Thursday, March 6, 2014

Random on Zafri

Zafri dah 4 bulan setengah dah. Kejap je masa berlalu. Pagi2 kadang dia bangun awal masa semua orang tengah breakfast that is around 6am. Suka dia tengok semua orang ada melayan dia. I suka moment macam ni and its remind me why i love staying at home. Selalunya memang dia bangun tersenyum-senyum happy seeing our face. Kalau matahari dah keluar baru dia bangun, normally i'll savor the moment by golek-golek dgn dia, main kejap pastu baru turun bawah. Sementara i breakfast, i'll put him depan tv kejap, kadang on tv kadang off. Dia tak banyak songeh lah sbb baru bangun tidur. 

Tapi ada jugak saat-saat i'm questioning my sanity for agreeing to have a baby, heheh. Especially bila dia bangun malam nak menyusu, maklumle mata takleh nak bukak kadang tu kan. Overall he's a good boy. Jaga malam utk menyusu pastu tidur balik. Siang pun tak banyak kerenah kecuali 3,4 hari ni dia taknak tidur siang dah. Takpelah janji malam tidur macam biasa.

We are still waiting for his next progress, meniarap. Saje je tau bagi mama ayah tertunggu-tunggu. Dah le takmo practise meniarap, tapi cita-cita tinggi nak berdiri aje. Lepas tu kalau dia tak tidur bila i kena keluar rumah and tinggalkan dia, bibik akan letak kat bouncer or dukung. I taknak bagi pun susah jugak ye sbb bibik nak buat keje pulak tak boleh kan. Tapi 2,3 hari ni yg dia taknak tidur siang ni, dah pandai dah dia, bila bibik lalu lalang dia pandang je. Pastu bila bibik angkat, dia pandang pulak kain batik lepas tu, oh pandai mintak kendong. Ni dia tengah tidur selepas 3 hari tak tidur siang. Sabor je lah mama ni.

Cekpen semalam bagi idea utk letak kat baby walker. I mcm malas nak guna baby walker so tadi dok google pasal bumboo seat, tgh ada discount kat littlewhiz.com. Yg bumbbo seat dgn tray sekali tu skrg harga RM199, np RM269. I pun macam wah ok ni murah sikit, so google pulak review pasal seat ni ada pulak review from peads yg tak berapa elok sebenarnya the bumboo function, contradict the claimed on their website. Bukan tak boleh guna langsung, boleh utk sekejap2 je sementara kita nak buat benda lain. So i pun macam hmmmm takpelah. 


Zafri masa kena cucuk the 3rd month. Ni bulan januari. Masa ni berat dia dah 5.9kg. So dia punya average gain is almost 1kg/mth. I baca its normal for a full breast feed baby weight gain. Range should be around 0.7 to 1. sumthing. 

But semalam, i saja timbang kat rumah ni, berat dia cuma naik sampai 6.6kg je T_T. Padahal dah sebulan setengah from the last one. Dia still fully bf, but susu mmg tak banyak. Letih makan macam macam, the famous shaklee included. Harap dapat bertahan, sebulan setengah je lg before he start solid food. 

Since cuddle time with Kening almost non-existent, he decided to join Zafri on my lap. Masing2 berlawan sapa manja. 

Mimi the stray kitten, finally adopted by cekpen lepas all the siblings were not around. Mimi puuuunnn nak tumpang manja jugak dah sekarang. So my laps are currently overflow with love from these babies.




No comments:

Post a Comment