Tuesday, June 1, 2010

Apa ada dengan Phuket? 27-May 2010

Salam. Fuhh lama gila rasa tak hapdet blog ni. Dah mcm lupa lak cara2 nak menaip/ membebel yg boleh orang baca .....ke korang dah tekan X kat ujung atas tu?? =P

Anyway , terima kasih banyak2 to all yg wish my anny recently. Yep..kejap jek dah seploh taun kawen...jap gi pejam celik dah 25 taun...jubli perak le pulak..pastu 50 jubli emas...err sempat ke?? Takpe yg tu toksah pikir.

Sempena anny yg ke-10 ni cekpen dah booked tiket ke Phuket dari bulan January lg tu. Sikit punye awal kan, tapinya sampai le hari berangkat, mcm tak prepare apa2 jek.

No shopping...nothing....eh ada, maggie 5 peket, panadol dan plaster. Tu je. Baju mmg bawak mana yg ada je, 2,3 helai, track suit n selipar wajib. Oh tak lupa, my 2 piece bikini, kata nak gi fantai kannn =P.

Dah set in mind, kitorang ni budget traveller, yg penting enjoy the moment, relaxing and try to forget all our problem.


At KLIA. Flight pukul 10.30am. Ni le satu-satunya bag utk percutian 4 hari 3 malam, utk 2 orang. Kira travel light le ni. So baju2 adalah recycle selalu ;)


Sudah pandai tengok lens kamera instead of pandang kat skrin lcd tu. Sangat puas hati with the Canon G11. Yg bestnya kamera fuji cekpen dapat jual kat mudah.com ;)


Masa ni, kapal takleh landing, traffic jam kata pilot. So dia dok pusing2 le atas pulau2 ni. Byk gambar amik tapi sebab cuaca mendung so byk yg nampak awan le.


Sampai2 around 11.30am local time , terus carik keta sewa. Masa kat dlm airport tu terus ambik map dgn sim card free. I top-up 15 hengget sampai balik tak habis tau.Murah sangat buat call dari sana guna prepaid card derang ni. Btw, kami sewa honda jazz for 4 days, rega 3000bath ~RM300 le.

Sebenornya nak ambik gambar gerbang "welcome to Phuket" tapi asik terlepas jek. Dapat "daulat tuanku" je lah.

Sepanjang hiway 402 nak ke Patong beach, ada dekat 7 masjid kitorang jumpa.


Cekpen booking Patong Bay Garden Resort. Mula2 tak jumpa hotel ni, kali ke-3 pusing baru nampak. Sebab kiri kanan hotel ni kedai, so kitorang tak perasan.


Macam gi conference pulak sbb ada nama kat board ni :D


Our room.


The swimming pool. Belakang tu terus pantai Patong...tetiba terbayang tsunami...phewww!

Welcome drink. Ferrero roche tu yg dari MAS tadi..kekeke tak habis so masuk bag le. Kata nak jimat kannnn! Lepas tu kitorang jalan kaki around Patong sambil carik kedai makan utk lunch.
Carik yg rega murah ok. So jauh jugak le...2, 3 km ada kot kitorang menapak. Last2 sampai kat satu kedai makan biasa2.
Restoren Assama. Speaking kelantan. Setel lah.


Mula2 sampai cili ni hah.
Air liur dah meleleh dah sbb terbayang maan nasi panas pedas..fuhhh!


Kailan. Siap dgn hangus2 kuali pun ada tu.


Tomyam seafood.


Kerabu sotong.

Semua makanan di atas adalah lazat...4 bintang out of 5. Kureng sbb kedai tu jauh ...penat kena jalan kaki. (Padahal boleh je naik keta, tapi tak best la kan sbb nak tengok tempat orang. Kena wat stail backpackers kan....jalaaannnnnn!)


Tadi jalan ikut main road. Balik hotel ikut pantai. Signboard ni merata-rata ada. Seriau gak le.. teringat anak-anak kat umah. Kami kat sini ...isk.


Ikut suka ati le kan nak stail baring cemana pun. Pantai mmg best. Yg tak bestnya banyak anjing..risau kot dia memberak merata2 ...isk.


Tengah lepak-lepak ,datang lak mamat ni bawak "scanner".
Dok le dia scan pasir-pasir ni, pastu cedok, kutip apa tah. Ada yg dia masuk poket, ada yg dia buang. Rasanya dia carik metal yg berharga kot, mcm coins ke jewellery...agaknye lah.


Sila teka, berapa bulan baby dalam perut saya????


Depan Marriot ni. Belakang tu nampak tak????


Usha harga makanan kat main street....rega berbeza ikut kedudukan kedai dengan pantai. Paling dekat pantai harga paling mahal. Jalan lapis ke-dua dari pantai harga murah by 30%, lapis ke-tiga harga murah up to 50% compare dgn kedai kat pantai. Ni i cakap harga makanan dan barang-barang lain ye. Padahal bukan jauh pun....so moralnya, jalan sikit dapat jimat duit ...suka?


Nama jalan ni Bangla Road. Nak kata ramai bangla tak jugak. Tapi ni le jalan yg terpemes kat patong kot sbb "pole dancing", "tiger show", "bar top dance" bekurang cenggitu le.
Ni baru pukul 6.30pm. Belum happening lagi. Nak tengok gambar yg happening? Tungguuuuu!!!

Malam tu kitorang drive ke Town. Sesat. Pastu jumpa Pasar Malam. Park keta n round2 dulu kat sini. Byk gerai makan halal. Sambil tu bawak map sekali sbb lampu dlm keta aka "map lamp" kong, tu yg sesat tu sbb tak nampak nak baca map.


Tah pebenda tah ni. Tapi sedappp sangat. Kerabu kot. Ini le our dinner that nite.


Ni pulak jus buah 20 bath = 2 enget je.

Pastu dah penat kitorang baca map kasik paham, dan cuba carik jalan pulang ke hotel. Alhamdullilah...berjaya. Lepas tu buat apa ek???




No comments:

Post a Comment