Saturday, October 23, 2010

Seksi, politik, baby, kura-kura

Eh macam tak ingat pulak ada wujud blog ni. Bukan apa, tetiba di serang penyakit malas-takde-mood-cerita- menarik untuk dikongsi kat sini.


Ye lah bila update tunjuk gambar kaki anak dalam gelap je tu memang sah-sah le takde mood sangat kan.


Tapi i tetap blogwalking...baca sana sini....gelak-gelak...senyum-senyum baca cerita korang dan juga blog-blog lain yg takde dalam list kat tepi ni tapi ada kat favourite folder.


Ye memang malas nak update layout tambah list blog2 baru yg ter-hooked up. Hari-hari click kat favourite folder je hehehe...


Ada jugak beberapa isu atau perkara-perkara yg berlaku pada saya atau topik hangat di luar yang menarik perhatian saya.


Yang Pertama:


Citer IFF tu....sana sini orang dok citer/ komen. I tengok jugak gegambor baju tu...geleng kepala je lah.....tah apa-apa.


Ye lah walaupun ramai antara kita yg belum memenuhi kriteria yang sebenar dalam berpakaian yang betul-betul mengikut garis panduan yang ditetapkan, tapi saya pasti ramai antara kita yg sama-sama beristighfar bila melihat sesetengah pakaian-pakaian yg direka dan diperagakan dalam pertunjukkan fesyen tersebut....bukan main besar perkataan ISLAMIC kat back drobe tu ye...uihhh ngeri makcik.


Oh yang paling tak boleh blah......RM......bukan RM blogger....yg lagi satu tu.. eh cukuplah..takmo ngumpat....nnt pahala transfer kat dia.



Yang Kedua:


Pemgetahuan am saya tentang parti keadilan rakyat telah dinilaikan oleh seseorang pembanci bernama Cik Rashidah dari ...errr...tak ingat apa nama survey kompeni tu.


Malang bagi beliau sebab kebanyakan jawapan saya adalah "saya tidak tahu".


Soalan yang dikemukakan sangat banyak sehingga cekpen 'bertempik' menyuruh saya letak telefon sebab sudah agak lama sesi soal jawab tersebut tapi tak selesai-selesai, dan anak-anak sedang membuat huru-hara di hadapan saya dan dia pada ketika itu.


Antara soalan awal yg ditanyakan yg saya terpegun dengan jawapan saya sendiri:


S - Puan ada membaca surat khabar?


J - Tidak.


S - Boleh Puan beritahu dalam berapa hari sekali Puan membaca surat khabar?


J - Takde langsung. Errrr...kalau balik kampung ada lah baca .....dalam sebulan sekali. Saya takde beli apa- apa surat khabar.


S - Oh kalau macam tu , boleh saya tahu apakan pandangan Puan terhadap berita Pee.Kay.aR yg disiarkan di telivision.


J - err..tak tau sebab saya tak tengok berita langsung, anak saya yang tengok tv. Saya tak berpeluang.


MALANGNYA TAKDE SOALAN SAMA ADA SAYA MENDAPAT SUMBER INFORMASI POLITIK DARI INTERNET..TAKDE LANGSUNG TANYA ...


AT LEAST KALAU DIA TANYA BOLEH JUGAK I JAWAB ADAAAAAA.......DARI FORUM2 DAN BLOG-BLOG PANASSSS!


Soalan tentang pee-kay-ar pulak...mana yang i ingat je lah ye:


S - Pada pendapat Puan adakah pee-kay-ar telah menunaikan janjinya selepas memegang kuasa?


J - Tidak pasti.....(dalam kepala cuma teringat pasal bil api air je wakakaka....yg lain haprak aku tak tau apa janji derang)


S - Adakah Puan yakin jika pee.kay.ar memegang kuasa sebagai kerajaan mereka akan menjalankan tanggungjawab seperti yg diamanahkan? (lebih kurang cenggini le soklan tu..i tak ingat sangat)


J - Tak pasti (kalau sedara aku yg jadi PM konpom aku iyekan aje)


S- Pada pendapat Puan adakah gabungan pee.kay.ar kukuh?


J- Tak pasti...


Itu je lah sikit ..ada banyak lagi..tp sudah lufer. Tapi yang pasti jawapan i sama ada "tak pasti" atau "tak tau".


Sapa yg suruh buat survey ni gamaknya...wonder gak from pee.kay.ar or ba.ri.san.


Lagi satu..pee.kay.ar not holding the power yet..camno nak nilaikan? Soklan dia byk ke arah "if pee.kay.ar the government".


Tak dapek nak nolong le..takkan nak guna imaginasi kot.


Yang ketiga


Meet up with the strong baby Uwais (cucu saudara sebelah cekpen). He was born with anencephaly condition (i think that's the term...i'll edit later if i'm wrong). Such a huge 'dugaan' for our nephew and his wife...but i believe there's a blessing too....he'll be the angel in heaven ...praying and waiting for mommy and daddy there. .... Al-Fatihah.


Yang Keempat
TUCK died after almost a month live in the house as our pet! It was noon....after 2.30pm....i tengah tidurkan sarah. Tuck masa tu mina dah masukkan dalam rumah dia. Tapi kebetulan hari tu i terlelap dulu instead of sarah.


Lewat petang tu awish dan cekpen dah perasan tuck dah hilang. Cari selongkar satu rumah tak jumpa. Siap pakai torch light ala csi lagi malam tu, angkat sofa, bawah rak tv, dalam stor, luar rumah semua takde.


Give -up.


I tunggu je kot-kot dia keluar. Tapi takde...sambil2 tu i kejap-kejap gi tengok belakang tv, fridge, sofa..takde jugak.


Lepas 2 hari...TUCK ADA DALAM RUMAH DIA! Awish balik sekolah tengah hari masa tu. Cecepat i tengok tapi nampak lemah sangat dan tak aktif.


Try bagi makan semua dia tak mau. Rupa-rupanya bibik jumpa belakang rak tv dan masukkan dalam banglo semula...mungkin dia dah lapar sangat last-last dia keluar. Padahal sebelum tu takde.


I saspek sarah amik tuck 2 hari sebelum tu masa i tertido...and dia pegang tuck kat sambil baring sebelah i layan mata. Then dia tertidur and tuck terlepas lalu menyorok dekat corner bawah rak tv.


Tuck tu hanya besar sikit je dari syiling 50 sen...tu pasal la tak nampak masa duk suluh bawah tu.

Moralnya, jika anak-anak buas ....jangan bagi mereka seksa binatang!!!








2 comments: