Salam. Lama tak update sbb takde mood. Tak cukup tido sebab soooo uncomfortable plus having sore throat and bad cough lately. Tekak dah baik tapi batuk still ada, dah kurang lah tapi not 100% sembuh. Disebabkan batuk yg teruk tu, my abdominal muscle dah teroverwork. Sakit nye tsk tsk tsk T_T especially time false contraction time tu lah nak terkokol-kokol batuk. Kena betul2 elok sebelum the final showdown. Parah ler kalau selepas deliver masih batuk....takleh bayangkan.
Sementara tiap hari i bangun pagi perut masih mengembung2 ni, i makan ajelah. Tapi tekak pun dah tak tau nak makan apa, so korek2 dapur n cook something yg lain.
Ni sarah request apple pie. Since ada epal dan pastry instant, layan jelah. Ujung2 dia makan half aje. Lagi 3 n half i yg makan. -_-.
Dah alang2 pastry dah bukak packaging kan, i buat pulak errr..apa nama tah menda atas ni. Salu kat kedai seafood chowder ke mushroom chowder gitu kan? Entahlah tak ingat dah. But i guna instant campbell mushroom soup je. Lepas tu tutup dgn pastry instant tu. Sedap jugak heheh. But i think kalau i buat sendiri mushroom sup guna cream n fresh minced button mushroom lagi umph kot sbb yg tu lagi creamier banding instant ni. Tapi takat i sorang je lam rumah ni yg suka cream mushroom tu, buat letih aje buat sikit. Pakai instant sudeyyy.
Lagi satu benda yg salunya i sorang je makan, bagel, mina kadang2 naklah. Bagel beli kat tesco. Pendek je dalam 1ft. Kalau yg french bread panjang tu tak sempat nak abihkan. So just toast ngan butter n sapu garlic. Cicah dgn mushroom sup instant jugak.
Bibik masakkan breakfast spagetti chicken bolognaise (instant sos ye). Budak2 makan gitu je. But i suka ada sayur2 sikit. Biar berwarna warni then panaskan dgn cheese....nyummmmm.
Ini 2,3 hari ni asik tengok AFC yg dok tayanag masak kupang. Semalam ada kupang kat pasar borong, so beli sebungkus. Lunch i makan kupang yg i masak dgn tomato dan leftover sos spagetti. Makan sekali dgn bagel yg i toast dgn chicken bolognaise n mozarella. Balance kupang tu, i masak ala thai tom yam utk dinner, tiru nigella punya resepi....sedap dap dap. Cumanya kalau kupang tu versi yg lemak mcm import punya lagi kick kot. Ini kupang mesia yg ala2 cenonet aje and tak lemak sangat.
Tadi i buat pulak pineapple pie. Sama gak guna instant pastry tu. Katanya pineaple is natural birth inducing method. Kata gugel lah...tapi i dah makan ni takda apa pun...tsk.
Kalau pagi esok bangun pagi masih sama, i nak buat black pepper lamb pie pulak. Semalam i dah simpan sekeping lamb n marinated dalam black pepper sauce.
Btw, my gynea bagi pilihan, nak induce on monday 14 or wednesday 16...T____T. So baby nak kuar bila nih???? Lepas raya ke before raya?
No comments:
Post a Comment