Monday, June 21, 2010

Day 3: 4 in 1 Canoe @ Phang Nga Bay

Day 3. 29 May 2010

Hari ni pergi berkanu ikut pakej 4 in 1 Canoe @ Phang Nga Bay.

Pakej ni naik cruise instead of speed boat. Atas cadangan cekpen le, sbb semalam kami naik speed boat, melompat2 sepanjang hari, mmg penat lenjan badan camtu. So naik cruise ni dengan harapan lebih relaxing dan kurang memenatkan.

Lagipun lepas naik speed boat semalam perut buncitku turun ke bawah. Apekes?
Lepas tu bila tahan nafas nak kempiskan perut nak posing babe tetap muncit! Isk ngeri2.... kalu kekal muncit itu kat situ harus aku suruh cekpen menabung utk aku pi kempiskan perut kat mana2 spital...nasible tummy tuck ke hapa janji kempis.




Memang sangat relaxing, takde melantun2 pun cruise ni. Refreshment disediakan berupa air bermacam jenis dan buah rambutan serta pisang. Tetiba aku melantak rambutan tak hengat ...
(= P)


Dalam pakej ni ada 4 stop utk berkanu
1) James Bond Island
2) Panak Island
3) Hong Island
4) Naka Island


View yg cantik....semuanya cantik2 sangat!



Dah nak berlabuh kat James Bond Island. Movie yg " The Man with the Golden Gun" pelakon dia errrr...lupa dan malas plak nak google..heh.


Pemandangan sekitar James Bond Island. Actually boleh berkanu mengelilingi pulau2 kecik ni but kami just lepak2 je.


The famous wall dalam movie tu.


Gambar hiasan yg cekpen tangkap.
Paham-paham je laaaa!



Wall tu tersangat le curam mcm muncung triangle.

Lepas tu hujan lebat dan semua pun berteduh kat gua2 yg ada.


Lunch on board...dah lapor kan sedap je aku melantak.
Tak sampai 15 minit licin semua. Orang lain pun kebulur cam kitorang kot.


Kat island2 yg lain mmg kami turun berkanu. Time ni ada guide. So kami belajar le sikit2 camna nak kayuh. Lepas tu addicted and suh dia lepak kami kayuh sendiri hehe..



Banyak lg gambar tp simpan je la utk kitorang tengok sendiri ;)



Malam ronda2 kat Patong lagi,
Hard Rock Cafe....carik FM takde..but dpt shot glass from here...so yg ke-5 lah setakat ni kami kumpul.


Ni la keadaan Bangla Road at 11.47pm. Sesak!!


And dancers2 yg sempat/ boleh di rakam. Yg ni mmg facing jalan so senang nak snap.


Lg satu. Yg kat celah2 ada byk lg tp kami tak sanggup nak tengok.
Mmg tak sesuai le bawak anak2 kat sini malam2. Tu belum artwork2/ painting2 yg derang jual. Sikit2 gambar bogel perghh!
Susah nak jawab kalu anak tanya weh!

Lepas tu kitorang gi massage...RM25 je for 1 hour. Yg ni pun kena pandai pilih ye. Sbb byk sangat Massage center yg menakutkan / buat kita was-was ni servis apa yg derang nak bg. Kitorang round dekat2 hotel tu je, and bernasib baik cos jumpa yg sopan pakai baju complete dan tak bersidai melambai2 tarik2 tangan laki isk!

Balik hotel lepas tu terus k.o...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!



No comments:

Post a Comment