Wednesday, January 30, 2013

Belly dance and so on

Hari rabu pagi ada belly dance tapi start awal gila, 7.45. Gedebak gedebuk lepas hantar sarah semua pukul 8 baru sampai gym. Amik towel letak beg semua gi tengok derang dah start dah pun. Since ni first time nak join kelas kan tak tau le plak kena ada shawl, so pakai je towel buat ganti shawl. Ada lagi 2 orang pun camtu hehe so takdelah segan bonar. Instructor tu chinese, pastu yg lain pun semua chinese so mmg cakap cina je lah satu hape pun tak paham. Dah le masuk lambat kan, terpinga-pinga plak tu so sangap sikitlah, tapi teruskan jelah walopon terasa gak mcm nak cha alif, tapi dah 2 hari buat benda sama so terasa lah nak try something else kan. Ada hari yg ada pilates, cardio dance lah apa tah lagi, tak ingat.

Selepas try a few rutin belly dance for sometime, punyelah keras badan ni hah, mcm kayu. Pastu manjang salah step, bak kata orang putih tu, ada 2 left feet hah. Adoyai....ni kalau ada kenkawn sekali mmg konfem bantai gelak. Bila tiba rutin balut shawl tu kat kepala and tinggalkan area mata ala arab tu, habih ku balut kepala sampai tak nampak apa2 terus. Nasiblah lone ranger je kat sini, kalu terasa lawak pun just sengih2 sendiri le. Takde orang luar nampak takpe. Oklah kan buat variety, tukar angin hehe walopon hancus.


Pukul 9 abih belly dance, gi naik lari kat treadmill tuh. Since dah hari ke3, gagah jugaklah nak keep on running. Kalau tak campur dgn 60% walking. Dapatlah buat 3km in 27min speed 6-6.5 (4 minit yg awal tu jalan je). Kalori 170++ camtu, pastu tak reti nak check incline ke heart rate ke hahaha sangap sungguh. Ambik gambar sambil lari kan eloklah goyang. Pastu sambung lagi 5 minit jalan kat situ utk cool down. Bila turun still terhoyong hayang cam orang mabuk. Sampai bila ek baru boleh get used? 

Lepas 5 minit break, sambung kayuh basikal yg sambil bersandar ni, apa nama eh? Set manual dgn 4W, ringan jek hahaha, kalau set lebih2 kang tak daya plak nak kayuh huhu. 4W tu hapa pun aku tak tau lagi hua hua hua, yg ku tau jadik berat kayuhan. Buat 2km je, dah pancit....tak larat nak kayuh lagi.
Lepas tu buat abdominal crunches ni. betul kan? Sebelum tu ada orang pakai mesin atas ni, so gi lah buat kat bench yg menonggeng tu. Mcm nak tercirit buat 15 kali...perghhh.....lambat lagi lah nak slim perut gue. Sbb tak larat so gi lah memain kat mesin kepit n kangkang peha (pardon my terms, tak kenal lagi weh)  sambil2 usha mesin crunches tu. Lepas 5 minit camtu, akhirnya dapat jugak duduk mesin atas ni. Memula set kat no 1, then buat 10 kali, then no 2 -20 kali, pastu no 3 -20 kali. Yg no3 tu mmg sampai gigil2 tak larat hahaha, takut terkepit tak lepas je sbb masa cekpen tunjuk tu ari terkepit sekejap. Kali ni berani try kat no3 tu sbb 2 hari sebelum ni dah buat sampai no 2, rasa ok je, tu yg increase ke no3 tu. Rasakan.

Bila tengok badan dari belakang dah roper makcik2 sgt skrg ni, tu yg semangat tu. 

2 comments: