Mak-mak jaman sekarang kemain lagi kan, ada group breasfeeding, ada group baby wearing, ada group cloth diapering, apa lagi? Banyak lagi kot yg i tak tau, maklumlah kitew kan old skool. Whatever float my boat le kan. Anyway i'm not into these group thingy. Dedulu jaman baru kawin ada join forum waja performance club. Sekarang bila ingat balik macam, 'apalah yg aku mengarut masa tu'. Takde kaitan dgn cerita baby but still lah kan club kelabul yg tah le hehehe.
Walopon takde kaitan atau terpengaruh dgn mana2 group, atas nak dasar2 berjimat cermat, dah sebulan i dok pakaikan cloth diaper ni kat Zafri. Mula-mula tu ada jugak ah kes kebocoran, tapi sekarang takde dah. Kecuali kes terpencil, contohnya bila dia berry banyak2, pastu i tak sedar, so bila kaki dia dok gerak2 maka ada pengaliran keluar lah sbb ada gap kat peha bila dia tak duduk diam.
Selalunya ok je takde bocor, takde rash. Sehari guna dalam 4 helai, kadang 3 kalau malam i guna yg disposable. Still guna sehelai je insert sbb kalau 2 helai, gemuk sangat dah montot zafri dah macam hippo. I ada 10 keping and so far cukup utk rotate. Jadi tak cukup kalau bibik cuti and i tak sempat nak basuh, so kena top up dgn disposable lah. Bolehlah tambah lagi beberapa keping kot. tunggu sebulan dua lagi, tengok kualiti babyland ni lepas basuh berkali2 macam mana. As of sebulan pakai ni, nampak ok, takde tanda senang koyak or tercabut button ke.
Ni mata ngantuk sesangat ni. dah 2 malam zafri tak lena. Malam kemarin, dari pukul 12 sampai pukul 4.30 dia kekejap celik, bila menyusu tu mengamuk. Malam tadi dari pukul 9 sampai pukul 3 ke 4 pagi tah, langsung tak nak lena jugak. Asal cabut je susu dari mulut, dia bangun nangis. End up i kena rela lah tidur senget2 badan sbb nak bg tek kat dia. sudahnya i pun takleh tidur lena. Nak kata dia tidur siang berlebih tak jugak, macam biasa je. Sakit bahu, sakit pinggang, ngantuk.....redho je lah.
No comments:
Post a Comment