Friday, November 16, 2012

Deepavali @ KLCC Park

Cuti deepavali tu, pagi2 lagi kul 8.15 kot kitorang dah sampai kat taman klcc. Selepas jalan kaki sejauh 1.3 kilometer sepanjang jogging track kat situ, awish and mina dibenarkan menikmati sarapan pagi. hehe kejam jek bunyinye. Tapi takkan nak makan baru jalan kang senak perut ye tak. Sementara tu, cekpen sambung jogging sensorang sementara me jaga budak2 ni. Lepas breakfast derang dah start resah sebab public pool tu takleh masuk lagi, kena tunggu pukul 10. Kekejap merengek, kekejap mengeluh suruh main kat playground pun memasing dah tak nak dah. Bila cekpen habis jogging, dlm pukul 9.30camtu, barulah i dapat turn jalan kaki pulak. Dapatlah cover jogging track tu dalam 15 minit. Nak buat 2 round tp risau budak2 yg dah tak senang duduk tu mencabar kesabaran cekpen kang. 

Akhirnya dapat serbu kolam. Seronok sangat lah mina sbb dia lah yg paling beriya-iya nak mandi kolam klcc nih. Cuaca pun elok je walopon forecast kata hujan. Syukur lah, kalau tak kang tak puas pulak mandi kan. Pukul 11.30 camtu mina dgn sarah dah surrender kesejukan. Awish belum nak keluar lagi tapi terpaksa ikut vote lah. 2 lawan 1 so dia kalah. Kenalah balik. Lain kali bolehlah kalau mama rajin nak hangkut bibik sekali tengokkan korang sementara mama nak exercise.  

4 comments:

  1. Lama dah tak pergi taman KLCC...sebenarnya dah lama tak jejak kaki kat KLCC sejak menjak banyak mall dekat2 dengan rumah ni. Tapi seronok tgk budak-budak enjoykan =)

    ReplyDelete
  2. wow sronoknye depa mandi manda. baru plan nak ajak en. abah pegi mandi sungai tapi dia cam tak berminat, maka berkubur jela niat dihati tu

    ReplyDelete
  3. Pinkmama - ye lah budak2 mmg enjoy, maknye lebih enjoy kalau dpt cuci mata dlm klcc hahaha.

    ReplyDelete
  4. mamsyaza- ajak le mandi kat theme park mana tau en abah lebih berminat hehehe

    ReplyDelete