Monday, August 22, 2011

Camwhore di Konsert REAL Kids dan point takde kena mengena

Peserta akademi REAL Kids. 3 tahun berturut-turut, mendapat anugerah best dance performance. Betul. Tak tipu. Tapi yg bg anugerah tu mama lewww kui kui kui!. You got talent lah Mina. Cuma mama takmau le sampai ke besar. Cukuplah takat kindy je ya. Besar nanti masuk pertandingan ilmiah ye.


Pastu janganlah selalu kutuk Sarah tak pandai dance walaupun memang tak, keras macam kayu kan hik hik. Mina can dance and sing well....sing tu maybe dari genetik ayah le kot, but dance? Tak tau le dapat dari mana sbb mama pun stok keras kayu macam Sarah =B.


Forget all other camera. Instagram is super cool...total coolness :P


Sayup. Last year duduk depan sekali. this year duduk belakang sekali. Tak cool langsung. Kali ni takde limit for each family so end up i tengok ada satu family ni satu row diorang booking. Amaa- appa- abang- cousin- rapperhiphop-nenek-atuk semua ada.


Nak ikut jugak walaupun dah diberitahu nanti dia akan merasa kebosanan tahap maksima. Last-last membuta awal, even konsert tak start pun lagi.




Cerita sampingan bujang ni:


  • Berat dah turun semenjak puasa. Perut dah kurang buncit.


  • Kena hipnosis (malas gugel camna nak eja) bila nak tidur malam kat bilik sendiri. Macammana? Mama kena kira dari 1 sampai 10, lepas tu dia tutup muka dengan bantal. Habis kira mama terus tinggalkan dia, tutup pintu bilik. Insyallah tidur sampai pagi, tapi ada jugak lah time yg dia bangun dan masuk bilik kitorang, hantar balik le jawabnya.


  • Ada improvement sikit dalam pelajaran semenjak mama duduk rumah ni tapi progress latih tubi tergendala sebab dia ngantuk gila bila puasa ni. Rotan lah camna pun takde makna, tetaplah katup mata tu....mama naik hangin lewww.

Yang ini pula....komen saya:




  • Tidak banyak songeh melainkan hal yg melibatkan Darwish misconduct behaviour. Dia akan bertukar menjadi naga yg mengeluarkan api dari mulutnya dan mata yg merah menyala, oh serta libasan maut ekornya juga. *Sila guna imaginasi masing-masing*



  • Menghadapi tekanan dari Jeneral Yamashita yg digeruni oleh 'semua' penduduk setempat (opis lewww), 'semua' itu termasuklah high ranking director. Eh hello tuan director pun takdak telur ka mau jawab itu Jeneral punya soalan? haiyooo, susah lor ikan bilis mau hidup ini macam. manyak stress wooorr.



  • Itu saja komen saya. *takut nak komen banyak, nanti semangat Jeneral Yamashita ikut balik rumah. Takpun #semangat Tampin# merasuk, tu pun marabahaya*...matiklahhh kalau dia baca nih, kui kui kui.

    Girl ucuk anje sangat tak boleh blah ni pulak:



  • Sangat aktif.....main je kejenya.



  • Still takde selera makan walaupun dah habis sebotol multivitamin with lysine. Mungkin prof betul kot bila dia tanya mama balik "lysine is for what?" dengan nada yg kenapa-kau-percaya-dengan-strategi-marketing-si-penjual obat. Lepas tu dia cakap "multivitamin only is enuf". Sentiasa ada helah utk elak makan. Cuma yg menakutkan bila dia tetap sakit perut dan kadang muntah masa makan. Adakah itu betul atau helah jugak?



  • 13 kg from 3rd week July until now. Tak naik-naik lagi.



  • Melekat dengan mama. Tak mau bibik sangat dah. Dah habis rindu kot.



  • Suka buli semua orang dalam rumah ni.



  • Bila Sarah berak 'bubur' mama legaaaaa. Bila berak air + angin, mama pun susah hati.



  • Still on Nutren Junior. Bila nak go back to Pediasure ni.....susah le nak cari stok Nutren ni.


  • Rambut dah around 2mm-4mm, kening dah lebat tapi bulu mata belum cukup panjang macam dulu.




    Cukuplah citer hari ni, lepas ni misi mencari baju kurung sendiri. Ok babai!





2 comments:

  1. askum

    costume anak aku masa kat RK pun lain macam jerrr... tapi masih simpan buat kenangan hehehehe

    ni blog baru aku http://cikkiahfrsuwithlove.blogspot.com/

    selamat membaca! tgh2 baca tu jgan tertidur plak.... ekekekek

    -niki-

    ReplyDelete
  2. Hehehe....aku rasa mina punye yg past years aku dah sodokah kat Kelab Rotary...semak. Ni yg last aku keep kot wat kenangan. Dah rupa pasha sendat dah.

    ReplyDelete