Friday, September 4, 2009

Thai Odyssey

Setengah jam di Thai Odyssey, rasa taknak balik.

Syoknya orang urut kaki...lama dah tak pekena.



Heaven sungguh....aaahhhhh




Cerita anak2 saya

Cerita di sini.

PS: Takde idea..................



Thursday, September 3, 2009

Maxi & Tunic Madness

Nampaknya masih belum hilang lagi addiction yg satu ini.

Selain dari kedai2 kat tepi blog ni, brochure2 yg sampai melalui snailmail pun boleh menggugat jiwa.
Sapa nak pegi Isetan angkat tangan! Nak kirim tunic kat atas ni. Cap avenue. *Gigihnya scan brochure lagi tu*

Ni maxi dari Missallysya. Cantik tak? Masalahnya yg di order minggu lepas lum sampai lagi. Lupa pulak order ngan sapa. Takkan nak order lagi satu..isk! isk!






Wednesday, September 2, 2009

Bayar Fidyah

Legaaa......
Selesai sudah melangsaikan hutang2 puasa .....maka lengkaplah bila hari ini saya pergi membayar fidyah juga.
Korang pernah tak, tak sempat mengganti puasa?
Hehe...I punya was for year 2006 and year 2007.

Total kena bayar is RM180.25....phewww sib baik tak tangguh lagi...
If kita terlupa bayar amount tu akan berganda tau...

Tau tak bila kita kena fidyah??

Kejap ye I cari explanation kat pakcik gogel nih.

Ok ni i copy paste sikit:
##
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya. Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerasa puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
##

Untuk keterangan lanjut boleh klik sini--->>e-zakat

Ok kawan2 jgn lupa...simpan lama2 nnt beribu riban jadinya.







Doa

Doa apa yg korang hafal???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
I hafal doa makan je....adehhhhh..
.
.
.
.
.
.
.
Sadis!




15 to 5

Hari pertama....bonus terhebat ...mmg mcm mega sales...tak muat.
Sampai ke luar kawasan...tingkat atas pun occupied.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari ke-10...I tak tau sebenornya apa bonus yg ditawarkan hari ni....tapi lengang....kosong.
Agak senyap dari riuh rendah suara kanak2 ingat playground gak eh...
.
.
.
.
Dari lebih 15 saf (wanita sahaja) pd hari pertama, hari ni tinggal 5 saf...
.
.
.
.
Mina ikut for the first time.....sudahnya orang terawih dia golek2 atas sejadah..hmmmm



Tuesday, September 1, 2009

Over

Pagi tadi sbb takut sampai lambat..I keluar rumah pukul 7.15.
Sampai ofis pukul 7.30 ....punyalah awal.
Tunggu punya tunggu...pukul 8.30 baru orang datang..
Dek kerana bosan sebab sampai awal sangat..camwhore le kiterrrr..


Tp sekeping jek....buang masa melayan hot.fm le saya.



Bekerja Tanpa Internet

Bolehkah anda bekerja tanpa talian internet?
Tidak dapat berbelog.
Tidak dapat membaca belog.
Tidak dapat berfesbook.
Tidak dapat berskype.

Bolehkah?
.
.
.
.
.
.
.
.
Setelah bagaikan cacing kepanasan tidak dapat online dari pagi2 buta....
.
.
.
.
.
.
.
.
Rupanya WIFI old white coffee blh cover sampai opis baru saya...saya terperasan masa pukul 12 dah kot..

Hua
Hua
Hua
.
.
*gelak setan sikit*

Apa lagi...iphone saya terus bernyawa...dan bermulalah sesi gelak sengih sorang saya.
*under control la tapi...nak mampus..kang apa plak kata opismet baru saya kan*



Tapi still tak dpt mereply komen...sbb button comment tu tak berfungsi pulak dr iphone ni.

Pekehal tah..malas nak godek template ni..so komen2 akan direply belah malam lah ye..

Sib baik mommyct tak femes..hihi

Oh ye...saya kan dah pandai wat schedule published entry kan..so harap maklum le...kalau ada entry kuar siang2 hari tu ...mmg saya dgn gigih menaip waktu malam....huaarghhhh!

Mina 4th Birthday@CEC

Genap 4 tahun umur Mina pada 30/8/09.
Since jatuh pd bulan puasa dan cuti sekolah, 1/9/09 barulah dia dpt celebrate dgn classmate dia.
Hopefully she'll be happy today.

PS: Mommy doa Mina tak gembeng lagi....dah besar lahhhhh!


New Journey Begin

Report duty today 8.00am, 1/9/09.
Bismillahirrahmanirrahimmmmm...
Ya Allah Permudahkan segalanya bagiku...