Hari ni dimulakan dengan sarapan tepi jalan. Kedai ni satu row dengan Underwater World. Kalau dari Pantai tengah kita jumpa kedai ni just before The Zon mall sebelah underwater world tu. Hidangan nasi lemak
Rambang tekak sebab banyak sangat pilihan nasi lemak, telur, bilis, sotong, ayam..dll. Lepas breakfast terus menuju ke Gunung Mat Chincang, dengan harapan menggunung kabel car tu tak tutup....sbb angin agak kuat semalamnya. Kitorang dapat sewa kereta malam tadi tu..sehari RM80/wira.
Oret...gambar santek! Boleh teruskan perjalanan ke Oriental Village nak naik cable car...yeyeahhhhh!
Sekali cable car servis TUTUP daaaa...angin kuatttt.Ada mulut tak puas hati sound kat kaunter "apsal nak tutup mana ada angin hari ni"
Tapi aku percaya....derang bukan setakat jilat jari pastu test angin kuat tak macam Tom & Jerry. Mungkin ramalan cuaca kata angin akan bertiup kencang hari tu so derang tutuplah.
Cuba bayangkan...kalau tengah terapung kat atas tu angin kuat dan tolak cable car tu kiri kanan...mau tak cukup napas mengucap ye dak.. takpelah dulu korang kecik2 dah naik kannnn....
Kita bagi ikan makan je lahhh.
Nasib baik ada rabbit comel juga mengubat kekecewaan. Tengoklah mina ...gedik betul...boleh dia takut ngan rabbit tu. Habis kasut aku kena pijak2. Itu kena paksa tu bagi rabbit tu makan carrot.
Cuba tengok yang ni...relaks jek bg dekat-dekat. Macho la Sarah!
Ha cuba tengok...ni bukan yg paling besar tau. Tu orang tu tengah gosok gigi buaya tu.
Brader tu posing baekkk punya....time ni jek dia senyum untuk kamera.
Ni lagi sorang....bila dah betul2 posisi posing macam kat atas ni ..dia senyum. Sebelum tu muka dia sentiasa serius + bosan + cuak.....Mungkin bosan sebab tiap-tiap hari buat rutin yg sama...
Hah lepas tu ko tengok, baper dah yg datang. Tu belum yg tunjuk bijik mata je dalam air. Seriau aku tengok brader ni .
Pingu pulak berkiss-kissan...yg sekor tu say 'hi'.

























Lepas puas kat pool ajak derang main pasir ngan mandi laut kat Pantai Cenang. Senang..jalan kaki je. Awish tengah buat magic tu ...nampak?



















