Jumaat malam kitorang ke Kuching meneman cekpen nak berhalf marathon. Tapi cekpen sakit kaki tak jadi nak lari. Maka jalan2 cari makan ajelah jawabnya.
Puaslah berwefie sana sini. Cekpen bolehlah i bg dia medal wefie/selfie ni kalau ada :D.
Mee kolok Warung Nusantara (belakang pullman). Verdict : oklahhhh. But nak tambah lagi tu tak kooottt.
Mee kolok sepinang sari cafe. On d way nak ke medan niaga satok. Yg ini mmg OMG!!! 2 mangkuk tak cukup. Tapi masa tengah makan pikir nak order lagi terdengr pulak tuan kedai cakap "mee habis". T____T
Sebelum sampai our food ni, terdengar pakcik meja belakang cakap ini mee kolok yg original. Bukan warna hitam yg ada kicap tu.
Kat sepinang ni derang tulis mee Sapi bukan mee kolok. Kitorang nampak kedai ni crowded sgt masa nak ke medan niaga satok, so plan singgah utk lunch. Mmg tak mengecewakan.
Kalau orang tanya nak datang Kuching lagi tak, adalah reason yg kuat utk jawab 'sudah pastii, sebab nak makan mee sapi Sepinang sari' hahaha.
No comments:
Post a Comment