Friday, January 18, 2013

Cuti Sekolah di LegoLand

**tarik nafas dalam-dalam**
**lepassss**

Finally siap upload gambar. Ni kuatkan semangat utk ingatan di hari tua (kalau blog tak katup lagi) dan jugak sebab dah janji kat ko ye pn norita. Ni utk santapan mata ko in case ko nak pegi lepas ni =D. Hari hol pun ko nak keje ye, takmo ikut kitorang, kalau tak kita boleh sentap sama-sama kat dalam ni mengenangkan poket yg kosong hahaha.

Anyway, trip ni on 20 December 2012, dah basi dah heheh. Dah on the way baru tau hari tu cuti kat johor sebab hari hol. Punyalah plan tak nak clash dgn cuti2 orang lain, terkena jugak. Teruskan je lah. Merasalah bergelandangan depan entrance sementara cekpen beli tiket. Lama. Sangat. Beratur. 

Beratur beriya kat depan entrance sementara cekpen beli tiket. Dah habis orang masuk, tiket tak sampai lagi huhuhu. Pulak tak baca fine print kat vocer2 tu kan, so agak tersentap sikit di situ. Takpe teruskan. Niat nak bg anak2 happy kan, mak bapaknye happinnes kena discounted sikit.


First thing, naik train Legoland Express ni. Dah nama legoland, sah2 segala2 benda dibina with that concept lah kan, so macam kita shrink sbb semuanya exactly macam lego tapi besar. Sambil tengok apa yg ada sepanjang ride tu, kita usha tempat2 yg que tak panjang, yg orang dah kerumun elakkan sbb taknak buang masa beratur. Kita bukan tau nak datang lagi ke tak, jadi harus ada strategi utk cover semua sampai waktu operasi tamat pukul 8 malam. 













Ada banyak replika bangunan2 penting ataupun significant kat dalam tu. Paling suka tengok Black Pearl Captain Jack Sparrow di situ. Cuma kenapa takde lego muka captain? Haih. Gigih suruh budak2 ni identify each building. Tapi memasing laju je bergerak sbb takat tengok2 ni kurang adventurous kan. Tak sesabar nak gi tempat2 lain. Ikutlah.


Next pergi kat Land of Adventure ni. Naik Beetle Bounce. Tak tinggi mana pun so sesuai utk budak2 yg baya sarah jugak. Gelak sampai sakit perut sbb awish sangat kelakar masa ni. Muka dia ketat sangat excited campur takut. Bravo awish sbb mama tau betapa seksanya utk awish sampai tahap ni. Lepas ni harap lebih berani ye. Mina ok, ada lah nampak takut sikit. Sarah was simply enjoying the adrenaline sikit pun takde takut. Apa sangat ye sarah. Your past experience exceed all kan.

Hmmm.......camtulah. Harap maklum. Makan ala fastfood je tapi harga tak berapa nak sama.


Yang ni tak ingat apa nama dia, but kitorang tak naik. Nasiblah kazen derang ni merayu2 but sarah tak lepas kan so semua tak boleh naik huhu.

Atas ni Pizza mania, tempat makan. Ada surau jugak so senang nak solat. Opposite ni ada playground and train lagi. 


Playground ni ada roof and  sedang elok masa kat sini hujan lebat. Tersadai tapi budak2 bebas main dan dapat makan jugak. Puas lah nak train kecik tu ber-round2. Sarah tak puas hati sbb tak dapat nak duduk kat coach yg paling depan sekali. Nak buat camna, abang awish tu pun first time jugak so langsung taknak mengalah. So kita hadaplah muncung ye sarah.

Lepas tu masuk kat Lego 4D Studio. Best jugak le kan. Budak2 ni suka sangat nak repeat lagi tapi takde can le. Harap maklum dalam ni mmg siap basah2 kena sembur air, pastu me pakai suar merah yg kaler turun, haaa bagus side effect sangat kan. Terpaksa le angkat baju n bag jauh2 dari seluar. Bila gi toilet tengok peha kiri kanan kaler merah...hambik.
Ni kes merajuk. Pujuk dgn eskrim magnum rega rm7. Pitam!
Tu tempat makan Knight's Feast dgn The dragon roller coaster. Roller coaster tu tak naik sbb sarah tak cukup tinggi. Lunch kat knights's feast tu. 



Yang atas ni Dragon's Apprentice. Roller coaster jugak , smaller version. So sarah boleh naik. Takde gambor masa tgh naik sbb takdan nak pegang kamera takut tercampak. Tapi sempatlah toleh tengok muka sarah yg excited happy macam nak terbelah dua muka, awish dan mina yg pucat sikit. Limah ok2.

Another set off playground. Sementara derang main, sempatlah cekpen lunch kat tepi ni sbb masa kitorang lunch dia kena tolong beratur kat dragon apprentice.

Ni Royal joust. Kedek-kedek kuda nih. Selowwww jek.
Masa ni sarah dah hangus balik. Tak sempat pulih dari tambunnye sun burnt.
Merlin challenge. Ni track bulat berbukit. Kat mana2 theme park pun ada. Tetap naik lah kan sbb dah bayar tiket mahal huhuhu.
Ni dekat section Imagination. Masa ni Awish merajuk sbb dia berebut dgn sarah nak naik tiang merah. Dahlah jenuh sebelum tu pujuk dia naik dia tak nak. Bila dah nak, berebut pulak. So bg kat sarah. Lepas tu mina and awish gi tiang kuning, sarah pun nak gi tiang kuning. Haih......mama jugak yg kena marah dgn awish sbb tadi menangkan sarah ambik tiang merah dari dia. sabor2x. Ni tangan kena kuat la jugak sbb lepas naik tu kalau nak stay kat atas kita kena pull tali tu. Sarah sikit pun tak gayat, lagi tinggi dia mintak. Mama pulak gayat dah, rasa macam nak terjunam je.




Kat sini boleh bebas main lego. Penuh lah dgn budak2 dan tak cukup block nak main. Wheel pulak tak available sbb semua budak2 dah ambik. Dapat tengok je lah derang main race keta. 



Naik pulak observation tower. Mula2 dah jenuh beratur rosak pulak tower ni. Kena tukar wheel lah testing lah. So tinggalkan gi kat tempat2 lain pulak. Dah petang pegi sini balik, que punyalah panjang. Dekat sejam kot. Malas dah sbb memasing dah naik yg kat melaka tu kan, but tau lah budak2 kan, tetap lah nak naik. 


View dari observation tower tadi.


Ni dah patah balik utk cover tempat2 yg pagi tadi tak masuk. Okaylah jugak Lost Kingdom Adventure ni. Naik ride yg ada pistol, then bolehlah tembak2 target dalam tu. Adalah dapat point. Walopon boleh tahan berjanggut jugaklah beratur but at least its fun.

Ni pun ada kat mana2 theme park. Mainan pusing2 turun naik.



Yang ni pun jenuh beratur. Tapi budak2 je yg boleh beratur, mak pak sila tunggu jauh2. Bukan main suka lagi dapat naik keta pusing2. Dah lepas tu, di umpan pulak utk buat driving license siap ada gambor. Mak pak tak dapat nak escape kenalah  bayor lesen pelestik 25hengget seketul.

Budak yg kurang 5 tahun naik kat trek lain dan takde lesen2 bagai. Fuhhhh. Yg bertiga tu kena sorok lesen memasing, kalau tak ada sorang budak jeles, x koser mama ayah nak layan. Dah nak maghrib, dah penat, melekit semua...haih.
Ni project X kot namanya. Jenis roller coaster le jugak. So tarik derang jauh2 sbb sarah sure tak lepas.
Yg atas ni technic twister, ala spinning cup. Tak sangka sarah sangkut, so sian lah dia sbb yg 3 orang tu lepas, dia tak lepas. So mari merajuk duduk kat tepi jauh jauh.


 Ada lagi 2 yg sarah tak boleh main kat area lego technic ni. So semua pun takleh. Lepas tu ada air pancut2 ni hah, apa lagi budak2 terus le kan main air sampai basah kuyup. Sarah tak join sbb still sulking over twister yg dia tak dapat naik tu.
 Dah main basah2, ada tempat utk keringkan badan. Kena bayor 5 hengget kat mesin ni utk 5 ke 10 minit camtu tak ingat dah.

 Tak naik.
 Tak naik/main.
 Malam siap ada lampu2 jugak so nampak cantik lah pemandangan kat taman miniland ni.
 Mood cekpen yg bertambah baik selepas mengecek acc balance kat bank dah top up hua hua hua. Rezeki koranglah. Kalo tak mmg takdelah nak beli apa2. Ni pun buat syarat je beli yg paling murah sbb kalau nak lego yg besar2 adalah di luar kemampuan. Lenkali je kita beli kat metrojaya sales lagi jimat. Satus hengget boleh dapat starscream besar, kat sini tak dapeklah.
Anak2 happy, mak pak pun happy. Nak pegi lagi ke lain kali???? Entah. All in all puas hati lah jugak dgn apa yg ada dalam ni. Cuma rasa its a bit pricey for what they offer which is common mcm yg ada kat tempat lain.

8 comments:

  1. seronok nye tgk dorang main-main dlm legoland...Has lom bwk lag kids ke sini..x tau la bila :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesuai utk budak2 enjoy kat sini. Bawaklah ur kids bila ada masa :).

      Delete
  2. bestnyer.... tak penah lagi pegi.. berangan nak tunggu biar lama2. Biar byk dulu game dalam ni. Ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah. Better time yg bukan cuti sekolah kot sbb panas tempat ni so kalau byk kena que penat sangat le jawabnye.

      Delete
  3. skrg tgh built water park. extension xtau bila buat lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...then ada hotel jugak under construction dah.

      Delete
  4. ha ha..cik CT..harusss aku komen nih...memandangkan ko dah mention nama aku cik puan norita nih..mahal bukan main ea..dua tahun sekali bleh lah p ni kot..kalo tidak..mau menangis mengenangkan poket yg dah kosong...budak2 zaman skang nal bercuti tak agak2 ek ti...ko ingat tak masa kita kecik2 dulu...cuti skolag main kat parit kat pt limin tuh...main tanah liat...atau masuk kebun carik anak pokok rumput 'setan' tu...buat makan kambing cikgu ahmad borak....ha ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn...zaman kita kecik kan main kretip lagi ..imaginasi dasat tak cool la playdoh2 ni kan kita pakai tanah liat original punye hahaha. (padahal playdoh kita tak kenal pun =P)

      rumput setan hahahaha...camna rupa rumput tu pun aku dh tak ingat.

      Delete