Monday, March 9, 2009

Pengembaraan Upin Ipin di 1U

Upin dan Ipin.....pertama kali menonton kerana kami sekeluarga tak pernah menonton siri kartun ini. Lokasi di TGV One Utama. Dhia maisarah terpaksa ditinggalkan di rumah bersama babysitter kesukaannye (bibik lah) untuk mengelak sebarang kejadian yg tidak diingini berlaku.

Komen saya, 10 ke 15 minit yg pertama agak bosan. Selepas mereka sesat di hutan barulah menampakkan kisah pengembaraan yg .....walaupun tak logik (apa kisah..dah namanya kartun) seronok.

Walaupun darwish agak ternganga dan cuba membaca sarikata Bahasa Inggeris yg tertulis di bawah skrin tetapi terlalu pantas untuk tahapnya...dia agak fokus dan cuba memahami apakah yg sedang di tontonnya. Untuk pengetahuan anda, darwish masih kurang cekap memhami bahasa malaysia (apatah lagi bahasa jawa ibundanya). Jadi dia sebenarnya tidak begitu faham dengan bahasa dan cerita upin dan ipin itu. Ia sahih bila sesi terapi petang tadi, darwish tidak dapat menceritakan semula kisah Upin dan Ipin yg ditontonnya kepada Teacher Aini. Haram sepatah teacher aini tak faham. Takpelah awish, pelan2 ok. Mama tau awish boleh buat......jangan main nintendo aje (pesanan utk ayah... jika awish syok sgt main game jgn tengking dia ya...pelan2 cakap ok).

Selepas menonton wayang, awish dan mina kelaparan lagi (sebelum masuk wayang dah makan kek secret recipe, sebungkus twisties, sebondong pop corn)...dan meminta **D..urghh! Setelah makan barulah dapat meronda-ronda di 1U yg sangat besar itu. Walaupun sudah acapkali kami ke 1U, tak pernah rasanya saya dapat pergi ke semua kedai di semua tingkat di semua seksyen.

Walaupun saya membeli kasut tambahan sebagai langkah berjaga-jaga kononnye untuk berjalan-jalan dengan lebih selesa....malangnya tindakan saya kurang bijak. Kasut itu (hitam) lebih memenatkan berbanding snickers yg warnanya (coklat cair keorenan) agak kurang sesuai dengan pakaian saya semalam ( itu sebab beli warna hitam...oren sungguh tak matching dengan jeans biru gelap).


Kemudian, teruskn usaha mencari kasut futsal ayah. Seperti biasa yg ayah berkenan pasti tiada saiz yg di cari. Kalau ada pun yg ayah berkenan yg harganya agak melampau jika difikirkan kegunaannya adalah untuk menyepak bola sahaja.

Maka gigih jualah saya membawa mereka semua meronda sebab awish dan mina pun memerlukan kasut yg semengah untuk pergi ke majlis perkahwinan sepupu (ya sepupu mereka ramai yg dah akil baligh, sudah berkerjaya dan layak bernikah). Oh...termasuklah kasut saya juga (mestilah takkan dah penat sampai nak tercabut kaki tapi tiada habuan untuk saya).

Sama ada saya tersalah haluan atau tidak saya kurang pasti sbb saya tidak begitu fasih selok belok susunan kedai di 1U (kena repeat banyak kali ni supaya lebih fasih untuk memudahkan proses membeli belah di masa depan ya ayah!) Saya dapati sangat kurang kedai menjual kasut kanak2 lelaki dan perempuan (yg harganya berpatutan dengan kenipisan poket saya). Akhirnya saya dapat membeli Sport shoes BubbleGummers (Bata) untuk darwish. Agak kecewa sbb kasut untuk ermina tiada saiz yg sepadan (hampeh).
Ayah masih hampa ketika ini..di BATA pun tiada saiz (kaki apa ayah ni...kaki bangku kot). Seterusnye ke Adidas ..hampa lagi. Ke Nike...oh sungguh lama promoter itu mencari stok saiz kaki (bangku) ayah..letih ...kasut mina tak dapat lagi..charles n Keith dah melambai-lambai sejak tadi lagi (tadi masuk dah tp mina n awish berkejar-kejaran bagaikan di zoo ..terpaksalah mama lupakan dulu..malu ramai org ketika itu).

Sementara menunggu promoter nike tu mencari...mama ambil keputusan untuk membawa mina sahaja mencari kasutnya. Penat berjalan..hampa jua..apahal takde jual kasut ni?
Sudahnya saya masuk ke FOS...wahhh buntang mata saya kerana cantik-cantik sungguh baju kanak2 di sini. Baru sahaja mencapai sehelai gaun berwarna peach (warna tema perkahwinan sepupunya itu) mina memberitahu keinginannya untuk membuang air kecil (kali yg ketiga...adoiiilahhh). Terpaksalah saya letakkan kembali gaun itu lantas bergegas ke tandas.

Risau jika ayah mencari maka saya mencari ayah dan darwish semula dah terlupa gaun di FOS. Akhirnya ayah berjaya membeli kasut futsal walaupun rekabentuknya kurang menarik (katanya....tapi mama tengok lawa je sebab ada calit kan).

Kemudian kami meneruskan pencarian kasut mina, tetapi ayah dan awish tergendala di kedai menjual alat permainan err...game! Oklah saya teruskan bersama mina ke parkson...pasti ada sbb dimana-mana parkson pasti ada seksyen kanak2kan.

Saya belum mengalah lagi (macam perang lak). Setibanya saya di bahagian kasut kanak-kanak, saya terus berkaki ayam (ya saya buka kasut sbb penat yg amat sangat). Saya bernasib baik setelah 5 kasut pertama yg saya berkenan tiada saiz yg sepadan kerana rekabentuk nya untuk kanak2 yg berumur 7 tahun ke atas (ya saya tak sabar untuk melihat mina melaram macam saya hahaha). Akhirnya saya telah menapis kepada 2 pilihan iaitu
yang ini

dan yang ini


Akhirnya setelah berbincang saya putuskan untuk membeli yang ini...lihatlah senyuman ituuuu


Sungguh panjang entry ini...seperti karangan bahasa melayu Tingakatan 6 (ada ka?)..

2 comments:

  1. mmg sgt panjang utk membacanyer.. isk2x..

    ReplyDelete
  2. wakakaka...panjang sungguh ceritanyer..eerr..ape2 pun citer upin ipin tu best lee...sampai telopong mulut..anak mai dok nengok citer ni...walaupun dah berapa kali suruh katup mulutnyer...

    ReplyDelete