Showing posts with label Aku mencik. Show all posts
Showing posts with label Aku mencik. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Up

Netbook eh kena virus. Tak boleh masuk windows. Dah godek2 tak boleh jugak. So tadi format sudahnya. Start from zero balik le.

Monday, May 23, 2011

Baru nak bersenang

Sarah dah ok sikit..takdelah cirit teruk sangat. So pagi tadi setelkan hal2 kedai, balik masak semua n suap sarah brunch terus.


Pastu sms tenant utk remind dia to bank-in rental n utilities bill. Tetiba dia reply cakap nak jumpa..adeh. Takkan dah give-up baru 2 bulan bisnes?


Letih le kalau dia nak keluar, kena cari tenant baru pastu buat aggreement baru...dah le aku manjang duduk spital. Cabaran betul lah..aku dah usaha nak bersabar dgn keadaan sekarang ni, so kalau boleh taknak lah ada masalah tambahan. Tak sanggup dah rasa nak tambah pening penat semua ni.


2,3 bulan lepas aku nyaris nak letgo je laundry ni sbb pening nak uruskan logistik bebudak ni dgn sarah kat spital. Tapi rezeki time tu, dapat tenant tu cepat so aku hold dulu. Infact ada buyer dah pun and aku bgtau orang tu aku tak jadi jual. Kalau tenant ni keluar mmg menyesal le aku....haih.


Dah le pekerja aka maid ni nak balik cuti sebulan raya ni...aduii pening lagi. Kalau dah takde urusan hospital takpe gak....ni kalau still kena follow up tetiap bulan, pastu takde replacement worker...masaklah aku.






Thursday, March 3, 2011

Again....


Credit to pakcik google
Somebody break his promise today. sigh.
Not sure if i can take another bad news......so much coming in a such a short time of 2011.

I'm trying so hard to keep up....yet one after another pulling me down.



Saturday, February 19, 2011

hmmm...mulut puaka

See..dah 4 hari aku ni kena duduk spital. Tahap kesabaran tu harap maklum le, memang kalau boleh janganlah dijentik...sbb silap haribulan rasa nak terjun ni (nasib la kalo 2 tingkat je pun).

Nak dijadikan cerita, aku naikkan notis utk sublet half of the laundry shop sbb yg current tenant tu nak pindah. So ramai le yg telefon, and yg mula2 telefon tu confirm nak sewa. Tapi aku still amik nama n keep no tepon orang2 yg call selepas tu, as back-up, kalau2 that lady tu tetiba cancel.

Tadi ni hah ada lah sorang mamat telefon n tanya sewa berapa. Aku pun cakap la sekian-sekian. Dia tanya sewa satu kedai brapa. Aku pun jawab jugak. Lepas tu dia byk cerita bgtau aku kedai yg depan sana lagi murah. Aku jawab, mana ada murah, sana kan ke sewa dah above 2k.

Boleh pulak dia jawab balik, "sana mmglah rega camtu sbb sana ramai....kat sini mana ada orang ....HANTU RAYA JE BANYAK..."

Dalam hati aku "apa ke cilaka sangat mulut kau macam puaka bapak segala hantu raya"...dalam hati je lah.

Lepas tu aku malas nak cakap apa, aku terus "oklah"..dgn nada aku tak hingin nak bg sewa kat orang mulut puaka mcm kau.

Nasib baik dia paham lenggok bahasa aku yg nak muntah tu, dia cakap kalau dia jadi nak sewa nanti dia call...

hmmm...iyo lah tu.

Walaupun kedai aku baru idup setaun, tapi alhamdullillah kedai aku tu hidup lagi tanpa bantuan dari poket aku sangat.

In fact ujung tahun lepas aku dah survey kedai lain, sbb ingat nak expand by buying over esixting laundry, aku cari yg location "ramai orang" bukan "banyak hantu raya", tapi keadaan kedai2 tu sungguh menyedihkan. Dah macam lalat pun tak nak masuk kedai..paham dak? Ngeri aku pikirkan kos2 yg nak ditanggung, dan dah semestinya harga yg derang tawarkan tu langsung tak padan dgn sales derang. Kat Bandar Kinrara ni pun ada satu baru bukak, nampak canggih, cantik....tapi dah lama aku tengok pintu kedai tu tutup je.

See....kadang2 bukan semestinya tempat tu ramai orang, semua orang2 tu akan masuk kedai kita. Kadang tempat yg ko kata banyak hantu raya tu lah yg lebih terjamin pendapatannya.



Thursday, August 5, 2010

Bajet raya..korang adooo???

Hmmm..korang dah buat bajet dah utk raya taun ni?

Eh sebelum citer bajet raya, korang dah habis ganti puasa belum? Ke ada yg tengah pulun straight sampai habis Syaaban? I dah setel ok, so boleh kerek skrg dan buat bajet hari raya wakakaka...:D.

Sebenarnya td baca blog orang yg dah buat bajet, pastu baru teringat pasal menda2 persiapan raya. Ye la aritu pi beli baju kurung, baju melayu tu kan tetiba je, sbb cekpen ajak, kira tak plan la. So bila baca blog orang tu, barulah teringat menda2 lain yg perlu dan tak perlu di consider.

1) Baju raya official - setel

2) Baju raya biasa - utk budak2 je kot. takpe ni bapak derang setel.

3) Kuih raya - perlu tak? Utk bawak balik kampung je kot.

4) Langsir - emm nope. recycle.

5) Perabot baru -emmm nope. basuh apa yg patut.

6) Duit raya FAMA - seyes tahun ni i pening...i takde sumber pendapatan lg huhuhu.

7) Duit raya anak buah - mintak mahap le anak2 buah ku. Mak usu korang ni kalu boleh nak mintak duit raya balik dah ni...kronik kering.

8) Tol, minyak balik kampung - maap takde hulur bantuan tahun ini utk balik pontian. Cekpen kena fully subsidised.

9) Jamuan utk tetamu - ada ke orang nak beraya umah I?? Murtabak Maggie boleh? Biskut lemak cicah kopi pun sedap kan. Dah hari2 makan rendang ketupat kita tukar menu.

10) Apa lagi ???

hmmm...apa2 pun, tahun ni ala kadar je la jawabnya. Cut cost.

Yg penting.....or yg paling i risau ni, pasal bulan puasa sebenarnya. I dah plan baekkk punya nak buat kuih2 utk buka puasa, takmo beli kat bazar. Dah siap beli segala mak nenek tepung yg di perlukan.

Tapi kalu i kena jaga kedai ni hari2, camno?? Macam ke laut jek planning kuih i tahun ni. :(

Dah terbayang bibik buat makanan tah apa2...huhuhu



Bila nikmat di tarik balik

Terpikir...apa silap? Apa yg salah?

Bila otak tengah waras, I tau it's not my fault. I mmg dah tau ini antara disadvantage or risk ambik pekerja tempatan, errr yg tak tempatan pun ada mcm2 masalah. Apa yg dah jadi ni beyond my control. It's her family matters. I tak boleh nak buat apa pun.

Bila otak tak waras....i keep on thinking "why? why? why?" Baru je aman 2 bulan. Selesa. Gembira. Tiba-tiba semua tu di tarik balik.. and i have to search for a staff again. Yang ke-5!

Ya Allah kuatkanlah semangat ku..... :(



Wednesday, August 4, 2010

Thursday, July 15, 2010

Tumbuh tanduk??!

Semalam merupakan pengalaman puasa paling tak boleh dilupakan. I tersangat lah letih dan pening kepala yg sangat teruk. Tapi tahan jugak nak habiskan.

Asal berdiri lama sikit je nak pitam, menggeletar, jantung pulak semacam jek beat tak menentu.
Dalam pada tak larat tu, at 6pm dapat jugak gentel kuh buah melaka utk buat berbuka. Tapi suh maid parutkan gula melaka and dia sambung gentel sampai sudah sbb i dah tak larat sangat nak diri lama.

Lepas maghrib,Mina tolong urut kepala, badan, kaki tangan 100x hehe. Lepas tu i mcm perasan Mina and Sarah golek2 atas I tp tak larat pun nak suruh derang stop. Terus pengsan dan terlepas CSI jugak.

Pastu pukul 2 lebih pagi tadi tersedar sebab perut sakit...sakit sebab lapar sangat-sangat. So dengan mata ngantuk, gi dapur, makan buah melaka 4 biji. Lepas tu solat isya'.

Sambung tido.

Pagi tadi cekpen kejut before dia gi kerja. So masa amik air sembahyang, ternampak sesuatu di dahi.


Sambil belek - belek muka , I nampak sesuatu yg dah lama tak muncul. Lama tu ada la dlm 3 minggu. Lepas buat facial 3 minggu sudah, I rajin pakai toner and moisturiser before tidur. Jadi 'penyeri wajah' ni dah tak muncul. Kalau ada hint2 nak muncul pun , bila malam pakai toner and moisturiser, mesti esok pagi bengkak tu hilang. Tapi semalam tak buat sbb dah tak larat sangat




Tapi pagi tadi 'penyeri wajah' tu dah keluar!!!! Walopon belum 'bermata' , baru bengkak2 sikit, tapi memang nampak merah dah. Yg paling best, tepat kat tengah2 dahi!!!!

Dah le ada wedding weekend ni...mencik aarrr!!!!
Tanduk kuar sesuka hati camni...uhuk!!




Monday, July 12, 2010

Twin

Orang kata kalau twin, derang boleh rasa apa yg kembar dia rasa kan.

My case pulak, kalu cekpen tak happy...i pun akan otomatik tak happy.



Monday, July 5, 2010

The Coded Picture

I was in the process of swapping my Tango to Neverful.....along the way, I requested the picture of the Production code, or batch code (whatever they called it).

Dalam sibuk2 pagi tu, at 1.30pm, dapatlah I view the picture. Just to ensure it's not a fake, I forward it to a friend who within minutes replied that she saw the same photo on the net, earlier that morning (which I yg mintak tolong to check it out about the code thingy).

Ini gambar from the buyer/ swapper?
Filename: datecode [1]
File size: 79.2KB


Ini gambar from the net...
Filename: datecode
File size: 79.2KB

source http://deluxemall.com/louis-vuitton-authenticity-tips/3073-does-lv-neverfull-come-tag-serial-number.html
dated 2009...


The buyer tu bgtau that dia ada bg gambar kat orang lain ,2,3 weeks earlier, but based on deluxemall dah guna the same picture in 2009, dah sah2 le ni gambar copypaste kan. Takkanlah boleh amik gambar sebijik camtu...

Terus sms buyer tu, I cancelled the deal. Sia2 je bag aku yg ori tu karang terswap dgn fake...rugi makcik

Tuesday, June 29, 2010

Hahaha Good For You

Pagi ni ada 3 kes kesalahan pemandu lain yg buat I bengang.

Masa nak hantar Mina tadi, mula-mula ada satu Alphard overtake 4 biji kereta dan sebuah lori. Dia ni selamba je makan jalan kita yg from the opposite direction ni. Bukannya nak masuk lane dia bila nampak few cars coming towards him. So I and the rest terpaksa himpit ke kiri habis if not not memang Head On Collision....Innalillah le jawabnye. Yg bestnya masa I pass by, it was me, Alphard and the lorry, sandwiched...mmg takde akal.

Then, dekat T-junction yg agak sibuk tadi I pun tunggu line clear utk masuk ke kanan. Ada pulak satu Vios ni tak sabar-sabar terus que sebelah kanan kereta I. Maksudnya tu nak cakap I driver lembab le tu sbb tak berani cucuk utk cut the busy road tu.

I biar je, last-last dia pun tak boleh nak lepas . Sbb kereta2 yg kat main road tu mmg byk dan maklum je lah malaysia driver, mana nak kasi can kat orang lain kan.

Once clear, I bagi dia lepas dulu then I follow. Dalam hati mmg dah maki-maki le, sengal punya pompuan. Lepas tu rupa-rupanya dia pun nak hantar anak dia ke kindy yg sama.

I que belakang dia nak drop-off kan Mina. Kat tepi tu byk la kereta parents lain parking. So que belakang kereta-kereta ni lah. Then I saw a Wira reversed slow je, sambil driver tu pandang side mirror kiri. Definitely driver tu nampak kereta I. Dia reverse dan steer utk elak dari langgar my car.

But at the same time Wira ni menghala ke Vios tadi tu. I kan masa tu dalam hati dah rasa, konfem langgar ni. Dan I pun menyaksikan kejadian ciuman bumper to bumper cantiiikkkk je, bumper vios tenggelam perlahan-lahan ......kemek!

I siap tergelak tau, sampai Mina tanya " mother, why you laughing?"

Tu le kan, dasar pompuan tak tau nak sabar, kan dah kemek bumper...kah kah kah..

Lepas blah tu baru I terpikir, I should have press the horn, it might be able to stop the Wira from hitting the Vios kan.....but masa kejadian memang tak terpikir langsung. Takpelah, it does not make me evil kan?

Then masa balik tadi, ada satu kelisa pulak yg nyaris nak langgar I, padahal I dah bg signal nak belok kanan. I just bg my "tenungan tajam" je ka driver tu.

Cubalah sabar dan tengok kiri kanan 2,3 kali dulu...tah apa-apa la derang ni.






Friday, June 25, 2010

Cisss..vedevah!

Tadi dah taip panjang sangat...idea datang mencurah.

Sekali click button submit...keluar message " you need to login"

Memang vedevah betul.

Pastu dah tak ingat macam mana tadi i boleh write everything nicely .

Mungkin esok pagi boleh repeat. Sigh !

Thursday, June 24, 2010

Nak buat camne?

Tak tau nak cakap apa.

Tak tau nak komen apa.

Tak tau nak motivate gaya mana.

Dah habis idea.

.

.

.

.

.

.

Bila laki stress 24/7.

Tuesday, May 18, 2010

What i feel when.....

I sakit hati.


I know that being sakit hati bukan satu sifat yg patut kita ‘amalkan’.

But its really super annoying bila kedatangan tetamu tu, at our least expected, talking about MLM.

Seriously, I’m not against MLMers, but when they come at the wrong time, at the wrong place, at the wrong situation, I mmg akan terus terang I tak nak dengar.

And it becomes super annoying when they start to say their favourite quote:

“retired early”
“taknak kerja”
“pencen”
“RM$$RM$$$”
“Business”

*****Muntah darah ***********

Lebih-lebih lagi orang yg promote ni ‘mentor’ my current business…..how can that be???

Siap boleh menjawab lagi “Bisnes dobi ni bukannya ‘ni’ sangat”.

Apa yg “ni’ sangat??!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Come-on if you want to diversify, please find another crowd…don’t target the same ‘client’.

I dah lah tengah cari semangat, kalau ini yg di’sua’kan mmg cari nahas.

Kalau aku nak join MLM. …. Takdenya aku kat sini skang ni…HELLOOOOO!!!!!!


Tuesday, May 11, 2010

Sesi Nangis

Hmmm...tp sbb blog tak private kan so takleh nak luah le apa yg tgh berserawang dlm kepala ni.

Yg pasti, hanya satu sesi perbualan kurang seminit dgn orang yg penting menyebabkan saya rasa 'separuh nyawaku pergi'.

Maka bermulalah sesi nanges (dlm hati), badan kaki dan tangan seram sejuk, tido tak lena (mmg tak penah lena pun), mandi tetap basah.

Harap tak menangis lagi selepas esok hari...huhuk!

Tuesday, April 20, 2010

Notis!

Notis pemberitahuan...

Tuan blog ada..sihat walafiat.
Tapi line di kedai ni sungguh tak mantop. Lembap sgt nak uload gambar. Tu yg draft mode je manjang tak publish2.

Blogwalking je le 2 minggu, tu pun tak leh tinggal komen. manjang nye 'cannot contact blogger'.

Entry simple ni pun manjang problemmo "saving and publishing may fail. Retrying...'..

Kalu ada kuar le kalu takde ..nasib le..



Sunday, December 27, 2009

Makcik!!!??? >_<"

Semalam, pi Jusco ioi ni hah nak belikan awish kasut sekolah, singlet, stationary ngan uniform KAFA.

Dah abih survey, i pun suruh le promoter tu carikkan saiz kasut yg i nak. Masa tu dia tgh sibuk layan customer lain.
Bila sampai turn i, dia tanya:

"makcik nak saiz apa tadi?"

Makcik ???? hellooooooooo!!!

Pastu ...harap maklum..cekpen adalah tersengih-sengih macam kerang busuk, dan keep on repeating 'makcik' sampai le ke hari ni...

Eh kalau i ni makcik....u tu pakcik hokey!

PS: i memang takleh terima hakikat ye kalau orang panggil makcik.. still stok perasan young mommy...auuwwwwwwww..muntah lah korang...muahahaha~



Wednesday, November 4, 2009

Kenyataan yg Pahit


Disclaimer:





Image are all courtesy from Mr Google. Please DO NOT SCROLL DOWN if your kids (hubby) around or if you are a MALE. I shall not be hold responsible for all your sins of watching this inappropriate photos!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Masa anak dara.....aka belum pernah pregnant.....hmmmm

Lepas anak yg pertama dilahirkan......oret lagi...nak anak lagi? Boooleeeeehhhh! No problem!



After the 3rd child......eeeuuuuwwwwww!




Now condition before eating........buldging sikit....



After eating!...."ko ngandung lagi ke weehhh?"...aarrrghhhhhhhh!!!!!


Can I get my flat tummy again?????
Tummy tuck not an option ye....my skin will develop horrible scar.

Psstttt.....yesterday I went to MNG Outlet......they have superduper cheap bootcut jeans in dark blue denim...RM39....thats is dirt cheap rite...but i can't fit into it!!!! Only size 32 and 34 available.....I have never bought MNG jeans...so kinda wonder why the size number is big but in actual its like 25, 27 Levis size....



Friday, October 30, 2009

Ke-tum-bu-han

Terasa ada tumbuh-tumbuhan kata dokter Samani APSH ketulan kat dagu bawah bibir.

Biasanya ketulan ni kalau keluar jadik ketumbuhan merah yg sakit terlampau sampai tuan punya wajah ni kena pakai purdah duduk rumah diam2.

Sakit arrr....dah tua2 ni pon nak kuar keeerrr..mencik tau!!
Ke muda remaja??? hmmmm!


Pic googled *isk kot muka aku sejelita ini* (mode berangan)



Thursday, October 29, 2009

Hari ni

* pic googled*


Oh sungguh hari ni takde idea nak wat apa..


Walopon ada niat nak sorting alamri baju anak-anak, tapi nak start buat tu bercinta betul.


Selagi tak sorting selagi tu lah derang main pakai jek baju2 yg dah jinjang nampak pusat.


Yg I nyampah ..lepas sorting, yg tak pakai tu dah tak tau nak bubuh mana.....


Lemas betul tgk almari tak muat...