Hari ni dah hari ke-15 berpantang. Bila kira rasa macam eh..cepat jugak. Tapi tiap hari rasa, eh lamanyeeee, bila lah nak habis pantang ni.....sapalah yg create sistem pantang2 ni isk. Komplen-komplen jugak tapi tetap le tak berani nak langgar hehehe.....langgar sikit2 adalah hahaha.
Hari ni baru le first time makan jamu. Jamu dalam set bersalin tu bentuk pil, senang le nak telan. Patut start hari ke-empat, tapi baby start kuning (jaundice) so memang tak berani lah nak makan kan. Ni baby so far dah ok, elok je so cubalah makan. Terus lompat makan pil set yg ke 2, sbb yg 1st tu dah over dah masa yg sepatutnya makan. Set ke 2 ni from day 9 to day 28. Takpelah, tak nak membazir sbb dah beli kan, so makanlah ikut suka hati walopon dah 14 hari baru terkedek-kedek nak telan jamu.
Hmmm...citer berurut. I start berurut masa hari ke 5 (isnin). Tapi makcik urut tu lambat sbb hujan (naik motor), so end up dapat urut sejam je sbb baby ada appoinment dgn paeds pukul 11.30. Then the next day dia ada hal tak dapat dtg. Then sambung balik hari rabu dgn khamis. I ambik 3 hari je. Sebelum tu terpikir jugak maybe nak ambik extra 2 hari. tapi tak jadi sbb tak kena gaya urut tu.
I tak tau lah macam mana i boleh termiss benda paling penting tang urut tu masa booking. I ingat macam dah check semua background n review but end up its not what i wanted. I ni kan jawa totok, so bila cara mengurut tu totally different, memang terkelip-kelip je lah mata. Takde tangas, takde mandi herba, tungku pun pakai yg i beli tungku herba yg alahaiiiiiiii.....tak best. Takde sapu2 param, pilis, tapel semua tu...takde.
Teknik mengurut tu bukanlah tak berkesan. Result urutan tu nampak lah elok, angin keluar, sakit2 banyak yg kurang. Overall oklah. Tapi sbb i dah biasa orang urut secara kuat, so bila yg lemah gemalai ni, ia menyebabkan ketidakpuasan lah. Tak rasa macam berurut. Mungkin orang lain tak kisah kot, but ni kan kali ke-4 dah i bersalin, so end up i dok comparelah dgn yg dulu2.
So sekarang ni i still usha2 tukang urut. Ada yg neighbour rekomen tapi bila call, tak sampai ke puchong pulak servisnya.Sigh....kalau tak dapat gak, tunggulah abis pantang sok, kita ke thai odessey je lah jawabnya.
Disebabkan tukang urut ni moden dan bukan jawa, jadi utk elakkan pembaziran, i pakailah sendiri bahan2 sapuan set bersalin yg i dah beli tu. Banyaklah area takleh nak cover, nak buat macam mana kan, tangan tak sampai. Pun kira lewat jugaklah start, selalunya start pakai masa berurut kan, lepas tu sambung sendiri. Ni dah hari ke 9 ke 10 tah baru lah nak berparam, bertapel dan berbedak sejuk. Pilis je i tak sanggup nak bubuh sbb selalunya i akan pening kalau pakai pilis. Takpelah i buat lah mana yg mampu.
Makan minum pulak, cubalah jugak nak follow tapi banyak jugak yg terbabas. The first few days tu i tak masak langsung, suruh bibik buatkan sup ikan je with lots of ginger and balck pepper, guna fillet fist cap giant tu je. Itulah lauk lunch n dinner. Then my sil ada bg ikan bilis goreng mix dgn halia dan black pepper. So adalah lauk lain utk tukar selera. Lepas habis stok fillet fish, i buat sendiri pan grilled chicken, letak sikiiiiitt je olive oil hehe. Kadang buat sup ayam, atau ayam halia. Sayur masak terus sekali dalam sup. Kobis ke broccoli ke, carrot ke masuk je sekali harung. Senang. Ada sekali tu buat sup letak fusili. Lepas tu buatkan mina fussili dgn bolognaise sos.....hasilnye mina punya sedap, my sup tak sedap...so paw mina punya beberapa susu heheh....berminyak lah sikit..nasiblah.
Breakfast dgn snack i belasah apa2 yg senang. Kekadang termakan gak benda bergoreng....tu bila lapar sangat lah, then ada pulak balance breakfast derang kan so ngap aje heheh. Sikit2 je lah. Tiap hari minum horlick+milo+habbatusauda 3 kali sehari. Ada try buat herbal tea sendiri dgn halba, jintan manis, honey etc......tapi tak sedap hahaha.
Lah ni dok pulun makan tauhu....sbb cekpen belikan banyak keping. So buat sup tauhu lah dah beberapa hari ni. Tadi langgar pantang sikit, makan ikan kembung goreng tepung. Orang kata nanti gatal kan. Tapi i tak makan pun memang gatal gila stretch mark kat perut ni so belasahlah. Gatal sangat garu je lah. Eh cerita pasal perut gatal, baru teringat, lupalah nak beli krim anugerah, makcik urut tu kata bagus sangat krim tu. Esoklah gugel kot ada jual online.
Still gigih berbengkung but i pakai yg moden velcro je. Senang nak pakai sendiri. Bengkung ni memang dari awal lepas bersalin tu i terus pakai, but masa awal2 sebelum urut tu i pakai tak ketat sangat lah. Lepas berurut dah sengkak semua barulah pakai ketat2. Takdelah rasa macam bawak belon isi air dah ....huhu. Perut pun so far dah surut almost like pre-pregnancy state. Tapi muscle2 kat perut mmg out ler...sesia bergym sebelum pregnan hehe...takpe takpe....nanti masuk gym balik biar ketul2 tummy ni hahaha. Weight max masa pregnant tu ari is 58.6kg.....now dah 52.8kg. So ada 4 kilo lebih lagi lah extra. Biarlah dulu tu sbb takde nampak naik pun....tu semua kat midsection le tu. Tu kena kasi trim kat gym....diet2 tak jadi nye. Lagipun breasfeed, manjang kebulur, kang diet takde plak bahan mentah nak supply kat kilang susu ni.
No comments:
Post a Comment