Wednesday, May 12, 2010

Cerita bulan April

Ini gambar 14/4/2010. Lepas verangan tak sudah kat watson JJ equine. Kat muka adalah hasil kerje tangan siti nurhalijah....T________T.

Amacam??? Simplysiti ok ka???

For me ..no komen ...sbb I bukan pemekap tegarrr =P

Tapi nak komen jugak sikit....bila kulit kita sihat, mmg lagi senang nak aply mekap..itu saja.

Mari minum kolagen bersama-sama ;D




Lepas ni, citer 30/4/2010 pulak.


Hari ni, jalan2 layan bosan kat ioi mall. Tau2 je la kan..kat mall biasa ada je orang hulur2 sample produk sambil try seek our attention kan. So ari tu ada sorang promoter ni bebel2 sambil tunjuk paper putih. Haram i tak dengar biji butir dia cakap pasal apa.

Tiba2 dia sebut satu ayat yg buat i berhenti berjalan. Standardlah kan, kalu promoter ni promot kita takmo stop kan..kaki akan tetap jalan walopon mata jeling2 sikit.

"boleh buang semua blackhead satu muka"
I terus berhenti....tanya dia balik

"boleh buang sini, sini, sini.....????(sambil tunjuk2 dahi, dagu, tepi mulut)

Pastu dia jawab "boleh ..semua boleh"
2 hari sebelum tu i baru lepas pakai biore porepack tu. Tak puas hati sbb porepack tu kan cover lobang hidung je kan. So macam teruja bila dia kata boleh letak satu muka.

Pastu dia kata kalau nak buat satu muka dia kena charge RM20. I pun agree dan tadah le muka kat tengah khalayak ramai tu..ala wat bodo je la kan....sensorang lak tu masa tu.






Ni semua gambar semasa proses penyapuan bancuhan cream aloevera + kolagen-tah-apa-nama-tah. Di tampal dengan paper, mcm blotter paper tu. Dah roper hantu bungkus lak aku nengok gambar no.2 ni.

Lepas siap sesi tampal sapu ni, sesi dengar taklimat lak sementara nunggu menda alah ni kering. Adoiii .....letih nak menahan tangan dari 'sign-up' pakej yg dijolok2 tu.

Pastu, saja je i tanya promoter tu:

"u keje salon sini, u punya muka lubang2 tak boleh kasik fix ka???"

Kelat je amoi tu nak jawab..hahak..jahat!

Bila dekat doploh minit kot, dia pun cabut le.

"praakkkkkk!!!!"...fuhhhhh sib baik tak tarik skali hantam, mau pitam i kat situ.

Dia cabut pelan2 , tp pedih gak le especially kat pipi nun.

Hasilnye, terasa kulit licin dan berkilat tahap leh wat cermin =P.

BEST GILERRRR!!!!

PS: Gambar selepas takde ambik sbb tuan blog busy usap muka sendiri yg licin licauuu........









8 comments:

  1. lawa kulit you. Best ehh produk tu...macam ala-ala nak terjebak ni =)

    ReplyDelete
  2. baru nak tgk muka hak licin tu. hehe. apa ke nama produknya tu. nak jugak try.

    ReplyDelete
  3. Pink mama - best sbb byk gila white head black head keluar. Sikit2 tinggal ..tu yg hardcore le...nak kena gi buat facial.

    ReplyDelete
  4. FAM - derang tak jual le menda ni. Masa tu dia bg trial je. Kalu nak kena buat facial kat salon derang kat sunway. Insight soul nama spa tu tak silap.

    ReplyDelete
  5. Ingatkan diaorg jual produk...rupanyer promote salon :-)

    Tapi ur skin nampak cantik lepas minum kolagen tu... ;-)

    ReplyDelete
  6. salam...its me abrahyn...i dah tukar url to mrsjon.blogspot.com...exchange link ya

    ReplyDelete
  7. eynda - aah. pomot utk orang sign-up package facial n spa. Thank u ;) tp in real life ado lagi capok2 kat muka hehe.

    ReplyDelete