.



Lepas tu rambut anak-anak pun nak kena trim dulu, karang tak diva pulak dalam gambor. Dah kata nak gi holiday kan, gambar sure penuh memory card tul tak? Pastu nanti konfem takde masa nak ikat rambut lawa2...asal boleh je.




Darwish sentiasa dalam keadaan 'ngeri +geli' setiap kali gunting rambut.

Mina sungguh tergedik-gedik kesukaan. Merengek-rengek manja....gesel-gesel kaki ...tah sapa nye perangai tah...kekadang tu rimas sebab dia lagi over dari Sarah.

Gambar Sarah takde sebab aku kena pegang dia..anyway dia cuma trim fringe depan jek..bayor pun 3 hengget sajok.





Wednesday, December 1, 2010

Sunday, November 28, 2010

Rapunzel adalah BEST!

Semalam menonton Rapunzel pulak. Wah memang sedap cuti kali ni .... baru cuti 2 minggu dah 2 kali tengok wayang. Rapunzel ni pun best jugak ceritanya. Takde lah banyak sangat bercakap atau komplikated sampai anak aku tak paham.

Saja je test power, lepas habis movie tu, aku tanya Darwish,

"berapa lama rapunzel tinggal dengan ibu yg jahat tu"

Dia jawab
"18 years "
Hahaha....punyalah aku suka..berbaloi bayor 26 hengget tengok wayang dan dia tahu apa yg dia tengok. Kira itu soalan paling susah le...soalan lain yg senang-senang dia boleh jugak jawab.

Tapi kalau hari ni aku tanya...mungkin banyak yg dia dah lupa kot...biasalah..memori ala Dori.

Oh ye...wayang di gsc.ioi mall je uolsss.....dekat lagi ...takde que panjang...still dapat seat kat tengah, walaupun beli kurang 20 minit wayang nak start.

Oklah...pergilah bawa anak masing-masing menonton kalau takde sangat aktiviti nak buat.



Thursday, November 25, 2010

Nak masak apa bila mood malas datang...

1) Tapau lauk.... nasi masak sendiri

2) Tapau lauk dan nasi sekali...tak masak langsung

3) Makan kat luar terus

4) Panaskan balik leftover lauk yg ada dalam fridge. Masak nasi je la.

5) Masak pasta, spagetti ka..olio ka...

6) Time rajin, masak lauk berkuah tu, lebihkan kuah banyak2. Lepas tu lebihan kuah tu simpan dalam freezer. Bila time malas...defrostkan, tambah le balik ikan ka...ayam ka....kan senang... tak payah nak kupas bawang, tumis je ke hapa.

I jarang buat yg no.1, 2 dan 3 sebab lauk kat kedai tak sedap mana kecuali makan fast food. Yg paling suka adalah no.6, cuma kena bg cycle time dlm seminggu ..

if not Darwish akan sound direct "AGAIN!?".