Friday, September 30, 2011

Padini Warehouse sales paling dasyat!

Maksud aku, Padini warehouse sales paling dasyat yg aku pernah pergi. Selalunya sale yg kat mall je, kira ok lah kan. Tapi kan yg kat Glenmarie ni memang gila lah. Tak terbanding dgn yg sale2 lain kat stadium ke haper. Lagi gila sebab semua item RM5 sahaja. Lagipun pengalaman sebelum ni, kalau que melampau tu, even dah ada barang kat tangan pun, aku tinggal je tak jadi beli sebab tak sanggup nak tunggu que tu. Tapi hari ni, lone ranger, tak tau mana datang kegigihan tu, aku redah lautan manusia. ok ...poyo.

Apa yg ada kat sini? Benda yg sama lah, tops,bottom, ladies, kids, mens, adalah kasut, beg sumer tu. Rasanya kalau dah biasa masuk padini concept store tu korang dah boleh agak lah.....sama, cuma harga mmg RM5/piece dan stok lama. So tengoklah apa yg dicari, kalau nak cari yg latest2 design tu, takyah lah, mmg takde...kalau nak cari tops biasa2 tu berlambak. Kalau korang tanya aku 'bebaloikah?' , jawapan aku..'berbaloi-baloi' sebab kalau aku bawak duit RM100 pergi padini concept store tu paling byk 3 helai tops je kot. So kat sini kalau ko bawak seratus....ko boleh beli 20 lai...ok tak? ok sangat bg surirumah macam aku ni.

Aku keluar rumah pukul 8.45am, konon taknak le awal benar terpacak kat situ kan, macam kiasu sangat. Pehtu dekat2 pulak dgn kilang yg dulu aku salu deal masa kerja, so mcm kenkonon taknak le ada orang yg cam aku ternampak aku, malu le kononnya.
Pulak tol sunway clear takde jem...oh masa tu terasa sangat ini mcm petanda yg sangat bagus. 15 minit aku dah sampai glenmarie. Tapi lepas tu dari depan BMW glenmarie tu nak sampai ke simpang Menard tu, perghhh tersengguk2. Sampai kat area kilang2 tu, dah jem, keta dah bersepah2 parking. caitttt!

Pukul 10 kot baru dapat parking. Pastu tengok2 entrance warehouse tu derang tutup. So berlonggok-longgok le manusia depan tu. Aku tak nampak que pun, rasa nak balik tp pikir balik, arhh teruskan je lah.

Ko tengok minah tak reti malu tu. Dia memang panjat dan nak cross tembok pagar tu. Ko caya? Sampai ahsoh belakang aku dok jerit "don't do it girls!" .
Padahal ramai orang padini jaga kat pagar tu lagi nak buat taik. Masa dia angkat kaki dia nak cross tu, semua orang jerit 'booo!' kat derang berdua tu. Orang padini pun jerit tak bagi. Ni bukan tahap kiasu dah..aku tak tau nak label apa.
Since dah setengah jam aku still tak dapat masuk, aku start make friends dgn orang sekeliling aku dan ajak push ke depan sama2....=P.
Masa gambar atas ni, aku lagi sedepa dapat masuk pintu pagar tu. Aku siap tumpang pegang bahu mamat cina depan aku sbb aku takut aku jatuh kena tolak sbb aku kat sebelah je dgn longkang. Gambar hadap pagar. India depan tu lah pagar. Dia ketepi orang boleh masuk. Pastu dalam 10-15 orang masuk dia akan blok balik dgn badan dia. So korang boleh bayangkan bottle neck yg hazab kat situ. Sbb yg nak masuk baper juta, tapi space pagar yg derang bukak besar mamat tu jek.




Kat dalam plak ada lagi satu roadblock, tp behave sikit lah, nampak lah line que. Itu pun still ada yg nak potong. Memang kena booo lagilah.

Lepas aku berjaya masuk ni, gambar kat dalam tengah punggah memang takde lah ye, tak sompek lah nak tetangkap gambor. Aku dah set timing pukul 12 kena kuar so memang tekun la dari satu box ke box yg lain aku punggah. Masa ni memang bagus sensorang, takde tekanan, tak yah sesibuk nak tanya 'ok ke ni?' kat member, asal kenan terus masuk plastik dulu, kemudian dah tak larat angkat, baru stop dan sorting balik. Mana tak jadi beli campak balik dlm box.


Atas ni gambar aku tgh berasak-asak nak ke cashier. Masa nak bayar ni macam ada staff derang yg bertindak sebagai bonzer lah. Cashier que mmg haru. Line tape merah putih tu, dah kat lantai kena pijak2 jek. Cashier banyak tapi yg nak membayar pun banyak berganda-ganda.


Ni gambar orang nak bayar..ni dalam 1/8 je yg muat dlm frame camera iphone aku. Sesak gila. Menjerit-jerit bonzer suh orang beratur bagai...mana ada orang nak dengar kan.

Aku pulak memang nasib baik. Orang keliling aku memang 'pusher' yg dasat. Sebab derang push lah aku setel urusan pembayaran tak sampai 10 minit. Kira potong que dgn tak sengaja, sbb que pun mmg tak nampak, tau2 je aku dah ditolak sampai depan bonzer dan masuk line utk ke cashier.
Selama ni ada jugak gi warehouse sale kat kilang2 camni tapi ni le first time merasa yg sangat over ramai.

Mungkin sebab rm5 tu kot. So sanggup le redah.


But frankly kalau tak sihat, janganlah datang cari penyakit kat sini, boleh pitam pengsan kat depan pagar tu. Lepas tu janganlah bawak anak/ baby semua tu. Tadi ada okay yg bawak..isk isk isk...memang lah aku paham, murah sangat, bila nak ada peluang macam ni lagi, anak plak takde orang yg jaga, fulus pulak kalau di bawak ke mall baper lai sangat boleh beli, so terpaksa gi sini jugak kan. Kalau boleh tunggu lah laki cuti like sabtu ke ahad. Suh laki tinggalkan korang kat situ, pastu datang pick up balik lepas settle semua. Kalau nak 'ngobor' datang pepagi buta pun buleh. Bawak le selimut pukul 4,5 pagi (eh ada plak yg buat ni nanti), sebab sabtu ahad kompom lagi teruk dari hari ni.


Anyway, i have a good haul today. Gambar tangkapan next entry =P.

Thursday, September 29, 2011

Wall can make me cry



Status yg mengimbas detik-detik cemas di bulan Jun lalu. Alhamdullilah atas rahmat yg diberikan dan semoga berkekalan hendaknya.

Tuesday, September 27, 2011

Pelupusan

Setelah beberapa minggu, akhirnya pagi tadi ada lori sudi menolongku melupuskan perabot rosak. Lori yg datang ambik rumput kering. Ikutkan tak boleh tapi drebar tu kata bg duit kopi jadilah. Hulur seploh hengget settle.



Porch dah clear meaning i have a new canvas to work with. My upcoming project, creating 'santai' space kat situ. But i need to figure out how to move the ampaian ke belakang. Ampai ni wall mounted dengan wall plug yg besar-besar. Tak cukup kuat drill yg ada tu nak buat lubang baru. Dulu kedai yg jual tu tolong pasangkan. Camno ye? Mungkin nak try tanya kontraktor yg tengah buat reno kat area ni, kot derang boleh tolong korekkan lubang dan pasangkan balik. Tapi berani ke nak tanya???!


Sememang tak boleh duduk diam sahaja kat rumah, boring.

Monday, September 26, 2011

Tengok je...

Tetiba mood berangan tiba, so ajak cekpen ronda-ronda kedai perabot dekat-dekat area rumah ni. Tengok-tengok je la, tak beli apa-apa pun. Just nak buang masa. Cekpen asik lah kuar statement takleh blah dia :
" eh ni elok ni utk semi-d kita nanti. eh orderlah skrg, bg address semi-d tu biar derang hantar sana terus"

Nangis -____-"

Renovation

Tengah renovate blog..rasa nak tukar tp malas pulak cari template. Title pun rasa dah tak relevan tp takde idea utk yg baru. So sementara ni, gini je lah dulu.

Saturday, September 24, 2011

Grommet removal - Hearing Test Result

Baru balik dari Sunway Med Center. Darwish jumpa Dr Koay utk check progress telinga dia. So tadi doctor dah keluarkan grommet yg mmg dah sipi-sipi nak tanggal. Setahun 3 bulan jugak grommet tu dalam telinga Darwish.

Ear drum kanan dah menebal, tetapi ear drum kiri masih nipis in concave condition. Tak bagus. So tadi terus buat hearing test utk confirmkan hearing condition Darwish.

Alhamdullillah, hearing kanan average score 20dB between 250Hz ke 8KHz, but telinga kiri average score 60dB between the same range. So memang kiri tak ok lah.

Doctor akan monitor ear drum periodically. If the right ear drum menipis balik and ear drum kiri getting worse than he need to do something like inserting permanent grommet which is longer than the previous one.

So at this moment nothing much can be done except hoping than the ear drum getting thicker as his body grow older.

Hmm...now Sarah and Darwish sama lah.....60dB ye..okay. Everyone, please speak louder, we can't hear you!

Friday, September 23, 2011

Khasiat semangkuk petai




Cedok dari wikipedia dan googel:





Khasiat Petai:



Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.




Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.




Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)
Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia di kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkal mendapat sindrom premenstrual.




Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok.








Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku. Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap seimbang. Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.




Kulit pepapan petai dibahagian licin dalam poket biji petai disimpan boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk.




Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.[2]





==========================================================

Lepas ni kalau cekpen balik kerja, BP dia naik, I nak sediakan semangkuksepapan dua petai buat dia kunyah2 dengan celeri.

Sofa cover ku dah siap!

Ni masa mula beli dulu. Sekarang corak bunga tu dah lusuh sampai nampak sama je dengan body sofa plain tu.




Darker brown dengan bunga yg besar. Body sofa tak tukar sebab nak jimat lewww.


Akhirnya, tepat jam 10 pagi, siap ku jahit sofa cover yg terperap since ujung2 puasa haritu. Sangat mencabar kesabaran dan minda jugak. So lepas ni takkan ku komplen kalau tengok harga yg ditawarkan, sebab bukan senang nak buat rupanya. Nasib lah ada mesin jahit cabuk itu. Boleh juga jimat belanja. Kalau order balik kat fella tak kurang seribu ringgit...tapi buat sendiri tak lebih lima ratus ringgit. Tahniah untuk diri sendiri. Sebarang ketidaksempurnaan..pejam mata jelahhhh.

Tuesday, September 20, 2011

Hotties

Koleksi my girls. After sorting out yg dah hilang kaki, hilang tangan semua tu, ini lah yg tinggal. Nampaknya memang yg ori je yg tahan, yg fake mmg cepat je tercabut sana sini. Latest addition from Mina's birthday is castle, closet and accesorries rack tu. Hmmm bertuahnya anak2 mama.Mama dulu banyak doll tanah liat je. Buat sendiri, ambik tanah tepi parit sebelah rumah. Lepas main campak balik dlm parit. Esok nak main korek tanah lagi dan mould the doll again...hehehe but still fun jugak.Tapi macam mana mama nak simpan semua ni ye? Takde idea lah nak letak mana, yg senang derang nak ambil main lepas tu simpan balik.