Monday, September 6, 2010

Handy Mommy

Pic: Gooooogle

Bila dah nak raya, biasala kan, mulalah nak betulkan mana-mana barang-barang rumah yg rosak, tukar apa yg patut. Barang kalau lama takpe, yg penting berfungsi elok dan tak mencederakan sesiapa termasuk tuan rumah.


So last week, pergi kedai hardware beli tapping screw dan roll-on clip. Few things need to be fix.




Keluarkan tool box!

3 biji kerusi makan seat dah tercabut. Berpeluh ketiak tighten 12 biji tapping screw.

Lokasi yg mmg tak boleh elak. Buka pintu je terus nampak cat yg sangat huduh ni. Sebelum ni ada rak, so tak nampak. Bila rak dah pindah ke bilik...euwwwww buruk, buruk dan buruk.

I scrap lapisan cat buruk itu untuk di cat balik. Tugas mengecat diserahkan kepada anak2, sebab derang ada tinggalkan grafitti kat dinding hall ni so sekali hadap lah.


Lepas tu throw pillow yg anak-anak pakai untuk melepek depan tv dah sangat kepam, asyem dan tak semengah. I buatkan sarung baru. Nasib baik ada kain yg sesuai hehe.

Taraaa!!! Dah siap.

Ni coffee table. Ada compartment yg telah menjadi tempat anak-anak main hide and seek. Lama-lama lock-catcher pintu ni rosak, silap haribulan pintu ni terbuka dan hentam kaki sesiapa yg ada dekat situ.


So ganti dengan roll-on clip / catcher yg baru. Selesai masalah. Boleh pakai balik coffee table ni tanpa was-was.



Aktiviti Sarah dan Mina bile mama ada kerja nak buat adalah menyepahkan rumah....grrrrrrrrrrrrrr!
Ada lagi yg tak setel ni. Takpe lah, mana yg sempat je buat....yg tak sempat tu nanti lepas balik raya dari kampung baru setelkan.




4 comments:

  1. huwa... lady pun dalam proses nak mengemas rumah gak ni heheh

    ReplyDelete
  2. wahhh! handy mandy !
    salute !! :D

    ReplyDelete
  3. LoL- wajib le kan..dah dekat benar nak raya ni ;)

    ReplyDelete