Friday, August 26, 2011

Raya! Raya!Raya!

*lompat tepuk tangan buat-buat happy*


Dah dekat sangat nak raya kan. Rasa macam nak suruh postponed jek raya ni :(. Sebab I dah raya awal sangat ni. Dah la puasa pun tak sambut, lepas tu miss P datang awal pastu hilang, pastu datang lagi..huwaaaa pitam lah nak ganti tahun ni punya hutang >__<".


Korang dah setel dah semua persiapan? I ni baru terkedek-kedek buat checklist. Especially apa yg nak di pack bawak balik kampung. Kali ni risau lebih lah sbb nak bawak Sarah balik lama kan. Dah la cerewet taknak makan, pening la kalau kat kampung nanti dia still macam ni. Plus dia start batuk dan selsema la pulak ni hah. Camno? Boleh ke ambik ubat kat klinik biasa? Tak sanggup nak ke spital le, berjanggut menunggu turn.


Esok pulak maid cuti balik Surabaya, so hadaplah Sarah punya perangai sorang2 huhuhu. Pastu kena bawak baju lebih balik kampung sbb takde tukang cuci, lipat gosok baju bagai...huwaaa kompem tak muat bag.


Macam biasa, belum raya lagi kasut/ selipar dah jadi belasahan kat rumah. Mina 2 kali raya mintak selipar tebal ni...selamat poket ayah ye.
Mesin jahit jadi peneman setia hilangkan bosan. Tak sangka dah berhelai-helai menjahit pakai mesin cikai ni. Dah makin expert jugak adjust2 mana yg patut. Kalau tak dulu cuma takat jahit kaki seluar or apa2 yg koyak.



Ni my first kaftan blouse. Handmade gitu. Chiffon lak tu....serik nak setelkan selai.



Ni pulak, sofa cover baru. Baru siap jahit utk 2 seater seat cover ni. Sofa yg 3+2+1 tu belum lagi. Huwaaa banyak lagi tu dengan seatnya, armrestnya, pastu cushionnya. Nasib baik la tak buat sekali frame cover tu...pengsan le. Ni memang target lepas raya baru setel. Silap hari bulan dah habis Syawal pun tak siap lagi. Kena pasang zip n piping ...perghhhh. Baru pegang mesin jahit nak berapa hari pastu tak agak-agak jahit sofa cover bagai kan...rasakanlah.


Okaylah....nak ucapkan Selamat Hari Raya kat semua kawan2 blogger. Maaf zahir batin, halalkan resepi2 yg dicopy =P.


Dan berhati-hati di jalanraya ye utk sesapa yg balik kampung,





5 comments:

  1. sronoknya tgk bila dpt jahit baju sendiri...cantik tu

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya CT. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  3. mamasyaza - oklah utk pakai sendiri :)

    ReplyDelete
  4. Sarah + Anon - same to u too :)

    ReplyDelete