Monday, August 10, 2009

Tentang Maid

Kebanyakan kita selalu baca kisah maid yg boleh dikatakan menakutkan.
Tak termasuk lagi dengan video lah, berita dan blog2 yg menceritakan kejadian2 yg tidak di ingini yg berkaitan dengan maid ni.

For me, memang isu maid ni sesuatu yg tak boleh dipastikan. Sbb u takkan tau maid yg u hire ni akan kerja dengan jujur atau sebaliknya. Walaupun kadang2 dah bayar mahal2 kat agen, tetapi tiada guaratee yg maid ini akan menepati spesifikasi atau pun expectation kita. Walaupun kita dah sanggup membayar gaji yg lebih tinggi dari biasa.

Mendengar kisah seorang saudara rapat kehilangan maid utk kali ke berapa entah pun dah membuat saya seriau. Walaupun saya tahu spec atau expectation mereka tinggi tetapi itu bukan sebab utama. Pada pendapat saya kalau dah nasib tak baik dpt maid yg sengal, kita mmg tidak mampu berbuat apa2. Doa sajalah dia tidak mencederakan atau membawa perkara buruk yg lain terhadap keluarga kita, itu saja. Nak lari pergilah. Bagi saya lebih baik dia lari membawa perangai sengal daripada di rumah tidak tahu membuat kerja yg ditetapkan.

Alhadullillah maid saya masih belum keluar lagi perangai2 yg tidak elok. Kerja pun bolehlah. Saya tidak terlampau strict. Dia pun tidak menjawab bila ditegur. Saya jarang bercakap dengan dia. Dia akan berpeluang bersembang sakan bila saya bawa balik kg saya. Contohnya weekend yg baru lepas. Dia bercerita mahu bawa sarah pulang ke indon (saya dengar sbb saya tidur2 ayam je..tak lena lagi) pada kakak ipar saya. Dalam hati "berani kamu bawa sarah".

Dia sebenarnya bangga sbb ketika saya tiada di rumah seminggu, kesemua anak2 saya tenang dlm jagaannya. Tidak ada yg menangis atau bergaduh atau tidak mendengar kata hingga ke tahap kena makan penampar. Itu yg dia bangga sangat tu. Hmm saya kah sumber masalah di rumah???

Walaupun kadang2 saya tak berpuas hati dgn cara dia berkemas, tapi ia adalah lebih baik dari saya kena menyental sendiri kan. Kadang2 dia terlebih masak...takpelah blh makan utk lunch esok hari. Bila kemas toy dia akan main sumbat je...salah saya juga tidak menyediakan standard of procedure kan. Baju anak2 dlm drawer kadang dah bergulung2 (Sarah punggah), kadang saya yg kemaskan. Saya boleh berlebih kurang sbb sebenarnya saya rasa dia lagi penat melayan kerenah 3 orang anak saya. Kadang2 bila malam hari Sarah menangis tak henti dia jugak yg bangun tanpa disuruh, mentake-over sarah, dan bolehlah saya menyambung tidur.

Kalau saya tidur siang di-hujung minggu dia akan berhenti meng-iron baju, cadar, langsir segala. Dia akan jaga sarah sementara saya tidur. Tapi maximum satu jam setengah je. Lepas tu dia akan bebaskan sarah utk kejut saya ...pandai!.

Dia juga makan dlm kuantiti yg sedikit...i mean nasi banyak tapi lauk sikit je. Saya kadang berani tinggalkan 2,3 ketul sup tulang utk dia hehehe. Dan dia tak menjamah makanan yg pelik (selain nasi dan lauk) mcm nugget, burger, donut, pizza etc. Makanan anak2 saya pun tak pernah saya nampak dia makan. Roti gardenier, chiffon kek dah yg sewaktu pun tak jamah. Saya pasti sbb selalu jugak membazir, dah expired tapi tak habis lagi. Kalau dia pun belasah sure tak sempat expired kan.
Dia hanya minum kopi yg kadang2 saya lupa beli bila dah habis sbb saya a tea person. (ops bulan ni pun tak belikan dia kopi lagi..eheheh).

Itu je yg saya ingat. Kawan saya dah booking dah maid ni jika saya tak memerlukan khidmat dia lagi. Perlukah saya kenakan bayaran duit kopi?? T_T.
.
.
____________________________________________________

4 comments:

  1. ada juga maid yang baik camtu kan. tapi sebab ramai maid lain yg buat hal, terus kensel niat nak amik maid. tak berani tanggung risiko. :)

    ReplyDelete
  2. ainie- mmg risky. I 1st time ambik ok..alhamdullillah.

    ReplyDelete