Monday, June 15, 2009

Journey to AnCasa Allsuite Resort & Spa

.
.
Bersedia untuk membaca karangan panjang, 3569 patah perkataan. Tak caya? Kiralah! T_T.

Destination
Ancasa Allsuite Resort & Spa, Port Dickson Nogori Sembilan
Overall…still sgt best walaupun dah lost count dah pegi PD ni.
W/pun air dan pantainye takdelah putih biru hijau, dan takde coral2 utk di tatapi (mak laki bini bukan reti pun snorkeling bagai) tp untuk jarak perjalanan yg sgt pendek dah tidak memenatkan ni…kira sangat bolehlah.




Preparation
Pagi sabtu tu as early as 5 kot, Sarah dah bangun cam biasa…( n mama sambung tido huahuahua).
I pun suh maid goreng nugget, drummet, chicken ball n bihun utk breakfast dan bawak pegi beach.

Lepas siap packing bersilat, bertempik, berasuah, menangis, meraung, semua around 10.45 baru le bertolak dgn hati ayah yg agak tak berapa nak masak sebab dia tak tau apa yg dia lupa buat sebelum kuar rumah…(mama said kalu menda boleh beli takpelah..karang beli jek kat PD…fenat nak ingat le).


Journey
Kitorang ikut jalan lama, so dari Puchong, menghala ke Putrajaya, terus lagi mcm nak pegi KLIA, kat roundabout yg pegi F1 tu (kalu ada vavi evo or myvi evo race2 sebelah korang tu dah betullah jalan tu) , ikut situ, pastu terus ikut signboard Sepang. Boleh nampak “Bandar Enstek” kat bukit depan traffic light .. pastuh kiri…terus sampai le nampak Port Dickson nye signboard kat traffic light Sg Pelek nye town.
Nanti lalu kat Ladang Khinzir yg pemes tu ..Bukit Pelandok…and Ladang L.B.J ..ada kuil hindu yg meriah…terus lagi…terus je ikut signboard PD.
Nanti sampai le..lepas lalu traffic light yg tah ke baper tah…makcik lost count lah…
Map ni tunjuk ikut hiway...kitorang ikut sg pelek tu nampak tak? ikut tepi pantai.

The Beach
Since sampai PD around 12…cuaca lak agak manja2 tak terik sgt (jerebu le wei)..kitorang terus amik port kat Telok Kemang..ala yg byk gerai tu le..and sgt bernasib baik kerana memperoleh tempat parking kereta terdekat sekali dgn pantai…

Korang ingat tak citer mat saleh salu kat beach tu kan ada payung berderet2 seragam (cantek kan seragam)….kerusi beach …pastu atas table kecit ada Orange Juice yg berais dan meleleh2 kat gelas tu …n gelas tu pulak pun ada payung kecit n sepotong orange lekat kat mulut gelas tu kan?
Pastuh mat n minah saleh pakai 2 piece ber-sun-tanned…..sambil sapu2 sun-block…ingat tak para pembaca budiman semua?

Korang tau tak sekarang dah ada menda ni kt PD….satu payung ada 4 kosi dan satu meja.
So korang berlonggok le piknik bagai kat situ…toksah le bawak tikar kemah bagai tu..wat semak keta je…yang penting ongkosnya ya bapak2 sekalian. Sediakan Rp72,124.27 atau pun RM25.00 per spot….utk sewaan sepanjang hari…dijamin anda puas berjemur menghitamkan kulit yg dah coklat gelap …ngeh…punggahlah periuk belanga anda di sini, dan nikmatilah juadah masakan yg anda dan bini dah berhempas pulas masak pada pukul 4 pagi tu ye….dan biarlah anak anda bermandian sepuas hati…supaya senang untuk anda ugut mereka “ kalu tak buat homework, no more beach holiday for you”..huahuahua…

Seterusnye sila tatapi gambar beach party kami sekuarge. Awish mmg ada spell out “ Beach Party at Port Dickson” tapi tak nampak le pulak dlm gambar. Korang agak2 je lah ye gambor yg mana satu dia tulis tu.

Kitorang blah after 3pm…nak check-in and horay2 kat swimming pool pulak…. Eh rugi pulak ye…3 jam jek kitorang lepak sini…so uols…kalu nak berbaloi RM25 tu..korang sampai subuh ok…sebelum lalat bangun gitu…n balik sebelum mat rempit merempit..bahya.

Eh lupa lak nak citer pasal budak2 ni. Yang paling champion Dhia Maisarah…ye budak yg tak baper sihat, separa demam, batuk muntah2 je keje dia kan. Sarah tak mo duduk pun kat payung yg kemain mahal bapak dia sewa ni…she’s always wandering at the beach or berendam dlm air masin tu… mmg sgt tak tak tahan mak tgk kulitnye yg dah terbakor …gelap teros oiii…..turun lah saham anak mak ni…
Takpelah yang…hitam pun manis..mcm kicap manis kan.
Awish..lambat sikit warm up…tp after an hour he’s start to play with the water…happy gila …dia otomen…ombak tu monster…get it? Sila rujuk gambar.
Mina…oooohhh dia ni sgt tak …emm tak tau nak umpamakan apa. Semua nye mama…yg kena buat or teman…hatta nak pi amik air laut utk siram bunga imaginasi tu pun mama yg kena escort…dia ni yg rekod ‘terbaik wok’ setakat ni…


Paling kuat menangis, merengek, meraung sebelum pegi, semasa masuk keta, dlm perjalanan dan sepanjang masa di pantai…tahap kesabaran mak nasib baik tak lenyap sbb dia sorang je wat hal. Kalu 3 org wat hal…korang dok lah kat beach ni ngan ayah n kakak ja kesayangan tu…mama balik umah tido lagi best.

The AnCasa Suite and Resort Pool
Sangat tak boleh blah….(mcm tu ke guna klise ni? Ampun mak dah tua..dah tertinggal dah slang orang muda2 ni)…maksud nye di sini…sangat puas hati lah.
We took a family suite…2 room+ 2 bath and ada kitchen...finggan mangkuk semua ada.
Simple interior, tak semak and color pun santek.
Hall dan TV sangat besar . dining table pun ado…
Tak sampai setengah jam, kitorang dah terjun berendam kat swimming pool pulak.
Pool biasa tapi sebab ada slide …jadik luar biasa. Sbb kanak2 mmg suka slide….ada 3 kids pool….konpom ni persinggahan percutian utk kuarga bahagia…

Ada Bali Spa (mak takde can nak spa2 bila bersama kuarga ceria ni…tgk katil spa je lah ye )…landskap pun canteklah..sukaaa! Volleyball court dan assembly land yg sgt besar… seswai utk activity family day (Kompeni mak jgn mimpi lah nak berfamily day tmt cenggini…)



Lepas berhoray2 kat pool, dlm kol 6ptg sambung horay kat pantai lagi….awish mina n ayah. Mama order dinner (gila tak lunch pon kitorang, tak sempat, dok meratah nugget, drummet jek, tau2 dah dinner time, order nasik goreng n sup sayur utk sarah. Tp sarah tido le plak so tapau sup n nasik utk dia.

Mlm tu tinggalkan derang kat suite, me and ayah gi round carik coco crunch dan sos cili utk mina (apa ke hei nak sos cili pulak dak ni).
Sambil tu kitorang makan lagi kat kedai Jimat….tak tau apa nama kedai ni sebenornye…
Carik kerang bakar takde le pulak …dpt siakap bakar je..bolehlah..
Sampai bilik derang dah kaput kepenatan.

Esok sambung lagi lepas breakfast, dari pukul 8.30 sampai kol 10.30 berendam kat kids pool lagi. Yg ni jauh sikit , tgk dari view atas boleh nampak ada satu lagi kids pool yg terpisah dari yg lain. Sarah tak join dah sbb dah demam balik…takpelah sabtu Sarah dah pulun cukup2. Ayah n awish sambung kat beach sampai kol 11.30 kot.

Kol 12 check-out…habis beach party holiday darwish n mina…back to school on Monday. Alhamdullillah semua happy w/pun budak mina ni gembeng gila.
Penat but enjoy… Pertunjukkan 'synchronize swimming' pun ada.
Boleh bagi seal makan jugak

Click for more picca ya

Till next vacation…hmmm bila ye? Ujung taun ke?


3 comments:

  1. Salam along..wahh sronok anak2 ko.. AnCasa tu cam best je..pd kat mana?

    ReplyDelete
  2. PD dekat telok kemang..dekat je ngan public beach

    ReplyDelete
  3. PD dekat telok kemang...dekat public beach tu

    ReplyDelete