Friday, November 11, 2011

Hilang ngantuk nampak palazzo

Sambil layan Sarah main game, sambil surfing. Terjumpa la pulak palazzo yg sama mcm yg aku ada tu. Tapi yg ni corak bunga besar2. Meruntun jiwa betul. Beza harga sgt byk, dulu aku beli kat blog lain tak sampai 50, yg ni blog lg glamer kan jual 70 engget. Aku konfiden sama sebab cutting kat pinggang tu sebijik, bukan pakai getah. Memang takkan beli la, tapi snap screen, simpan gambar. Mana tau ada corak sama n material sesuai kat Kamdar ke kan, bolehlah aku jahit sendiri. Kalau ada lah. Jimat sikit =P.

Sebenarnya tadi ada sikit bengang dan rasa nak meluah perasaan tapi fikir balik taknak le. Maklum le blog ala sendiri tulis sendiri baca kih kih kih.

Jaringan rakan emak-emak

Dah berapa kali backspace lah ni. Nak start entry ni asyik tak dapat ayat intro yg sesuai. Actually nak cerita semalam terserempak dgn mak classmate Darwish masa kat REAL Kids. Punyalah seronok dapat jumpa dia, sampai kalau boleh nak bercakap tak berhenti. Sembang pasal hal-hal sekolah Darwish n her dotter. Masa darjah 1, anak2 kitorang ni masih satu kelas, tapi masuk darjah 2, Awish dah kena reshuffle ke kelas lain. Telepon aku pulak kan rosak masa saat2 kritikal Sarah start admitted early this year, so lost contactlah and tak dapat nak tanya mana dia pindah sebab rumah dah kosong semua tu.

So semalam dapatlah catch up apa yg berlaku kat family dia ngan family kitorang. Pastu ujung2 rupanya dia satu kompeni dgn blogger Moon, yg biras Norma (brain cancer). What a small world.

Rasa relief sangat sebab she's the only mommy yg aku kenal kat sekolah tu sebenarnya. aku tak kenal mak2 lain. Dah terlepas peluang berkenalan dgn mak2 classmate Darwish sbb masa midterm, cekpen yg pergi ambik penyata, aku kat spital lagi masa tu.

Penting sebenarnya kenal dgn mak2 kawan2 anak kita, to share hal2 sekolah. Walaupun cuma nak crosscheck pasal homework atau aktiviti sekolah yg lain. Takkan semua nak call cikgu kelas ye tak. Pengsan cikgu nak jawab semua panggilan telefon hehe. Kang tak pasal cikgu dapat darah tinggi sbb semua pesan dia anak murid tak ingat, manjang mak tepon tanya.

Ni pun aku ada berangan nak meet up geng2 UM, walaupun ada sedikit low self esteem sbb dah tak kerja ni. Bila la gamaknya tu. Bukan ramai pun, tinggal 2,3 kerat je. Nak  tunggu semua available mmg tak jumpa tarikh le jawabnya. Hopefully ada le rezeki satu hari nanti. Insyaallah.




Thursday, November 10, 2011

Error?

Hari ni baru dpt paper muzik Darwish. Nampaknya mcm ada kesilapan dlm penyata yg cikgu bagi sebelum ni. Takpelah not that important. Bukan 5 subjek utama pun.

KAFA Darwish

Tahniah untuk Darwish Nasyran kerana telah menunjukkan satu lagi pencapaian yg baik dalam peperiksaan akhir tahun KAFA Al-Misbah. Kedudukan dalam kelas tak tau lagi tapi result semua dah improved banyak. Cuma Seni Khat je yg maintain B......hehe tulisan tak cantik le tu. No more D/E lagi....wait for the surprise present from Ayah ye.

Wednesday, November 9, 2011

Tinkerbell dress

Mina : mother, come here. I want to show u something. Close ur eyes!

Me: *ikut je lah dgn mata pejam sambil mina tarik tangan*

Mina : Now open ur eyes.... taraaaaaa!!!! U see what i found! Its tinkerbell dress mother! See this green is tinkerbell, this one is rosetta n the orange color is irridesa! Wow! Its so pretty rite?

Me: *speechless kejap*, err mina this is mommy's sleepwear u know. Same as pyjamas.

Tuesday, November 8, 2011

Menu lepas Qurban

Salam AidilAdha :)

Kami balik Tampin lagi Raya Haji kali ni. Anak-anak semua happy macam biasa sebab ada ramai sepupu sepapat dan dapat main kat laman yg luas. Citer raya tu biar cekpen update le. Agak malas nak transfer gambar dari kamera ke netbook ni. 

Balik Puchong semalam, terus tapau McD for lunch. Tapi Sarah taknak makan fastfood so, lepas makan aku masak le sikit nasik ngan gulai ikan cencaru, sebab dia nak sup yellow....maka gulai lemak cili api kurang pedas lah yg siap. Berselera dia makan.

Dinner pulak masak simple je. Perut dah sebu kan so tukar le yg tak lemak berkrim sangat.

 Cencalok...nyaris terlupa beli masa on the way balik.

Ikan sepat masin....tapi dah kering jadik kureng thrill. Lama sangat simpan dalam fridge .

Salad+timun+tomato+ayam.

New Zealand mussels. Balance 5 ketul je tinggal selepas yg lain digulai dengan pucuk ubi last week. Besar2 so 5 ketul pun penuh jugak semangkuk kecik.


Thursday, November 3, 2011

Oh anakku....

Aku taknak bunyi mcm over kiasu bagai tapi ....errr mmg aku over kiasu, lantak.

Hari ni Darwish dpt result sains. So dpt B. Ada 8 soalan salah jawab. Fine. Lepas tu 2 mukasurat tak jawab langsung, total markah kat situ 18. Hambik ko hilang 18 markah mcm tu je.
Ni kes tak selak page betul2 lah ni. Pergi lompat terus jawab soalan kat last page. Sabar je lah haku! Eiii geram je rasa. Kang aku rebus buku2 tu bg minum kang. Eh kalau rebus tapi dia tak selak kertas soalan betul2 pun tak guna ye tak. Ceh aku ckp camni mcm lah teknik rebus tu berkesan wakakaka.

Lepas tu, pagi tadi bawakkan bihun goreng satu bekas besar lah jugak, chicken ball satu bekas dgn 18 air kotak crysantimum tea. Balik rumah buat muka sendu, bgtau dia silap hari. Sepatutnya esok jamuan makan tu bukan hari ni.

Dia punya ingatkan aku beriya hari khamis siap check smlm aku beli air ke tak. Ni tah kali ke brapa punya salah info tah sepanjang tahun ni. Aku dah lost count.

*urut dada n istighfar*

Smelly Hair Dressing Salon

Korang tahan tak duduk dlm kedai gunting? Kedai gunting mamak barber shop ler. Aku tak tahan betul dgn bau dia. Perghhh menusuk lubang hidung dan kekal lekat pekat kat baju. Sanggup aku tunggu luar kedai, masuk utk bayar je.

Lagi satu, punya la lama menunggu, padahal before awish tu mamat kepala botak separuh. Aku tak paham apasal barber tu ambik masa lama sangat nak shave kepala yg tinggal separuh je rambut ngan jambang yg seciput tuh. Bukan nak pesen2 pun....shave sampai botak pun dekat 45minit.

Awish yg rambut lg panjang n lebat tu 15 minit je pulak. Tah harper2.

Tuesday, November 1, 2011

Bukan racist

Mina : Mother, there so many Chinese at this place.
Mother: Yes.
Mina: But I don't know how to speak chinese.
Mother: You can speak in English with them, like you and your friend at school.
Mina: But why so many Chinese?

Ishhh cina ka melayu ka india ka....nak buat camna...dah ni kawasan rumah yg mama ngan ayah beli. Terima je lah, cina pun boleh cakap B.Malaysia ngan B.Inggeris Mina oiii....kecuali nenek sebelah rumah ni ja.