Friday, December 26, 2014

Chapter 1 Capricorn One Gold Coast

Sebelum start writing up our experience here, just nak note to myself that at this moment, pantai timur dilanda banjir yg sangat teruk. News feed from friend and non-friend betul-betul meruntun jiwa. i pun takde helikopter penyelamat, amfibian vehicle apatah lagi bot, harap sangat they get all help pronto. Dah ramai jadi mangsa lemas, simpati sangat.

Back to cerita for the first chapter of our gold coast trip.A few months sebelum ni, kitorang decide nak pergi sendiri, taknak pakai ejen. Dah pernah rasa pakai ejen masa pergi Hong Kong dulu, tak best. Lagipun senang sangat nak dapat info pasal gold coast online, ramai yg share experience so berdasarkan informasi internet kitorang nak cuba sendiri ikut our own bajet, keselesaan and timing. 

Lepas tu bila confirm cekpen boleh cuti panjang, barulah betul2 plan vacation ni. Tiket flight beli masa matta fair, dapat good deal, 8k for 6 of us from MAS. So landing kat Brisbane. Another reason naik mas lah tu, supaya cover 2 tempat sekali. Lepas tu barulah cari apartment yg sesuai dgn bajet dan keperluan kitorang. Baca review kat tripodvisor pasal Capricon One ni. Mostly bg 5star review. Ada yg bg bad review jugak but to us orang tu yg high expectation sgt, nak murah tapi nak tempat yg macam 5 star hotel hehe.

This is the apartment. 


Dari luar memang biasa je, nothing to shout about, tapi to me its decent enough. Taklah rundown sangat mcm yg certain orang review. Ok je. Of course ada lagi apartment lain yg lagi baru bersinar-sinat tapi harga i tak taulah kan. Ni dlm RM250/nite, kira murah sbb kat malaysia tak dapek lah rega ni. 2 bedroom apartment, fully functional kitchen, washing machine, drying machine, 2 bath, bath tub pun ada, ocean view (along surfer paradise northern side), river view.....to me ok sangat dah.
Masterbedroom, balkoni sambung dgn balkoni hall.

2nd bedroom, ada 2 single bed.
Bathroom 1 
Washing machine and dryer. I ingatkan dryer rosak, rupanya kena tekan reset button, kampung sangat keh keh keh. 

Bathroom 2.
Spacious living hall. Awish volunteer tido kat sofa. Luas pun takde tidur bengkok-bengkok.
Kitchen sebelah entryway n living hall.
Semua pun berfungsi. Siap dishwasher. Hah ada tragedi pakai diswasher ni. Chapter lainlah tu nanti i cerita.

Kitchen memang complete. Yang nak pakai semua i samak /sertu. Oven je tak so elakkan pakai oven.

View dari balkoni. Pukul 4 pagi dah terang benderang. Orang dah start jogging. Cekpen pun of cos bawa segala jogging gear kan. Almost tiap pagi dia jogging kat pantai. Me? Cooking breakfastlah hehe.
Nak pergi jalan2 kat pantai kejap. Dekat je, depan tu hah. Nampak pondok lifeguard warna kuning tu.

Keliling dinding kaca semua, selak dinding hadaplah laut puas2. Ikutkan nak tengok whale dari apartment ni je tapi sebab bukan musim sekarang so takdelah penampakan. Whale semua naik ke northen side of australia to make babies hehe.
Pagi sabtu cuaca mendung, gerimis sikit. Sabtu memang plan nak rehat and beli groceries je. Ikut kata owner apartment ni, memang ribut petir minggu tu but cuaca diramalkan bertambah baik that sturday onward. Alhamdulillah, tapi kitorang memang bawa raincoat poncho pun sbb dah baca ramalan cuaca awal2 lg hehe.

Apartment ni bukan in the middle surfer paradise yg hustle and bustle tu. Ni about 1.6km from the famous gerbang surfer paradise tu. Jauh ke? Bagi i tak jauh lah, kejap je i jalan kaki ke sana saje check  it out. Jalan kaki along trem line pun dekat je, 3 station je. We do jalan kaki banyak sebab lagi senang, lagipun semua laluan stroller friendly. Teringat ingat lagi ni, dah rindu pulak.









Thursday, December 25, 2014

Prequel Short stint in gold coast

Cekpen,s clan bercuti di gold coast selama 9 hari 10 malam. Kira shortlah kan sebab ujung2 rasa taknak balik mesia =B. Tapi memandangkan gaji cekpen dibayar dgn matawang ringgit malaysia, bukan AUD, maka kami sedar diri taknak melukut kat sana, ngeh ngeh ngeh. 
Saje letak gambar selfie mak incik sbb mak incik tengah feeling poyo dgn skin care baru pakai kurang sebulan. Ni kat airport lagi.
While waiting cekpen que check in kat kaunter.
Due to jumlah rakyat yg ramai, i kena packing banyaklah jugak baju dan food. Doa banyak2 boleh basuh baju kat sana sbb bawa baju cukup utk 2 cycle je. Stroller pun beli yg lain, ni sebelah tangan pun boleh spin, gila ringan. Pergi klia naik van sbb beg banyak sgt 😁
Since flight is at 9am, lepas subuh terus keluar. Memang plan nak makan kat klia sekali setengah jam tunggu makanan tak sampai, dan derang tak buat pun lagi. Terus banned old malaya kopitiam ni di masa depan. Pastu breakfast wrap yg terlampau healthy sampaikan budak2 ni tak habis makan.
Ye kedai belakang tu, kami banned forever. 
Eh lagi gambar diri sendiri ...masuk sini gaknye lagi kenyang.....sigh
Ok..encem ......





Friday, December 5, 2014

Cool Blog


Mencik aar skrg ni mcm tah apa2 update blog. Dulu ok je rasa nak citer apa pun, skrg mcm seriau pulak. Ni gara2 baca apa some people komen kat orang lain. People can be very negative n have way in words thats so destructive. Heran jugak sbb if i baca blog orang i taklah assume macam2. Awal2 dulu ye sbb zaman bengaplah kiranya but lepas tu tak lah. Setiap orang kan ada cara masing2, so kita yg baca ni tak tau cerita sepenuhnya tak payahlah take it seriously kan. Anggap aje as light reading. 

Anyway kitorang skrg tgh kemaruk dgn cool blog ni. Kat kampung ada jugak, kat pekan lah kan, dlm 15 minit dr rumah. Panas2 tu hah beli ni memang syok. Kalu kat puchong ni kena pergi giant bandar puteri, ada outlet kat situ. Kalau pergi spk singgah bukit jelutong, kat situ pun ada. Oklah rasanya bg i, banding chattime, i suka lg ni. But yg paling i suka tutti fruitti tapi mahal sangat lah tu. Nasib lah semua outlet yg reachable dah tutup semua, so takde temptation.


Thursday, December 4, 2014

Weekend di ayer baloi



Balik kampung weekend lepas. Terrorizing rumah wak sbb wak pergi melaka. Kitalah jadi landlord utk 2 hari. Maktok mcm biasa sihat sihat gitulah. Masa mandikan maktok, kaki betepek daki minyak =B. Tak sampai nak gosok sendiri katanya . Makan pun ok cuma tolak ikan or ayam. Takpelah asalkan makan.

Budak2 ni mati kutu tak tau nak buat apa. Bila kakak limah balik rumah barulah derang start main. Zafri siap tolong pergi beli nasi lemak pagi ahad tu. Best je kat kampung kan. Mama bz tak sempat ambik gambar ayah, mina n zafri gi kedai. 

Awish was busy chasing kittens. Mama letih dah nak cakap jangan bawak masuk rumah. Tunggu wak balik kasi sound sikit hah barulah dia nak dengar. 

Wak yg balik dari melaka bercerita about the event. Kesian tapi at the same time tergelak jugak. Hai lah macam macam budak sekarang. Agaknya dulu masa my time all my brothers aka wak2 ni pun rasa yg sama hehe. Harap derang tak simpan dlm hati hehe.




Wednesday, December 3, 2014

Monday, November 17, 2014

Weekend in Penang

Cekpen decided to bring the whole clan to Penang brige marathon after he had a lonely 3 days 2 nights stay in Jakarta marathon :). Of course budak2 ni suka kan and looking forward nak travel naik feri bagai. Tapi darwish demam dari hari rabu tak baik2. So malam jumaat jumpa doktor lg utk make sure its ok to travel n dapatkan ubat lagi 3 botol. 
Untuk make it more fun, we head out as early as possible. 7.15am keluar rumah, breakfast kat Azira. Seksyen 10. Spoiled rotten by the choice of food here. Mina tengah makan pun boleh pause sekejap sbb dia lupa ada sup and dia rasa menyesal tak ambik. Tamak =B. Tapau kuih utk makan dalam kereta. Zafri makan kuih seri muka instead of his oat manggo dates mix. Tak kisahlah kan, asalkan nak makan n kenyang.

Lunch kat kebun sawit Juru, ikan bawal goreng dgn sambal kicap. Me n cekpen nak skip asalnya sbb dah byk kali jugak makan kat sini kan, tapi since awish request, kitorang turutkan lah tekak orang demam tak selera makan kan. 
Sian awish, merayu-rayu, cakap dia dah sihat etc, but i tak bagi jugak dia terjun pool. Pool pun bukan nye best sgt so taklah rasa dia miss out that much. Kali ni demam lama so taknaklah nnt demam balik so terpaksalah keraskan hati.
Awish lapar masa tengok adik2 mandi kolam. Order ayam ni tapi tak habis pun, last2 mina and sarah yg makan. Kali ni awish punya selera makan mmg kurang banyak, start demam sampai skrg dia makan sikit je, manjang tak habis. Adakah dia akan kurus??!! =P.
12.30 malam tu cekpen dah keluar pergi ke marathon. Pagi2 lepas breakfast kitorang jalan2 kat beach. Masa balik a couple dari hong kong, dok perati kitorang, sarah masa tu selipar hanyut. Bila dah dpt selipar balik n kitorang gerak, they stop me and tanya boleh tak ambik gambar tak (after they asked how many children i have). They were impressed with our number which is 4, 2 boys 2 girls at that. I guess they feel lucky of meeting such a BIG family. Rasa kelakar pulak, masa tu i was thinking, kalau they jumpa my sil family with 11 children (selang seli boy n girl pulak tu), mesti derang fengsan =B.
Sunday at 11am camtu kitorang dah gerak balik. Rushing sbb lupa nak hantar kucing kat their hotel. So kucing2 semua duduk dlm cage without refill since saturday morning when we left them. Tapi sampai pun lewat jugak sbb berhenti makan n jem sbb hujan lebat kat hiway.

Sampai rumah hampir pkul 5, di sambut dgn tangisan mimi, comel dan kening. 

Now, dah monday morning and i'm still melekap dgn zafri depan tv T_____T. Nasib baik dah basuh sidai baju malam tadi. Supposed nak pergi pasar borong tapi macam ada gam pulak ni. Gam cap M.





Monday, November 10, 2014

Weekend di istana hinggap


Last week, i cadangkan utk overnite on toto after dinner kat spk. Actually a week or two week before that cekpen ajak, but i tak agree on having take away dinner sbb i foresee headache bila nak makan kat atas lantai dgn zafri, and few other reason such as too short notice! Cekpen was sort of pouting or merajuk, i donno =B, when i tanya how to go about that. He doesn't even want to listen to my reason :(.

So after contemplating and 'talk' to cekpen that the best way is to have dinner outside.  I pun bring over toto, bantal, and airbed earlier masa ada kontraktor datang repair bumbung. Sapu and mop lantai as much as possible (almost impossible to do that with zafri merangkak sana sini ). See, bukan simply jom tido spk, and that house ready by itself :(.

Saturday evening we bring their bicycles too. Awish ikutlah cekpen jogging sekejap. Mina and sarah main kat nearby playground lepas tu ronda2 naik basikal. Zafri having dinner sambil main swing.

I pulak dapat blister kat tangan sbb pulun habiskan menyapu, mengemop n cuci toilet yg sangat euwwww *muntah*.

Lepas maghrib, pergi makan kat bukit jelutong. Malam tu budak2 ni layan lego movie kat laptop. Zafri malam tak lena sangat sbb sakit perut kot, tido pun berak :(.

Pagi2 cekpen gi event 5km run toyota. Me and kids breakfast kat nearby mamak. Bolehlah harap sikit2 awish n mina utk take turn jaga zafri so that i can eat.
Lepas breakfast, mina naik basikal nak pergi swim sbb dekat je. Awish sukarela jalan kaki :) sendiri, while i terpaksa jugak drive sbb byk pulak nak hangkut jalan kaki.

Tengahari rushing balik sbb kesian kat kucing2 yg kena tinggal tu. 

Tak sabar tunggu cuti sekolah. I nak start jogging balik. Keliling tasik tu jogging track cantik so senanglah nak tolak stroller. Dah 2 tahun tak jogging, harap tak pancit lepas seround =B.

Friday, October 31, 2014

Anti cat scratch sofa cover

Fuhhhh
Berpeloh ketiak nak siapkan sofa cover ni. Pvc asal dah berlobang kena cakar dek kucing-kucing ,tu yg   gigih menjahit tu. Survey online tgk kalau tempah lebih seribu hengget tau nak buat 3+2 mcm ni. Mmg tak lah kan, beli pun tak sampai seribu takkan nak refurbish lebih melampau harga kan. 

So cari material langsir kat kamdar. Ada diskaun 50%, tinggal rm19.20 je semeter.  Guna 9meter altogether. Jahit tepi n beli zip tak sampai 20 hengget. Cuma nak siapkan makan masa. And kualiti sangat beginner . Bolehlahhh.


Tuesday, October 21, 2014

Dari dapur

October adalah bulan grill/ bake. Puding roti, potato gratin, mac n cheese, ayam golek, kambing tak golek (cutlet je), dan macam2 ikan bakar. Sebab bulan september banyak sangat makan tapau lauk kan, so bulan ni kira lepas geramlah. Dah tak ulang alik shah alam 2 kali sehari 5 hari seminggu, rutin kat rumah ni dah back to normal. Perasaan nak duduk sana makin meronta tapi kena saborrr lagi.


Hasil whatsapp dgn kawan2, no-bake philly cheese cake. Ni 2nd attemp. First attempt guna oreo base. Ni guna biskut marie, apa yg ada kat rumah lah kan. Buat jem stroberi buat topping. Bolehlah lepas kat tekak me n cekpen =B.