Monday, November 9, 2015

Reno deko living hall

Baru nak post. Lama perap. 

Another step. Sometime in august, ternampak iklan sofa warehouse clearance sale kat Citta Mall. Since takde aktiviti lain, weekend tu, maka ajaklah cekpen pergi survey, mana tau berkenan. Tengok- tengok salah satu design yg i dok aim ada situ. Apa lagi kan, mari bukak ipone and check berapa market price. Lepas diskaun apa semua masih murah. But kat situ ada 3 seater and satu ottoman. I tak minat sangat ottoman, so tunjuk gambar single seater from my telepon kat promoter tu. Lepas confirm boleh order dia bagi best price.

Ambil masa sekejap sebab nak google check pricing kat tempat lain and berapa diskaun kedai lain offer. Alhamdulillah, jauh lagi murah. 

3 or 4 weeks after we ordered they schedule to deliver tapi lori lambat sampai, and i tak boleh tunggu lama sebab nak ambil bebudak balik sekolah. So reschedule another day. Akhirnya. Puas hati tengok dah ada furniture sikit.

View dari area dining. 

Lepas ni nak setelkan masterbedroom. Bilik anak-anak tak plan apa-apa sebab bawa segala yg ada dari rumah sekarang. Save cost.  Deko bilik or cat dinding derang pun tak plan lagi. Dah masuk nanti baru buat pelan - pelan. 

1 comment: