Friday, February 3, 2012

Safety first?

Petang selasa, dapat call from Sunmed regarding my pap smear result. Well not so flying colors as i have to take some medication for a week, but nothing serious....err i hope. Seeking advice from 'Prof.google' , its seems quite common for women using the iucd method to get this infection. Dr wong also told me the same thing during the session with her.
Anyway, I was told by my sister that the contraceptive method that i'm using now is Haram. I am a bit surprised cos i kinda not agree  with that. By the way it was her lecturer who said that, she's pursuing nursing degree at the moment. 
So i google to get more info on that matter. Below is some of my finding that quite clearly state how pregnancy is define in islamic context, and how the modern contraceptive method fit in. Some of you might think that we shouldn't simply accept whatever Prof Google provide, but at least we can verify isnt it.  Also i will check other reliable source but at this moment this will do.

PENCEGAHAN KEHAMILAN MENGIKUT ISLAM
Islam membenarkan pencegahan kehamilan dalam keadaan tertentu yang dibenarkan oleh syarak tetapi tidak membenarkan pengguguran anak kecuali bila ia membahayakan nyawa ibu.
Asas perbincangan:
1.Maksud kehamilan mengikut syarak.
2.Kaedah perancang kehamilan yang dibenarkan.
3.Alasan yang dibenarkan oleh syara’ ( i think this is the most important part, the reason of using contraceptive, apakah niat sebenarnya, as it might turn the table around to make any method haram)

A.MAKSUD KEHAMILAN MENGIKUT SYARAK
Maksud kehamilan dari segi ‘Ilmi (saintifik)- apabila air mani di masukkan ke dalam vagina, sperma masuk ke dalam uterus(rahim) kemudian pergi ke tiub fallopian untuk mencari ovum(telur). Hanya satu telur akan disenyawakan dengan sperma di tiub fallopian. Ovum yang telah disenyawakan akan ke uterus dan di tanam di dinding uterus. Proses ini di sebut sebagai ‘implantation’.

Untuk menentukan bermulanya kehamilan dari segi syara’ , terdapat 3 persoalan yang perlu dijawab.
I.Adakah apabila air mani masuk ke dalam uterus ATAU
II.Adakah bila mana berlakunya persenyawaan ovum dengan sperma di tiub fallopian ATAU
III.Adakah bila mana tertanamnya ovum yang telah disenyawakan di dalam uterus.

Mengikut syara’ ketiga-tiga perkara diatas perlu ada bagi menentukan kehamilan telah berlaku.
Perkara I dan II tanpa yang ke III bukanlah maksud kehamilan mengikut syara’.

Dalil Al-Quran: Al-Mu’minuun; 12 – 14
Ayat 12: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah.
Ayat13: Kami jadikan saripati itu air mani (yang di simpan/Nutfah) dalam tempat yang kukuh(rahim).
Ayat 14: Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami jadikan sebungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Sucilah Allah Pencipta Yang Paling Baik.
Ayat-ayat ini menerangkan kejadian yang berlaku pada 4 bulan pertama kehamilan berlaku. Janin akan mengalami 5 peringkat secara beransur-ansur dengan nama-nama yang berlainan.
Nutfah bermaksud air mani yang telah masuk kedalam rahim kemudian berlakunya persenyawaan dan disimpan di dalam rahim.
‘alaqah bermaksud segumpal darah.
Mudhghoh bermaksud segumpal daging.
‘izoma bermaksud tulang belulang

Yaksu lahman bermaksud tulang belulang dibungkus dengan daging.
Allah juga menerangkan kehamilan dalam surah Mariam ayat ke 22, surah Luqman ayat ke 14, surah Al- Ahqaaf ayat ke 15.
Di dalam bahasa Arab, “Haml” bermaksud membawa (to carry), adalah sangat jelas bahawa wanita membawa janin di dalam rahim dan bukannya di tiub fallopian. Oleh itu kehamilan bermula apabila proses implantation berlaku dan bukannya sebelum itu.
Walaupun kandungan di tiub fallopian boleh berlaku(kandungan luar rahim), ia bukanlah kandungan yang normal dan janin tidak dapat membesar dan pembedahan perlu untuk membuangnya supaya nyawa ibu tidak terancam.
Jadi pencegahan kehamilan yang dibenarkan syara’ adalah apa-apa kaedah perancang keluarga yang berbalik (yang tidak kekal – reversible) berlaku sebelum proses implantation. Apabila ia berlaku selepas implantation, maka ia dinamakan sebagai pengguguran yang diharamkan oleh syara’.
B.KAEDAH PERANCANG KEHAMILAN YANG DIBENARKAN
1.Pil perancang – menghalang pengeluaran ovum daripada ovary dengan cara mengubah paras hormone. Kaedah ini dibenarkan .
Bagaimana dengan `morning after pill’ ? Boleh ke ? OK jika sebelum implantation berlaku (e.g. if taken less than 72 hours after inter course)

2.Depo-Provera (injection setiap 3 bulan) – konsep sama seperti pil perancang. Dibenarkan.
3.Intrauterine Devices (IUCD) – IUCD mencegah kehamilan dengan dua cara (1) mencegah persenyawaan ovum dan (2) mencegah `implantation’ . Jika mengikut definisi kehamilan (mencegah sebelum proses implantation), kaedah IUCD dibenarkan.
4.Barrier Devices – ia menghalang sperma masuk ke uterus; contoh – kondom bagi lelaki, ataupun melindungi cervix (pangkal rahim) menggunakan `diaphragm’, `cervical cap’ atau `vaginal sponge’. Penggunaan ubat/krim bagi membunuh sperma sebelum sampai ke ovum juga dibenarkan.
5.Abstinence during fertile period – tidak melakukan hubungan kelamin ketika subur. Dibenarkan.
6.Withdrawal (Coitus interruptus) – bermaksud mengeluarkan air mani diluar rahim.
Dibenarkan. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir Rodiallahu-anhu berkata “ kami mengamalkan `azal dizaman rasulullah dan ketika Al-Quran diturunkan’ – Hadis al-Bukhari dan Muslim.

Dalam versi hadis yang lain, daripada Muslim “ Kami mengamalkan `azal ketika zaman Rasulullullah dan beliau mengetahuinya tetapi beliau tidak menghalangnya’.
7.Sterilization (pemandulan) – untuk lelaki, vasectomy iaitu ikat tiub bagi menghalang pengeluaran sperma dan untuk wanita `tubal ligation’ – ikat/klip tiub fallopian untuk menghalang ovum dikeluarkan.
??? isu `reversibility’ ; kadar `reversibility’ adalah rendah dan ia tidak dibenarkan

C.ALASAN YANG DIBENARKAN OLEH SYARA’
Petikan dari jawapan oleh Dr Yusof Al-Qardawi dan Muhammad Saleh Al-Munajid.
Nabi Muhammad meminta umatnya berkahwin dan memperbanyakkan umat. Ia adalah objektif utama perkahwinan.
Islam juga menekankan pentingnya mendidik anak-anak bagi menjadi insan berguna dan menjadi pemimpin di masa hadapan. `Parenting’ memerlukan usaha dan perhatian bersungguh-sungguh daripada ibubapa. Sabda Nabi s.a.w ‘orang beriman yang kuat adalah lebih baik dari yang lemah’.
Islam membenarkan untuk `perancang keluarga’ dengan alas an yang kukuh :
1.Jika kehamilan ataupun bersalin boleh menyebabkan nyawa ibu terancam. Kriteria ini bergantung kepada bukti saintifik dan juga pendapat ahli perubatan yang ikhlas.

Surah Al-Baqarah, ayat 195 “..….. dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan…..
Surah An-Nisa, ayat 29 “……. dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu”
2.Jika takut bahawa beban memelihara anak menyebabkan urusan keluarga terjejas sehingga kita membuat perkara yang haram kerananya
Surah Al-Baqarah, ayat 185 “..….. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menkehendaki kesukaran bagimu ……

3.Jika takut bahawa kehamilan menyebabkan bayi yang baru lahir terganggu penyusuannya. Istilah bahasa Arab ialah `Ghellah’. Hadis nabi dari Abu Dawud : ‘Do not kill your children secretly, for Gheelah overtakes the rider and throws him from the horse.
Namun begitu, nabi tidaklah menghalang hubungan kelamin dengan ibu yang menyusukan anak. Kerana beliau menyedari bahawa orang-orang Farsi dan Rom melakukan perkara tersebut tanpa membahayakan nyawa bayi yang baru lahir; juga kerana takut menjadikan kesulitan kepada pihak bapa disebabkan tempoh penyusuan yg lama (2 tahun)
4.Tidak menggunakan kaedah perancang kehamilan yang kekal (permanent) ataupun yang menyebabkan kemandulan. Adalah dibenarkan untuk secara sementara seperti untuk melambatkan kehamilan, cth 2 tahun atau selepas menyusukan anak 2 tahun.
5.Tidak menggunakan kaedah perancang kehamilan yang membahayakan kesihatan.
Fatwa oleh Mufti Ibrahim Desai
Pencegahan kehamilan dibenarkan atas alasan kukuh mengikut syarah. Pencegahan secara berbalik (reversible contraception) dan permanent (kekal) mempunyai hujah berbeza.
Reversible contraception dibenarkan jika
1.Keadaan fizikal wanita yang lemah
2.Sakit
3.Isteri ingin menjaga kecantikannya / bentuk badan untuk suami (??? ijtihad mufti)
4.Pasangan dalam perjalanan yang jauh
5.Keadaan politik yang tidak stabil; cth – anak-anak dipisahkan secara paksa daripada keluarga seperti di Negara komunis
6.Pasangan ingin bercerai dalam jangkamasa terdekat
7.Isteri adalah orang yang tidak bermoral.

Alasan yang tidak valid dari segi syarak
1.Alasan untuk menahan nafsu seks yang tinggi/terlibat dalam seks bebas juga tidak dibenarkan.
2.Kemiskinan dan takut kepada kemiskinan adalah alasan yang tidak kukuh. Dalil Al-Quran, “There is not a living creature, but its sustenance is the responsibility of Allah”
Surah Al-Israa, ayat 31 “ Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan member rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar’
Surah Al An’aam ayat 151, “ ………………..dan janganlah kamu membunuh anak anak kamu kerana kamu takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka……….”
Walaupun asbabun nuzul turunnya ayat-ayat di atas bagi menggambarkan tindakan kejam masyarakat jahiliyah membunuh bayi mereka dan halangan dari berbuat demikian (tafsir ibnu kathir, volume 3, pg 55) , tetapi Ayat ini boleh di aplikasikan bagi menghalang pencegahan kehamilan disebabkan takut kerana kemiskinan. Kaedah ini dinamakan `Dalaalatun Nass’ – suatu kesimpulan yang diambil dari teks Al-Quran: yakni kaedah yang dibenarkan dalam prinsip keadilan Islam (Usul Fiqh)
Pencegahan kehamilan kekal (Permanent contraception)
Hanya dibenarkan jika nyawa ibu dalam bahaya ataupun tahap kesihatannya menurun teruk jika perancang kehamilan kekal tidak dibuat.
__________________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment