Friday, January 2, 2015

Chapter 3 Shopping window Shopping

Ahad, 14 Dec, hari kedua lah, i n cekpen decide ke robina mall. Kitorang memang avoid ke theme park masa weekend takut sesak, orang ostolia kan dah start cuti sekolah kan. So kita shopping dululah. Cekpen berkali-kali jugaklah tanya "berapa mama bajet?" Sebulan dua sebelum datang sini. Ye lah dia nak kira berapa nak kena tukar duit aud kot kan, so i pun study uols berapa rega barang2 yg i plan nak beli. Gigih. Tak banyak pun yg i cari, just some loose corelle, airfryer, kitchenaidwannabe, and pandora. Dah buat 'research', BigW ada jual corelle, so kita tuju situ.

Ok, memang rasa nak kaut semua. Tapi sedar diri, selain ada 4 beg besar, i juga ada seorang baby dan 3 anak lain yg belum boleh dikerah angkat barang berat. Sob sob sob. Ikut plan asal lah, beli kuantiti yg diperlukan je. Tapi corelle takde dah jual loose tea set, sedih. 3 BigW i redah tapi memang takde jual tea set dah T_____T. Yg set dlm box tu ada yg $59-$89 , lepas tu ada lg discount 30%. So kiralah 1 AUD=Rm2.95 masa tu, murah kan. Kat robina ni i beli sikit dulu, sbb nak try kat bigW lain kot ada baki tea set stok kan. 

Lepas tu cari ada satu airfryer murah yg kak mynn citer dlm IG dia, takde stok langsung. Apa2 brand pun takde stok. Sedih. Tapi promoter situ suruh i check kat tempat lain mcm myers, target or k mart. 
Masa tu parking kat yg ada sign 90minit so kitorang keluar balik alih kereta. Macam kat kl gak, susah dapat parking, last-last parking kat outdoor je. Masuk balik kat mall untuk lunch dan shopping. Banyak jugak pilihan halal kat food court derang. Kira senang lah jugak. 

I perati je dulu memula hehe. Sebab ramai okeh manusia, walopon ada 4/5 promoter still lama jugak tunggu turn. Bagusnya semua jujur, takde potong que, not that we que in line, tapi memasing sedar siapa punya turn. 
Plan asal nak beli gelang base je, tapi sebab murah hoih, maka ambik satu charm. Lepas tu promoter kata ada dpt free satu bangle kalau beli lebih dari aud150. Hah tak tahan, tambah lagi satu charm.
Dapat yg atas ni for free. Sukaaaaaaaaaaa sebab ni yg jenis keras or bangle hahahaha. Lock pun cantik, bulat ada star yg glittery. 
Walaupun tulang , nak jugak pakai.

Sebab banyak kali jugaklah keluar shopping, so kenal lah nama mcm target, myers, kmart, bigW. 

Selepas misi corelle dan airfryer tak berjaya kat robina mall, i pergi ke Pacific Fair on Thursday. Unfortunately, takde ambik gambar kat situ T_____T, why cameraman, whyyyy?????? Kat sini takde bigW tapi ada target n Kmart. First trip i beli airfryer kat Target. Kat Kmart ada mixer murah but tak terus beli, decide utk sleep n think about it first. Airfryer brand Phillips yg capacity 800g was only aud199 je. But i beli brand lain yg ada promotion from aud199, discount tinggal aud149. Lebih penjimatan utk poket cekpen dan touch screen tech so mcm lagi best dari phillip keh keh keh.

Corelle tea set hunt continue. Masa balik dari robina tu ari, kat apartment, i google nearest location of bigW. Jumpa screenshot terus. Senang nak bgtau 'drivercumbanker' lokasi nya nanti. Hah  sampai tempat ni i cari, Runaway Bay Shopping, 4km dari apartment, dekat je rupanya.

Nasiblah cekpen sanggup melayan bini dia ni, dari pacific fair terus ke runaway bay ni. Mall ni macam premium outlet. Tapi misi tak berjaya, sebab sini pun takde tea set. Nasib baik cekpen n kids tunggu dalam kereta, i masuk sensorang. Kalau tak kesian lah derang penat mengekor. 

Bellini airfryer aud149. Dan beberapa ketul loose corelle. 
Hari apa tah i tak ingat, kitorang pergi balik ke Pacific Fair sebab i decide nak beli lah kitchenaidwannabe ni. Frankly i tak 'research' sangat pun function k.a but i do know that i dah malas nak pegang my hand mixer apatah lagi nak suruh budak2 ni jangan berebut nak pegang. Since its only 59, bolehlahhhh. Ada 2 size of heavy glass bowl, 3 jenis apanama batang tu, utk mix, whisk n folding dough. Tapi kotak berat ya rabbi.
Tu i rasa lah kan......rasa je tau.......dlm hati cekpen mesti ada sikit panas sbb kena tolong angkat kotak berat, beg berat =B......sorriiiiiiii.....but thank u so much .....hik hik hik.

Oh by the way, kitorang tak melawat tapak Harbour Town yg ramai orang suggest tu. From the brochure, i n cekpen dah kaji, takde benda yg kitorang nak beli kat situ. Jadi daripada menjelajah tapak yg luas pastu penat, baik i jalan kat pantai or riverside kat apartment tu. Yg i notis, taklah semua benda murah kat sini, mcm baju ke bila convert tak murah mana lah. Murah lagi kat malaysia, mcm i yg kena jimat cermat ni takdelah nak beli kan, giteww.




1 comment:

  1. alamak makcuuu..tak tahan tengok Pandora bangle keras..looks nice on you!..aaaa ok my next aim nak pandora kerasssss

    ReplyDelete