Wednesday, February 6, 2013
Foodie
Tuesday, January 29, 2013
Best Street Food SS15
Wednesday, January 23, 2013
Flaming Steamboat
Thursday, September 30, 2010
Wednesday, September 29, 2010
Saturday, August 7, 2010
Dinner @ Chili's dan misteri di bilik air wanita 1Utama .... jeng jeng jeng
Last weekend, eh ari Jumaat malam sabtu, i dating ngan Cekpen kat 1U.
Gigih cekpen balik kerja terus ambik i kat rumah and gerak ke 1U ikut LDP yg sumpah jem nak mam*** tiap hari tu.
Dah setengah jam sangkut kat LDP cekpen try kuar ikut kelana seafood (dulu) and nak masuk NKVE. Rupanye sangkut jugakkkk.
Sampai dekat 7.30 kot...beli tiket " Sorcerers Apprentice" pastu gi Chili's.
Reason gi makan situ sebab i tak penah lagi merasa tapi cekpen sudah. Jadi bila one day before that cekpen tanya ada nak makan apa2 yg sedap tak, i terus suggest gi sini meleleh hokay baca blog orang lain bg review food chili's tu d best dan sedap pastu dorang hari2 melantak kat situ...kaya sungguh !
Cekpen ada tangkap gambar tapi malas pulak nak donlod dari tepon dia. Alah chili's je pun, korang ari2 makan situ kan, haku jek baru terhegeh nak try wakakaka!
Ambik pembuka molot ' chicken wing', pastu meal i amik 'ribs', cekpen amik 'steak'. Sumpah lupa nama menu2 derang, maklum le tak penah kan, campur tak kuasa haku nak menghapal.
Sekali kau, datang kan main besor le plak ribs tu. I dok bayang besor2 ribs yg salu i beli kat Giant wat masak sup. Tu le baca blog orang tp tak reti nak baca betul2, asal tengok gambor je meleleh nak makan jugak. Pastu masa order tak reti2 nak tanya besor mana, kan dah tak habis makan. Tak ke membazir namanya tu.
Mengikut pendapat tekak jawa i, air jus epal sedap, chicken wing sedap, steak cekpen sedap, dan jagung dlm set ribs yg i oder tu sedap.
Yang tak berapa sedap.....air jus nanas cekpen mcm nanas dah terlebih masak, ribs yg i oder tu lemak dia phewwww tebal hokay, T.E.B.A.L. ... maka cepat muak walaupun isinya agak sedap. Sos nye adalah manis... i makan pedas sampai berasap and kuar hingus takpe, tapi bila manis...sungguh membunuh selera.
Jadinya, mungkin itu le last makan situ, idok le daku rasa teringin lagi dah. Mungkin ada menu lain yg sedap, tapi takpelah..i'll stick to my 'dapur'....or try tempat lain pulak, bila ada 'orang' offer makan sedap lagi lepas ni.
Setelah selesai menjamu selera tadi, kami berdua pun pergi ke surau utk menunaikan solat maghrib (tetiba tukar mode bercerita skema).
Pas solat, i gi bilik air dekat dgn surau tu...surau kat new wings tu. Masuk-masuk tu nampak sorang pompuan tengah punggah barang2 dalam handbag dia. Lepas kuar toilet, sambil basuh tangan dan touch-up make-up betulkan tudung, I peratikan pompuan tadi tu, tak habis2 lagi.
I nampak ada 2 handbag kat situ. Dia tengah sorting kan kad2 dari purse. Ada yg di simpan ada yg letak tepi.
Yg jadi misterinya......apa rajin sangat bawak 2 handbag (bukan shopping bag tau) gi mall?
Lepas tu, takde time lain ke nak sorting isi purse tu..apsal buat kat dlm toilet??
Korang rasa itu bag dia ke................................................bag c.u.r.i.k???
Thursday, July 15, 2010
Dinner at 5pm
Hari ni asik laparrr je manjang.
Bangun pagi brekfast byk dah.
Pukul 12tghari td dah lunch.
Pukul 3ptg td makan kuih.
Pukul 5 ptg makan malam!!
Konfem pukul 7 kang aku makan lagi nih...
Thursday, May 6, 2010
Yum! Yum!
Tuesday, February 23, 2010
Kimchii??
Me n Cekpen mencuba makanan di Seoul Garden, last week.It turn out sangat so-so je. Sangat berbeza dgn yg i rasa masa kat Korea.
Semua perisa macam dah di-malaysiakan...kimchii kobis cina puteh yg maha busuk sepatutnya kan...pun tak berapa nak busuk...=P.
So takdelah Cekpen merasa kebusukan yg i penah rasa tu ..kekeke..(kalau sedap takpe gak ye nak suh org rasa...ini rasa busuk wakakaka)
Tapi sebab i memang sangat lapar..maka banyak jugak le yg i makan.
Marinated lamb ngan squid kira sedap la jugak.
It was a buffet, RM35++ per person. Boleh pilih 1 out of 5/6 type of soup plus bbq grilled.
Yang buat kureng feel tu sbb byk selection buffet tu menda2 yg kita salu jumpa bila beli yong tau fu kat pasar malam...huhuhu. Takde yg eksotik mcm siput , usus, perut ikan,otak ..etc.
Rasanya tak repeat dah makan kat sini...better gi nandos je...pasti masam dan pedas!
Apapun thanks to cekpen sbb belanja me makan time i mmg tgh kebuluran aritu...=P
Monday, January 25, 2010
Hampir lengkap kehidupan kami
1) Nandos - checked.
2) Dominos - checked.
3) KFC - checked.
4) MCD - checked.
5) Pizza hut - checked.
6) Kenny rogers -checked.
7) Papparich - checked.
8) Old white coffee - checked.
9) Nasi lemak antarabangsa - checked. (walopon tak sedap)
10) TGI - checked.
11) Korean (tah apa nama tah) - checked.(walopon sampai laa ni tak makan2 lg kat situ).
12) Pelita Nasik Khandaq- checked. (tasted. confirmed sedap!...baiiikk punya kas2.)
13) Little Penang - checked. (pun tak jejak lagi)
14) Waterlily cafe @ bumbu bali @ ole2 bali - checked.
.
.
.
.
.
Apa yg kurang?
1) Steamboat - ada kat ikano. sedap dan murah.
2) Coca - kat subang
3) Sri ayuthya - subang
4) Pepahat / seafood etc - bagan lalang
dan lain-lain lagiiii.....
tapi yg dah ada tu pun - j a r a n g - pegi. Sesekali je nak tukar angin..kalu dak hari2 makan nasik ...heheh
Friday, January 15, 2010
Kerana mulut tempayan


Hari Rabu baru ni kan I makan dgn Mina kat Giant kan. Lepas tu Mina dgn bangganya bercerita kat Darwish pasal aktiviti kami berdua tu. Mulut tempayan tul..hehe tak reti nak simpan rahsia. Apa lagi jeles lah darwish..sbb tak ajak dia kan.
Thursday, January 14, 2010
Penangan Zarin
Semalam i makan mamee kari berapi.
Tapi takde cili api so tak kick ..tak puas makan.
Hari ni siap bawak cili api dari rumah. Pastu petang tadi beli pulak maggie kari..
Makan panas2 sambil ratah cili api hidup2...phewwww!
Meleleh
Ni semalam punye..ari ni punya tak sempat snap dah habis i kena belasah.
Wednesday, January 13, 2010
Makan bertemankan anak dara
Lepas ambik Mina dari sekolah, mood terasa macam taknak makan kat umah. So terus je la pergi Giant Bandar Kinrara, makan kat sana. Lupa plak nama kedai ni...manggo chili ke camtu le behkurang. Budak ni bila orang suh senyum tarik muka masam le pulak.
Order glass noodles utk mina and myself set tomyam+kerabu mangga+nasi. Barulah tekak terbuka luas nak telan. Ni le kalau time2 sakit tekak, ngan ulser bagai ni mmg kena cari makanan yg boleh kill rasa sakit tu...walopon nak menelan susah tapi kalau air liur dah menjejer ngan selera dah up...ku telan jek pedas ke masam ke.Saturday, December 26, 2009
Yang Pergi, Baby & Pepahat
Sofea Adilea
On the way balik Puchong, kitorang singgah Bagan Lalang. Happening betul dah tempat ni.
Saja singgah nak pekena pepahat. Tapi kedai feveret kat ujung sekali belah kanan (dekat pasar ikan) fully booked until 9 malam.
Nasik tak sampai gi...air dah nak habis
Pepahat......sedap!!!
Thursday, October 22, 2009
Ani Sup Utara Rating


Ni le ghoper sambal tu....pedas! best! Tp pedas lg sambal belacan I..^_^


















