.
.
Semasa melompat (katak) blog…jumpa ini..
Suka benda2 yg mengingatkan diriku yg tak (byk) berwang ni…
Komen saya ##…
1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan.
Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan. Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda.
Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang. Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.
#Selain dari gaji…janganlah malas utk membuat claim (aku le yg malas claim tu). Ustaz Fadhilah Kamsah kata kita tak boleh suka suki buat calculation sendiri, itu mmg hak kita kena claim lah.
Jadi, kalau kita dah keluar duit travel isi minyak bayar tol utk urusan kerja, kenalah claim balik…Jangan malas.#
2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)
Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul. Anda perlu bajet walaupun pendapatan anda adalah beberapa ribu atau beratus ribu setahun.
#My portion (hubby hulur) utk urusan rumah dan pendidikan adalah fix. Tolerance dlm $100-$200 je. My salary, yg ni kena jaga sikit…salu terlajak perahu…huhu..bila last masuk ASB yek??? Lufer dah …lama sgt le tuu..#
3. Lunaskan hutang kad kredit secepat mungkin
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang yang BESAR! Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Datuk Dr Hilmi Yahaya – Tahun 2004 - 1,397 pemegang kad kredit di isytihar muflis, 1,152 dalam 2003 dan 1,117 dalam 2002. Angka setiap tahun kian meningkat. Terdapat 150,000 bankrap setakat Februari 2005.
#Belum pernah kena declare bankrupt…hish…dijauhkan lah ye..insyaallah bulan 7 or 8 ni boleh guna satu jek…consolidate semua phone bill n insurance kat satu card…takyah susah2 gi withdraw pi bayar kat CDM…bahaya woorrrr…snatch thieves bersepah…#
4. Mencarum dalam pelan persaraan
Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja. Buka akaun dengan KWSP hari ini jika anda masih belum berbuat demikian.
#Ada…ni std…tp tak cukup kan..kan kan…#
5. Menabung
Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 5 peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun berbeza.
#ye…5 ke 10 %...hmmm
Ok…errr ..kalau top up ujung taun boleh tak…let say bulan2 ada miss kan..pastuh ujung taun cover lahh…boleh?#
6. Melabur
Pastikan anda membuat pelaburan – jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim pesaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan dan saham amanah.
#Baru wat bulan January…public mutual…ciput jek… pastu invest yg dr kwsp acc 1. Utk anak2..sorang 100 je..Every month dpt statement tp tak paham…huhuhu…#
7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja
Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja seperti KWSP. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.
#Saya masih contribute yg 11% tu. My employer err…lupa arr tp yg wajib je le takde lebih pun.
My other half much better..I think he get 17% from employer…hmm#
8. Semak liputan insurans
Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.
#Insurance wajib semua dah ada…mmg sgt2 berguna. Dulu buat open chest surgery utk remove tumor cost me 17K..sib baik ada insurance…phewww!#
9. Kemas kini wasiat
Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 90 peratus warga Malaysia tidak mempunyai wasiat. Masalah besar ialah tahap pemikiran yang beranggapan jika tulis wasiat hari ini, esok akan mati. Sebab itu masih ramai yang tidak membuat wasiat.
#hmm..ayah if you read this…we must do this ok…we’ll never know when is our time…we must protect our kids future…w/pun kita takde reta mana pun..wasiat will ease the process if….we no longer here…#
10. Simpan rekod kewangan dengan baik
Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu. Contoh yang baik adalah resit untuk pembelian buku-buku di mana pemotongan cukai dibenarkan.
#Tang resit tu yg salu kantoi…ok..disiplin disiplin disiplin..Eh..taun depan dah leh rebate duit computer rasanye…hihi..mcm nak yg comel2 tu je..#
No comments:
Post a Comment