Friday, August 21, 2009

Tuntutan Pembatalan Polisi Takaful

* I tengah bengang yg teramat dgn takaful sekarang ni. LEMBAB NAK MAM%$#*

Ni baru lepas email customer service yg mcm gampang!
_______________________________________
##

Salam

Saya telah pun membuat pembatalan seperti yg tertera di bawah di cawangan takaful Subang Jaya pada penghujung bulan Jun 2009.

No sijil: SW07-%%%%%%-08
Tarikh Kuatkuasa: 22/5/02

Pada bulan Julai, takaful masih lagi mengenakan bayaran pada akaun kredit kad saya sebanyak Rm50 walaupun polisi telah saya batalkan.

Alasan kamu saya tidak mengisi borang pembatalan pembayaran kredit kad.

FINE!!!!

Saya terus ke cawangan Subang Jaya untuk mengisi borang tersebut pada bulan JULAI 2009.

TETAPI PENYATA KAD KREDIT SAYA MASIH MENUNJUKKAN BAYARAN TAKAFUL PADA 3 OGOS 2009.

APA MASALAH TAKAFUL SEBENARNYA????

Saya sudah BERKALI KALI membuat panggilan ke CUSTOMER SERVICE dan bercakap dengan SABRINA.

Tetapi HINGGA HARI NI TIDAK ADA STATUS TERKINI TUNTUTAN PEMBATALAN POLISI TERSEBUT.

Sudah lebih 2 bulan tetapi tindak balas pihak TAKAFUL sangat MENGECEWAKAN!!!!!!!!!!!!!!!

Dan hari ini TIADA ORANG menjawab atau membalas panggilan telefon saya samada dari IBU PEJABAT atau CAWANGAN USJ.

Saya sungguh tidak menjangka mendapat layanan yg sebegini teruk.

Mungkin saya perlu pihak ketiga untuk menyelesaikan tuntutan ini.

Rgrds
Siti


----- Original Message ----

From: Customer Service Unit <csu@takaful-malaysia.com.my>
To: siti paujan <siti_sbp@yahoo.com>
Sent: Wednesday, 10 June, 2009 11:34:51

Subject: RE: Penamatan Polisiﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ /
Greetings,

Puan,

Merujuk kepada e-mel puan di bawah.
Mohon jasa baik puan untuk mengunjungi mana-mana cawangan kami yang berdekatan bagi mengisi borang serahan dan pelepasan. Sila bawa bersama sijil asal untuk dikembalikan bersama-sama dengan borang tersebut. Salinan kad pengenalan peserta juga diperlukan untuk perhatian pihak kami.

Untuk makluman puan, RM150 akan didebitkan daripada akaun peserta sebagai caj perkhidmatan serahan dan pelepasan bagi setiap sijil yang diserahkan. Pegawai cawangan kami akan membantu puan berkenaan perkara ini.

Untuk keterangan yang lebih lanjut dan bantuan, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di talian 1-300-8-TAKAFUL ( 8252385 ) atau 03-2268 1984.Pihak kami mengucapkan terima kasih atas maklumbalas yang puan berikan. Sokongan puan amat kami hargai.
Thank youﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Zety Abdullah
Customer Service Centre

Syarikat Takaful Malaysia Berhad Ground Floor, Dataran Kewangan Darul Takaful,No 4. Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur MalaysiaTel: +603 2268 1984 / 1-300-8-TAKAFUL ( 8252385 )

Email: csu@takaful-malaysia.com.my

-----Original Message-----

From: siti [mailto:siti_sbp@yahoo.com]

Sent: Tuesday, June 09, 2009 7:01 PM

To: Customer Service Unit; Customer Service Unit
Cc: siti
Subject: Penamatan Polisi

Assalamualaikum,

Saya Siti &&&&&&, ingin menamatkan polisi insuran Takaful Wilayah yg saya miliki ini.

No sijil: SW07-%$%$%$-08

Tarikh Kuatkuasa: 22/5/02

Sila lakukan semakan untuk polisi ini dan maklumkan kepada saya sekiranya ada manfaat yg akan dipulangkan.Untuk pengetahuan pihak tuan, akaun kredit kad yg mana pembayaran akaun ini di buat akan saya batalkan pada bulan July 2009.
Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Yg Benar





3 comments:

  1. hmm.. bkn ke blh stop autodebit via bank credit card tu sendiri... if x silap la... call card center.

    ReplyDelete
  2. Honey- tak boleh le. I dah pegi cancel credit kad kat ambank tu pun. Infact if Takaful keep on charging to the cancelled card, the bill still come to me. How sad is that? What's wrong with the system...all i can say it's really SUCK big time!

    ReplyDelete
  3. sistem yahudi mmg cmtu. telan je duit. ade je alasan 'teknikal' dia. 1 lg kalau anda pernah buat pinjaman koperasi anda perlu mengisi borang perbentian ahli koperasi. ade ramai bekas2 peminjam yang tidak mengetahui hal ini dan pemotongan rm15~rm20 sebulan berjalan walaupun sudah 5 tahun pinjaman tersbt sudah habis di bayar.

    dan anda semua perlu tahu bank berhak kongsi maklumat anda. dan mungkin maklumat anda di perdagangkan ke bank2 atau institusi insuran lain. sebab tu ade telemarketer institusi tertentu menghubungi anda untuk menjual produk dierang.

    ReplyDelete