Dan Sebenarnya saya sudah lama tidak mengikuti (layan dgn seyes) lagu2 yang berkumandang di radio, kerana semuanya agak sama sahaja pada pendengaran telinga saya (yg tone deaf).
Tapi 2,3 menjak kebelakangan ini ada satu lagu ni yg sangat mesra dengan telinga saya. Selalu dimainkan oleh DJ hotfm (sewaktu saya memandu). Semalam penyanyi itu dijemput oleh Amkrew hotfm.
Hasil dari 10 minit sesi radio yang saya dengar, info yg saya dapat adalah:
1) Nama penyanyi :Yunalis
2) Sedang menuntut di Uitm dlm jurusan Undang2.
3) Asal dari indie (ini suku kata independant group rasanya).
4) Memakai tudung
5) Dia pandai bermain gitar (err bukan golongan gitaris seperti Slash Gun & Roses agaknya sebab saya belum berpeluang mendengar lagu2 lain lagi)
5) Dia menyanyikan lagu 'Dan Sebenarnya' secara live (uikss lagi sedap rupanye banding radio...hanya dia dan bunyi gitar itu sahaja...sgt harmoni, mesra telinga ....soothing mcm sedang buat facial kat leonard drake! jauhnyeee saya melayan)
Saya suka dengan kata-kata errrr liriknya.
Apa-apa pun mmg sgt best dan berbeza....ala Norah Jones tp bukan.
(Pst: Ku sangkakan indon yg menyanyi sebenarnya. Salah sama sekali.)
Tuan-tuan dan Puan-Puan serta para pembaca (ewah) saya persembahkan
Yuna-Dan Sebenarnya
Lirik
#
oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
[Dan Sebenarnya Lirik]
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh
#
Untuk makluman 'semua' saya tiada perasaan feeling2 atau tersangkut paut dengan lirik di atas. Tapi pada pendapat saya lirik itu sangat puitis atau pun di susun dengan bahasa yang indah.
Best kan lagu ni maksu.
ReplyDeleteNurul tiap2 hari kat ofis repeat dgr lagu ni sampai bosan.
hehe
Lain sikit dr biasa. Tu yg bleh terminat gak tu. Maklum le makcu kan dah menjelang veteran...rasa pelik gak tersuka lagu org muda2 ni.
ReplyDeletexske dia...xske..xske.. :P
ReplyDelete