Wednesday, May 11, 2011

Sabar le ni

Tadi masa ambik darah, sarah pelepuk muka aku tepat kat batang hidung. Sabarrr..


Sepanjang hari dari semalam, merayu nak balik rumah, suruh aku masak nasi dan buat lauk pedas2. Dia suruh aku cabut wayar2 kimo ni...dah habis katanya. Sabarrrrr...


Mintak aku beli nasi lemak, nasi ayam, kek, cheezel, tapi makan ciput jek. Pastu kena marah lagi sbb nasi ayam tu dalam bekas tranparent bukan bekas polisterine putih tu...salah nasi ayam katanya. Sabarrrr...


Mintak eskrim mcd, bila sampai eskrim dalam cup bukan biskut kon (of cos la kan, delivery) tu pun salahhhh...tak nak makan jugak. Sabarrrr..


Hari ni dgn semalam dok mengadu panas dan suruh aku kipaskan manually. Laju-laju. Sabarrrr...


Asal suap je nasi ke makanan apa2, mesti Sarah ingat Mina. "Mina makan mother?"..."Darwish makan?"...sedih haku. Sabarrrrr..


Pagi tadi doc cakap boleh balik lepas ifosfamide habis tgh malam ni + 24 hours hidration. Maknanya hari Jumaat lah discharge. Ok yg ni tak boleh sabar..huhuhu..mintak balik petang khamis jugak...nanti Sarah sambung minum air kat rumah k dokter.




2 comments: