Monday, December 13, 2010

Langkawi 041210

Sambung.....

Hari ni dimulakan dengan sarapan tepi jalan. Kedai ni satu row dengan Underwater World. Kalau dari Pantai tengah kita jumpa kedai ni just before The Zon mall sebelah underwater world tu. Hidangan nasi lemak saiz doploh sen dengan bermacam topping. Rasa? Rasa dia sedaplah...cuma sorang kena makan 2 atau 3 bungkus kot baru puas.

Rambang tekak sebab banyak sangat pilihan nasi lemak, telur, bilis, sotong, ayam..dll. Lepas breakfast terus menuju ke Gunung Mat Chincang, dengan harapan menggunung kabel car tu tak tutup....sbb angin agak kuat semalamnya. Kitorang dapat sewa kereta malam tadi tu..sehari RM80/wira.


Singgah kat Harbour Park ...feeling2 nak naik yatch.
Btw Darwish ejek aku....mama + zebra =mabra
tapi tak berapa sedap bunyi mabra tu so dia tukar jadi mebra. Derhaka!

Oret...gambar santek! Boleh teruskan perjalanan ke Oriental Village nak naik cable car...yeyeahhhhh!


Sekali cable car servis TUTUP daaaa...angin kuatttt.
Ada mulut tak puas hati sound kat kaunter "apsal nak tutup mana ada angin hari ni"
Tapi aku percaya....derang bukan setakat jilat jari pastu test angin kuat tak macam Tom & Jerry. Mungkin ramalan cuaca kata angin akan bertiup kencang hari tu so derang tutuplah.
Cuba bayangkan...kalau tengah terapung kat atas tu angin kuat dan tolak cable car tu kiri kanan...mau tak cukup napas mengucap ye dak.. takpelah dulu korang kecik2 dah naik kannnn....
Kita bagi ikan makan je lahhh.

Nasib baik ada rabbit comel juga mengubat kekecewaan. Tengoklah mina ...gedik betul...boleh dia takut ngan rabbit tu. Habis kasut aku kena pijak2. Itu kena paksa tu bagi rabbit tu makan carrot.


Cuba tengok yang ni...relaks jek bg dekat-dekat. Macho la Sarah!



Hmmm..kedai-kedai kat Oriental Village ni kan makin le banyakkk....No Good for pocket ne!
Tengok anak daraku dah sibuk nak beli topi..layankan je lah.
Memasing feeling puteri lilin takleh kena matahari...nanti cair.
Kitorang malas nak tunggu kat cable car tu kot derang boleh beroperasi later-later kan.
So straight gi destinasi seterusnya "Crocodile Farm" yang tak berapa jauh dari Oriental Village ni. Anyway dah tanya-tanya orang...crocodile show pukul 11pagi dgn 2 ptg je..time lain , ko boleh tengok buaya buat taik mata jek. So off we go dan sampai..ngam2 dekat kol 11. Sempatlah round2 tengok buaya-buaya yg ada kat situ. Kira bersih jugaklah kawasan ni..takde bau2 bangkai ke hapa. Buaya semua mmg lepak rilek je..kenyang kot memasing.
Lepas tu ambik posisi kat Pond A di mana 'crocodile show' akan diadakan.
Tengok buaya tu macam kecik je kan..tapi in real besar siot.


Ha cuba tengok...ni bukan yg paling besar tau. Tu orang tu tengah gosok gigi buaya tu.

Ehhh...main cecium lak diaaaa...
ngeri ok....
Aku dok bayang esok kuar paper, ada orang hilang kepala buaya makan....front page..pastu aku kena interbiu ngan reporter pasal detik-detik kejadian....tsk!

Brader tu posing baekkk punya....time ni jek dia senyum untuk kamera.


Ni lagi sorang....bila dah betul2 posisi posing macam kat atas ni ..dia senyum. Sebelum tu muka dia sentiasa serius + bosan + cuak.....
Mungkin bosan sebab tiap-tiap hari buat rutin yg sama...
Sekali buaya tu NGAP! haaa hilang terus kan.

Ni aksi masuk tangan dalam mulut buaya dalam masa kurang dari 15 saat.
Overall...aksi derang ni akan menarik..tetapi raut wajah para pelagak buaya ni sangatlah boring..
semua pergerakkan sangat perlahan dan berhati-hati...ye lah mungkin kalau drastik buaya terkejut lantas 'ngap' derang kan..tapi its very dull show lah.
Kalau korang tengok steve kan ke muka penuh excited ngan slang ostolia pekat....pastu buaya steve pun mcm aggresive sikit kan.
Yang ni..nampak sangat macam buaya kenyang yg dah tak larat angkat perut pun.
Derang cucuk2 pakai kayu tu, buaya ni seret jek badan tau atas simen tu. ..mengengsot gitu.
Aku plak geram tengok mcm pemalas sangat buaya ni...
Tapi kalau aggresive mau dia libas kitorang yg tengok kat tepi2 tu kot ..heheh


Yang ni aksi buaya makan. Brader tu tiup wisel panggil buaya-buaya tu datang.
Korang nampak 4 ekor je kan.


Hah lepas tu ko tengok, baper dah yg datang. Tu belum yg tunjuk bijik mata je dalam air. Seriau aku tengok brader ni .

Ok yang ni kirim salam kat semua yg baca momsfeelgood ...
Peace uols!

i like to move it move it
she like to move it move it
we like to move it move it!
Next terus ke Underwater Worls ye.
Ni biasa la ...ikan dan pingu..

Walaupun hari2 makan ikan...tetap suka tengok ikan dlm kaca ye.
Pingu pulak berkiss-kissan...yg sekor tu say 'hi'.

Aku sorang je buat aksi sejuk....anak-anak buat aksi bebas.
Siap marah aku lepas tu sebab taknak buat aksi freezing tu.
Dah le orang suruh buat taknak buat ...lepas tu boleh pulak dimarahnya kita...haih!
Cuba buat kamera trick...
Aku bagi ikan makan cheezel.
Darwish pegang ekor.
Lepas underwater world berkejar balik bilik sebab budak-budak ni nak masuk pool lagi.
Lepas tu gi pantai balik pastuh sambung pool lagi.
Berendam lagi sampai dekat pukul 7...


Malam ni dapat makan kat kedai yg speaking siam...tomyamnye sangatttt sedap.
Terasa keasliannya.

Lepas tu jalan-jalan....beli coklat kat The Zon...tengok orang poco-poco depan Underwater World..tapi by the time sampai depan tu, dah habis menari...cehh! Baru ingat nak join poco-poco sekali.
Lepas tu balik bilik..tidorrr kepenatannnn!


5 comments:

  1. bestnya banyak tempat kat langkawi boleh visit kan.. kitorang gilast year tak ke mana sangat banyak masa habis kat hotel maklum la hanimun ekekeke

    ReplyDelete
  2. dah berkali ke langkawi, tp tak penah bwk anak2 p tgk boya, lepas ni kena p lahhhh

    ReplyDelete
  3. mama+zebra.. gila cute la awish.. :D

    ReplyDelete
  4. LoL - la hanimun mmg ler dok bilik saje heheh =P

    Mamasyaza- pegilah...tp make sure time 11pg or 2 ptg..kalu tak boring nnt.

    ReplyDelete
  5. Ina - bukan zebra je tau...esoknya akak pakai scarf leopard print pun dia bg nama jugak.

    ReplyDelete