Friday, August 26, 2011

Tak kawan

2 malam lepas, Awish bercerita apa yg terjadi kat Kafa. Mengikut ceritanya, Awish, Shafiq, CikWan dan beberapa orang kawan lain bermain permainan yg di panggil...eh lupa lah dia cakap main apa. Tapi permainan tu macam ala-ala acah nak sepak, kick boxing, karate....kira main lawan le.

Ok, pointnya, masa main tu CikWan telah berlari dan tersadung kakinya di kaki Awish sebab Awish sort of menghadang macam tu. So Cikwan telah tercampak dan luka2 di kaki or tangan (tak sure). Cikwan sangat marah dan mahu menerajang bontot Awish. Awish kata dia ada mintak maaf dan cakap tak sengaja tapi tak dapat dimaafkan le nampak gayanya sebab Cikwan taknak berkawan dengan dia.

Tapi Awish konfiden cakap, esok mesti Cikwan akan kawan balik dengan dia.

Mama punya concern, kalau kat rumah, biasanya apa yg Awish kata 'tak sengaja' tu adalah sengaja. Macam dia sepak Mina or Sarah, bila adik tu menangis, cecepat lah dia cakap tak sengaja walhal, memang kaw kaw dia kenakan. So if at school, mama rasa mesti lebih kurang apa yg jadi kat rumah. Dia cakap 'tak sengaja' tu just to escape from punishment or mintak maaf yg tak ikhlas.

Kadang rasa nak join camp....ada tak camp utk parents n children yg macam ni? Ye lah kan, takkan nak hantar anak je ke camp, mak bapak pun kena 'di camp kan' sekali supaya tau nak buat macam mana ye tak?

Mungkin korang pun tak pahamkan....pelik sangat ke Awish ni? Well, dia ni 'atas pagar' sebab taklah sampai masuk kategori kena special school tapi dia a bit left out at normal school. Camno nak describe? Behaviour ni tak nampak le kalau setakat duduk 2,3 minit dengan dia. Cuba try 2,3 hari hah baru le nampak ciri2 pelik tu.

Anyway, adalah progress ke arah positif, cuma maybe expectation mama utk Awish catch-up with his peers tu tinggi sangat kot....kotlah. Hish tak tau lah nak set expectation macam mana yg sesuai.



No comments:

Post a Comment