Saturday, April 9, 2011

Bittersweet

Sarah takde banyak ubat pun nak kena makan sepanjang dia kimo ni.


Satu-satunya yg dia kena menten makan adalah bakterim/ supreme. Rasanya pahit, pekat, ada tulis berperisa raspberry tapi tang mana tak tau la. Sebab mama dah rasa sikit takde pun rasa raspberry...bau tu adalah sikit2 bau raspberry.


Ubat ni utk elakkan sebarang lung infection which budak2 under kimo mmg senang kena.


Pernah try bg dia makan masa awal2 dulu tapi memang kena reject dan muntah balik. So lepas botol yg pertama tu habis gitu je, mama stop.


Bila mama teringat, mama akan tunjuk kat dia botol ubat tu dan bgtau dia, "this is white water, sarah must drink"


Perkataan 'ubat' mmg tak disebut sbb tu pantang/ alergik dia.


So, masa scan baru ni (khamis) setelah berhempas pulas pujuk sarah minum ubat tidur sarah taknak jugak (dia try rasa sikit je), so mama and nurse pun agree to sedate dia masa kat scan room tu.


So nurse pun simpan le ubat tidur pahit tu. Dalam 5 minit macam tu, tetiba sarah nak minum ubat tu. Mama mintak nurse cairkan sikit (campur air), lepas tu Sarah minum sampai habis, tapi dengan muka kelat dan terpisat-pisat menahan pahit. Mama a bit "surprise" sbb yg sebelum dia, infact yg masa nak buat hearing test 2 minggu lepas dia muntahkan balik tau.


Berbalik kepada citer supreme tu, so tadi mama tunjuk sarah 2 small cup. Satu supreme, satu lagi XP mix with honey. Tanya dia nak minum yg mana dulu. Dia cakap " i don't want".


Mama bg satu lagi option, campurkan dua2 tu. Dia agree. Then slowly mama pujuk Sarah minum, a sip at a time. Alhamdullillah...Sarah tak muntah dah.


Finally lepas dekat 30 minit, habis lah satu cup mix of supreme, honey and xp.


At least ada progresslah. So kalau lepas operate ni ada tambahan ubat yg pahit2 tu bolehlah kot sarah minum...hopefully tak banyak le..kalau tak perlu ubat langsung pun takpe..mama lagi rela.





1 comment: