Showing posts with label Pasal Maid. Show all posts
Showing posts with label Pasal Maid. Show all posts

Friday, September 17, 2010

Nak kawin?!!!

Maid : Kak saya mau cakap sikit boleh?

Me: Apa?

Maid : Saya ada kawan, tinggal di Seremban, ajak kawin. Saya mau tanya kakak dulu, boleh tak?

Me: TAK BOLEH!

Note: Dah le sikit punya nak tunggu mood nak update citer raya tak datang2 tetiba minah ni buat gempak plak...eiiii rasa nak kena sembelih ke?!!

Ada few more lines sebenarnya tapi malas plak nak taip...isk mencik tau!



Sunday, March 7, 2010

Nak handphone lagi?

Kitorang baru je belikan handphone kat my maid bbrp minggu lepas. Beli yg biasa2 je la ikut bajet dia (pakai duit dia bukan duit kitorang).


Tetiba semalam dia tanya boleh tukar tepon yg ada memori kad tak?

I cakap le rugi sbb kalau trade in, tepon dia tu tah tah 50 hengget jek kedai ambik.


Pastu tadi dia call i, semata mata nak bagitau tepon dia ni dah ada kawan sanggup beli, so dia mintak belikan jugak yg ada memori kad...isk..adehhh...


Haku pun tak pakai memori2 kad ni...sabor jek laaa..


Tu konpom nak simpan lagu dangdut...tsk -_-"


I nak warning dia sebelum belikan, dia cuma boleh pasang lagu dia tu time me n hubby not at home. Tak sanggup nak dengar. Mau hangus telinga nih... -_-" ah! ah!ah! tidakkkk!




Friday, December 4, 2009

Mommy down!

Batuk, selsema n demam. Pagi tadi lemah sgt, nak wat breakfast utk budak2 ni pun sampai kol 9. Dah le masing2 takmo coco crunch ke honey star ke. Tekak pagi2 nak nasik goreng, drummet, bihun, roti canai.

Sepanjang siang try call my maid to remind her esok dia kena gi airport balik sini. Tak dapat2. Pas maghrib call tekong dia kat sini suh call ke sana and inform. Pastu tekong ckp dah blh call ke sana. Masa i call maid tu ckp buat i sakit ati jek. Dia dok risau kat imigresen nnt kena tahan kata paspot palsu. Kena bayar 1.5mill rupiah kalau nak dtg mesia.

Seriusly mengarut. Kalau pasport palsu camna ko blh lepas balik indon, gi hongkong semer tu?

I letih nak pikir menda2 ngarut ni. If esok dia takde kat LCCT tu mmg nasiblah.




Monday, November 23, 2009

Hah ??!!! RM460 luggage???!!

Tetiba maid aku pakai tudung!
Anak2 ku yg tak dpt di kawal...pengsan kejar derang.

Terkojot beruk..beruk pun lg encem kot aritu banding muka aku, cekpen ngan maid.

Maid tu aku dah pesan jgn bwk byk barang..tp haku tak tau le apsal dia beli gak mcm2 kain baju termasuklah maggi, nugget, roti, sarsi nak bawak balik indon.

Kitoang lama dah tak naik airasia so tak baca betul2 lah terms berat barang. Masa booked tiket cekpen letak 15kg je. Smlm tengok2 >40kg..HAMBIK!!!

Kena top up RM460!!. RM20/kg extra.GILALAH.
Muka maid mmg dah mcm tempe lah..tak kose nak amik gambor dia dekat2.





Wednesday, November 18, 2009

Ye ke?

Maid baru jek cakap dia nye gaji ada lagi sebulan lom bayar.
Biar betul ko jah.

Malas aku nak ingat. Aku tunjuk akaun yg mmg cuma start bulan 9 baru ni. Duit bulan 9 ngan 10 dia dah amik.
Bulan 8 aku bg cash sbb cekpen tak sempat2 nak bukak account dia.

Boleh dia kata aku lom bg bulan seploh punya.

Heiii malas haku nak ingat balik weh.

Aku sound tepat jek...dulu aku dah suh wat akaun bank ko takmo.
Ari tu ada ura2 takleh renew permit kalau takde akaun. Aku guna alasan tu barulah ko agree nak bukak. Skrg baru padan muka ko ngan aku skali.

Mana ko nak ingat duit tu gi mana? Aku dah bayor lom? Camno???

Yg pasti aku nye expenses wajib tiap bulan gaji maid tu yg di dahulukan.

Mustahil aku tak bayor lg!

Nyampah!




Monday, August 10, 2009

Tentang Maid

Kebanyakan kita selalu baca kisah maid yg boleh dikatakan menakutkan.
Tak termasuk lagi dengan video lah, berita dan blog2 yg menceritakan kejadian2 yg tidak di ingini yg berkaitan dengan maid ni.

For me, memang isu maid ni sesuatu yg tak boleh dipastikan. Sbb u takkan tau maid yg u hire ni akan kerja dengan jujur atau sebaliknya. Walaupun kadang2 dah bayar mahal2 kat agen, tetapi tiada guaratee yg maid ini akan menepati spesifikasi atau pun expectation kita. Walaupun kita dah sanggup membayar gaji yg lebih tinggi dari biasa.

Mendengar kisah seorang saudara rapat kehilangan maid utk kali ke berapa entah pun dah membuat saya seriau. Walaupun saya tahu spec atau expectation mereka tinggi tetapi itu bukan sebab utama. Pada pendapat saya kalau dah nasib tak baik dpt maid yg sengal, kita mmg tidak mampu berbuat apa2. Doa sajalah dia tidak mencederakan atau membawa perkara buruk yg lain terhadap keluarga kita, itu saja. Nak lari pergilah. Bagi saya lebih baik dia lari membawa perangai sengal daripada di rumah tidak tahu membuat kerja yg ditetapkan.

Alhadullillah maid saya masih belum keluar lagi perangai2 yg tidak elok. Kerja pun bolehlah. Saya tidak terlampau strict. Dia pun tidak menjawab bila ditegur. Saya jarang bercakap dengan dia. Dia akan berpeluang bersembang sakan bila saya bawa balik kg saya. Contohnya weekend yg baru lepas. Dia bercerita mahu bawa sarah pulang ke indon (saya dengar sbb saya tidur2 ayam je..tak lena lagi) pada kakak ipar saya. Dalam hati "berani kamu bawa sarah".

Dia sebenarnya bangga sbb ketika saya tiada di rumah seminggu, kesemua anak2 saya tenang dlm jagaannya. Tidak ada yg menangis atau bergaduh atau tidak mendengar kata hingga ke tahap kena makan penampar. Itu yg dia bangga sangat tu. Hmm saya kah sumber masalah di rumah???

Walaupun kadang2 saya tak berpuas hati dgn cara dia berkemas, tapi ia adalah lebih baik dari saya kena menyental sendiri kan. Kadang2 dia terlebih masak...takpelah blh makan utk lunch esok hari. Bila kemas toy dia akan main sumbat je...salah saya juga tidak menyediakan standard of procedure kan. Baju anak2 dlm drawer kadang dah bergulung2 (Sarah punggah), kadang saya yg kemaskan. Saya boleh berlebih kurang sbb sebenarnya saya rasa dia lagi penat melayan kerenah 3 orang anak saya. Kadang2 bila malam hari Sarah menangis tak henti dia jugak yg bangun tanpa disuruh, mentake-over sarah, dan bolehlah saya menyambung tidur.

Kalau saya tidur siang di-hujung minggu dia akan berhenti meng-iron baju, cadar, langsir segala. Dia akan jaga sarah sementara saya tidur. Tapi maximum satu jam setengah je. Lepas tu dia akan bebaskan sarah utk kejut saya ...pandai!.

Dia juga makan dlm kuantiti yg sedikit...i mean nasi banyak tapi lauk sikit je. Saya kadang berani tinggalkan 2,3 ketul sup tulang utk dia hehehe. Dan dia tak menjamah makanan yg pelik (selain nasi dan lauk) mcm nugget, burger, donut, pizza etc. Makanan anak2 saya pun tak pernah saya nampak dia makan. Roti gardenier, chiffon kek dah yg sewaktu pun tak jamah. Saya pasti sbb selalu jugak membazir, dah expired tapi tak habis lagi. Kalau dia pun belasah sure tak sempat expired kan.
Dia hanya minum kopi yg kadang2 saya lupa beli bila dah habis sbb saya a tea person. (ops bulan ni pun tak belikan dia kopi lagi..eheheh).

Itu je yg saya ingat. Kawan saya dah booking dah maid ni jika saya tak memerlukan khidmat dia lagi. Perlukah saya kenakan bayaran duit kopi?? T_T.
.
.
____________________________________________________