Friday, June 19, 2009

Kau menyulitkan kehidupan kami


Kedatanganmu tak diundang ...tetapi posmen tetap memasukkan kamu ke dalam peti suratku.
Haih..tidak cukupkah yg kami berikan...nak lagi?
Taukah kamu jika kami simpan duit itu tiap2 tahun...pasti kami dapat menghantar anak2 kami belajar di tempat yg bagus malah mungkin ke luar negara tanpa perlu sibuk2 meminjam duit PTPTN dan segala bank?
Bukan kami tidak mahu bayar...kami rasa kami dah membayar sgt banyak! Malah zakat pun tidak meminta sebanyak yg kamu pinta.
Lebih baik kami berikan semua ke rumah anak yatim..pasti lebih berbaloi..tetapi kamu hadkan itu jugakan...berapa peratus sahaja rebet yg kamu benarkan?
Hati kami berat sebab kami sangsi....sangsi dengan apa yg bakal kamu lakukan dengan jutaan wang ringgit rakyat marhain seperti kami....yg tidak susah tetapi bukan senang.
Suka suki sahaja kamu menaksir...kami makan gaji ...berhempas pulas..memerah otak..menangani tekanan yg kadang2 bakal menggugat kewarasan otak.
Walaupun kami akan menambah tuntutan itu..tetapi ketahuilah....kami bukan semuanya CEO bergaji 5 angka, memandu kereta mewah. Kami rakyat biasa seperti kakitanganmu juga, terkial2 membayar ansuran rumah dan kereta....hatta menahan diri dari berlebih-lebihan kerana kami tidak punya wang banyak. Baru nak lebih sedikit kamu dah mintak....
Puluhan ribu kamu minta dari kami...dan yg seperti kami..tetapi kamu tetap menyuruh kami membayar pendidikan anak2 kami...tadika kemas pun kamu tak bagi kami masuk.
Hospital pun kami masih perlu membayar bukan? Tol, cukai pintu, cukai tanah, mana ada yg percuma? Lepas ni apa lagi yg kamu mau? Tapak rumah kami pun pajakan saja bukan?
Apa lagi? Bila kami tua esok kamu mau berikan bantuan apa? Bila kami sudah tidak mampu bekerja, apa yg boleh kamu buat? Kamu carik anak2 kami pula bukan?
Yang sangat kaya kamu biarkan....mereka berhelah kamu tutup mata.
Come-on lah.....takkan kamu tak nampak...
Sibuk bergaduh sana sini, berbeza pendapat untuk periuk nasi sendiri....haih....nak muntah lah...uweekkkkkk!

4 comments:

  1. saya sangat setuju ngan akak..memang menyusahkan jer..banyak lak tuh depa nak..hmm...

    ReplyDelete
  2. kita pulak terpaksa berjimat bagai nak rak sbb nak bayar tax...kita kais bulan2 bukan puluh riban pun ..tu yg tak tahan tu

    ReplyDelete
  3. sabo je la ti, kalu buat2 x nampak boleh ke?..sbb, mcm aku kan dr mola2 kerja sampai la nih..x penah bayo sesen pun kat depa hatta mengisi borangnye..wallahua'lam..

    ReplyDelete
  4. kalau mmg tak penah ada fail bolehlah. Tp mcm kitorang kompeni dah wat kan...so mmg rekod tu dah ada...nak escape pun payah.

    ReplyDelete