Monday, November 19, 2012

Cameron Highland 15 Nov 2012 Photo Album

Baru balik petang semalam selepas 4 hari 3 malam on the move berholiday. First destination Cameron Highland. 2 reason to visit this time, to have breakfast tea at Boh Sg palas and strawberry picking. Last year pergi hajat ni tak kesampaian. So kali ni determined to do both. Gerak dari Puchong pukul 5 pagi dan sampai kat Boh Tea Plantation sg Palas around 9am. Just nice. Tak banyak traffik, tak ramai orang, takde hujan, cuaca sgt baik, sejuk dan tenang. Yg tak tenang budak2 yg dah kelaparan ni. 
Destinasi pertama. Terus tuju anjung tu. Tenang lagi sbb belum ramai sangat customer/visitor. Bolehlah dapat seat kat tepi tu dengan pemandangan ladang teh hijau yg sejuk mata memandang.



Gambar kenang-kenangan utk di hari tua =P.


Lepas minum pagi, pergi cari ladang strawberry pulak. Malas nak redah tempat lain, so pergi yg paling dekat dgn ladang teh. Strawberry tak banyak, bolehlah takat nak bg mina dgn sarah merasa petik stoberi tu. Pekerja bangla yg sangat ramah serta bermuka tebal 3 inci mintak tips kat sini. Abaikan. 




Sebelum turun ambik gambar lagi bersilih ganti. Darwish lebih berminat bermain nintendo dalam keta hence the lack of his face here.

Bermalam di Century Pines. Budak2 ni terlebih girang kat sini sbb luas dan ada tangga turun naik. Mama dan ayah telah di suruh tido di sofa bed bawah sahaja, sementara mereka bertiga menikmati super king size bed di tingkat atas. Besar giler bed tu, besar lagi dari normal king bed. Jakun kejap. They willing to stay inside all evening just to play hide and seek. Serius besar sampai sarah kekadang frust asik kalah aje bila main, manjang carik tak jumpa hehe. Ada bath tub utk ganti ketiadaan kolam renang, kids happy. Gila sejuk2 nih nak mandi kolam jugak, tak wujud nak oiii kat atas cameron ni.
Depan century pines tu playground besar kat Tanah Rata tu. So ajak derang main petang tu kat situ je, derang takde teringin nak pergi mana2 sgt pun. So oklah layankan aje.

Ni lepas lunch kat gerai2 kat tanah rata tu, tapau laksa yg sangat sedap dan rojak yg tak berapa sedap. Sarah nampak durian tepi jalan tu, mmg tak dapat elak. Durian tak boleh bawak balik kan, so makan lah kat situ je. 
Sebelun bertolak ke destinasi percutian seterusnya, kita breakfast dulu kenyang2. Pilihan breakfast biasa je tapi rasa boleh tahan sedap. Even sarah pun makan nasi lemak dia sampai habis. Darwish repeat beehun goreng tu dan berkali2 ingatkan mama buat bihun greng kicap mcm hotel ni masak. Lepas breakfast, terus check out utk sampai ke Tambun by 10am.









No comments:

Post a Comment